B A B 2

524 91 4
                                    








4 TAHUN KEMUDIAN...









   NADA IRFANI duduk di sofa dengan kedua belah kaki berjuntai comel tidak menjejek ke lantai. Dia ralit menghayati cerita dongeng si cantik dan si buruk rupa yang diceritakan oleh mamanya itu. Nada bertepuk tangan saat Mulan selesai bercerita.

"Jadi, the bish tu cayang la dekat Bellel mama?" Tanya Nada untuk menyahihkan lagi kefahaman dia.

"Ya, Belle pun cintakan the beast. Dan sebenarnya the beast tu prince yang kena sumpah jadi monster sebab dia tak jaga kata-kata dia. Nada pun nanti jangan cakap jahat dengan sesiapa pun tau. Kalau tak nanti jadi beast, no more princess. Nak ke jadi beast?" Ugut Mulan menahan senyum melihat wajah takut si anak.

"Nanak! Nada nak jadi pwinces" Nada membawa buku cerita itu ke dada. Kepalanya diusap penuh kasih oleh Mulan.

"Amora, mana tie I?" Laung Ismael dari tingkat atas.

Nada Irfani menjulingkan mata ke atas. Dengar saja suara garau itu Nada dah tahu pasti mamanya perlu naik ke atas juga.

"Mama pergi tolong baba sekejap ya sayang" Mulan bangun dan Nada cuma angguk memberi izin.

Kata mama, baba itu syurga mama. Tapi Nada tak pernah pun memanggil suami mama itu dengan panggilan baba. Cuma mama saja yang selalu menamakan uncle sombong itu baba Nada. Kata mama, kalau tak ada baba maka Nada pun tak wujud di dunia ni.

Uncle sombong tu magician ke? Nada tertanya-tanya sendiri. Dah la sombong, mulut macam the bish macam cerita mama tadi.

Sebaik Ismael mahu keluar ke pejabat, dia melihat Nada bermain sendirian dengan tv yang terbuka tanpa ditonton sesiapa.

"Hey you, tv tu guna electric tau. Kalau taknak tengok tutuplah!" Kata Ismael tegas.

Nada berhenti bermain legonya. Dia menoleh ke belakang dan fokus kepada mainannya semula.

"Mama takap you kaye, kalau letwik banyak guna, you beyi la tibi bayu" jawab Nada dalam pelatnya.

"Wah-wah, senang cakap. Kalau beli tv sepuluh pun you asyik bazir electric sama pergi juga. I pun boleh jatuh miskin" jawab Ismael. Mulan Ramadhani bagi makan apa entah pada si kecil ini, baru 3 tahun lebih dah padan menjawab. Tak padan dengan pelat.

"You mis-sekin cebab you tu ke-de-kut!" Jenuh Nada nak cari perkataan yang selalu orang sebut tu. Ismael semakin membengkak.

"You...annoying bunny—"

"El, ada apa lagi hm?" Sergah Mulan dari belakang.

"Anak you ni amora. Mulut macam orang tua!" Hambur Ismael tidak puas hati.

"Anak you juga El, tak payah nak cari pasal lagi please..." Mulan mendekati suaminya itu dan memeluk pinggang Ismael manja. Dada bidang Ismael dikucup lembut.

Sejuk juga hati lelaki itu. Ismael tundukkan kebala menyinggahkan kucupam di dahi Mulan. Isteri yang dicintainya sepenuh hati. Sekilas, dia menjeling ke arah Nada Irfani yang turut memandang ke arahnya. Ismael senyum jahat. Kepalanya tumbuh tanduk.

"I love you amora, only you..." laju saja bibir nipis sensual itu singgah di bibir milik Mulan. Mulan menolak tubuh Ismael menjauh sambil ketawa.

"Love you too El..."











          NADA bermain sendirian di taman tepi rumah namun nampak sahaja kereta Ismael masuk ke perkarangan rumah terus dia pergi ke depan. Kaki dihayun senang hati gayanya. Bertebaran gaun kembang separan lutut itu dek langkah besar Nada. Reben di kepala sudah senget. Main apa entah.

"Dah lewat bayu you balik? Hm, cian mama I" Nada jeling Ismael sebelum masuk ke dalam rumah.

"Habis yang you tu, main sorang-sorang dekat luar sampai comot lepastu nak masuk rumah I? Hello, pergi cuci kaki you tu dulu baru masuk" arah Ismael yang penat-penat baru pulang dari pejabat.

Melihat si mulut besok pencari pasal itu comot bukan main lagu menjeling dia. Baju yang bersulam lace itu basah dek peluh. Sorang-sorang pun jadi.

"Otey!" Nada berlalu pergi ke paip air mahu mencuci kaki. Karang tak boleh masuk rumah pula.

Ego Ismael melarang untuk pergi membantu si kecil yang sedaya upaya mencuba buka pili air namun tidak berjaya. Ismael akhirnya mengeluh berat. Si kecil itu memang menyebalkan!

"Err, cakap pandai sangat. Buka pili air pun tak lepas!" Melulu Ismael melangkah ke arah Nada yang tecebik mahu menangis itu. Kejap lagi dia juga dipersalahkan Mulan.

Dahi Nada dijentik.

"Cepat cuci kaki you tu. Eee penuh cacing" ejek Ismael dan Nada kalut menyental kakinya yang kotor itu.

"Tentiu—" Nada sengaja menghalakan hos ke arah kaki seluar slack Ismael. Habis lencun sekerat lutut. Wajah Ismael terus berubah menyinga.

"Bubye lionking!" Selamba sahaja Nada melangkah pergi masuk ke dalam rumah tanpa meminta maaf.

"Damn it! Tak kenang dek untung" hambur Ismael geram. Dah buat baik dibalas tahi pula. Kalau tahu nak besar-besar nak jadi musuh begini, dari awal lagi dia guna protection. Supaya tak wujud seketul Nada Irfani the problem maker di atas muka bumi ini.

Pfffft!

MULAN ISMAEL Where stories live. Discover now