KEADAAN dalam dewan bersalin itu agak huru-hara dengan teriakan bayi yang baru saja melihat dunia. Ismael Leif tarik nafas lega melihat isterinya buka mata semula. Keadaan bayi langsung tidak dipedulikan lagi."It's a girl" beritahu Ismael.
"Alhamdulillah, thankyou for staying with me El. Love you..." Mulan rasa bersyukur tak terhingga. Tangan berurat sasa milik Ismael dibawa ke bibirnya.
"Love you too. Only you, amora" balas Ismael.
"You rehat lah dulu. I nak keluar sekejap. Nanti I datang balik. Boleh?" Mulan angguk kepala perlahan. Badannya rasa separuh hancur selepas melahirkan anak mereka tadi. Penatnya bukan kepalang.
Ismael keluar dan mengeluh perlahan di kerusi menunggu. Tidak tahu mahu rasa apa sekarang. Lagi-lagi melihat ada seorang bayi yang baru saja melihat dunia pagi ini. Perasaan Ismael berkecamuk.
"Macam mana El, Dhani dan cucu momi selamat?" Puan Sri Laika menegur dari belakang.
Ismael mengangguk tanpa suara.
"Alhamdulillah, cucu momi lelaki ke perempuan? Ya Allah, tak sabarnya nak jumpa Dhani dengan cucu momi!" di situ, cuma Puan Sri Laika dan Tan Sri Abraham saja yangbersinar teruja. Tidak bagi Ismael Leif.
"It's a girl..." riak wajah Ismael kosong tak berperasaan.
"El, kamu okay?" Tan Sri Abraham mencuit bahu anak lelakinya itu. Pelik, bapa budak itu nampak suram saja.
"Okay pa, El nak balik dulu" jawab Ismael membuatkan kedua orang tuanya terkejut beruk.
"Eh nak balik dah? Habistu baby dengan Dhani macam mana?"
"Erm, Dhani perlukan rehat. Pasal baby tu...hm biarlah doctor uruskan" jawab Ismael.
"Encik Ismael Leif," panggil jururawat buatkan langkah Ismael terpasung.
"Ya, saya"
"Baby dah siap untuk diiqamat. Lepastu kalau dia menangis, boleh bagi baby pada ibu dia untuk menyusu badan" maklum nurse dan Ismael masih tercegat.
"Tunggu apa lagi El, pergi iqamatkan anak kamu tu. Kalau baby lapar, bagi pada Dhani untuk susukan" arah Puan Sri Laika.
Masih sama. Mungkin seorang Ismael Leif bercita-cita nak jadi tugu di dalam hospital swasta itu. Tan Sri Abraham menyergah.
"Ismael Leif! Bergerak lah buat apa yang patut" suara tegas itu menyedarkan Ismael semula. Lelaki itu melangkah malas pergi berbuat demikian.
"El macam tak happy pun dah jadi baba" ujar Puan Sri Laika.
"Itulah, kenapa jadi macamtu pun tak tahulah" tambah Tan Sri Abraham lagi.
MULAN tersenyum bahagia melihat suaminya sedang mengiqamatkan bayi mereka. Siap iqamat, dengan kekok Ismael menyua si kecil itu pada Mulan. Mulan menyambutnya pernuh cermat. Ismael buang pandang ke arah lain.
"Assalamualaikum anak mama. Comelnya baby girl mama baba ni. Jadi anak yang solehah dan disenangi semua orang ya sayang. Mama loves you so much" ucap Mulan perlahan dan sayu bunyinya.
"Baba, nak pegang baby?" Tanya Mulan sambil senyum.
Ismael tiada riak. Wajahnya kosong. Lelaki itu menggeleng.
"Peganglah dulu. I tak apa" tolaknya berlapik.
"You nak letak nama anak kita apa? You ada cadangan?" Tanya Mulan lembut. Meremukkan sedikit temboh keegoan Ismael.
"Tak ada. I tak pandai sangat pilih nama anak ni. Apa kata I serahkan semuanya pada you. I tak kisah" jawab Ismael.
Muka Mulan Ramadhani sudah sedikit berubah. Kenapa dengan suaminya itu? Nampak tak bersemangat saja.
"El, you okay? You nampak tak excited pun dengan baby ni" tanya Mulan terus.
"I okay Dhani. Jangan fikir sangat pasal I. You? You dah ada idea ke nak letak nama baby ni apa?" Pulang Ismael semula.
"Nada Irfani?" Ismael angguk saja.
"Nada Irfani binti Ismael Leif" Mulan senyum bahagia menyebut sebaris nama cantik itu. Bangga pun ya juga.
Ismael senyum secebis. Dia tidak menyentuh pun si kecil yang masih nerah seperti baru keluar dari ketuhar itu. Tergamak sungguh dia...
"Sebenarnya mama dengan papa ada tunggu dekat luar. Diorang terpaling excited nak tengok cucu" beritahu Ismael.
"Lah, kenapa tak panggil diorang masuk? Kesian mama papa. Ajak lah diorang masuk" Ismael pun turun dari katil untuk memanggil kedua orang tuanya itu masuk ke dalam.
Erti kata lain, dia juga mahu larikan diri sebelum budak kecil itu mula menangis meminta itu ini. Senang cakap, Ismael belum bersedia untuk memiliki anak. Dia belum puas lagi mahu bermesra dan bermanja dengan Mulan. Tahu-tahu wujud orang ketiga pula di antara mereka.
Tengok tadi tu, belum apa-apa lagi Mulan sudah rapat dengan si kecil itu. Ismael sudah menjadi option kedua. Sangatlah tidak adil.
TBC.
YOU ARE READING
MULAN ISMAEL
RandomMulan Ramadhani dan Nada Irfani adalah watak utama di dalam cerita. Ismael Leif pula digelar the beast persis kisah dongeng si cantik dan si buruk rupa. Semuanya disebabkan anak sendiri yang salah faham jalan cerita. "Dhani! Kenapa tak jaga budak ke...