MULAN Ramadhani membuka mata bila dengar bunyi azan subuh berkumandang. Dalam masa yang sama, dia rasa ruangan untuk dia tidur agak sempit dan membataskan pergerakan dia. Daripada sayang mahu buka mata sepenuhnya, terus terbuntang luas mata Mulan melihat apa yang dihidangkan di hadapannya kini.Nada Irfani tidur di dalam pelukan Ismael. Nyenyak sungguh keduanya tidur. Hati Mulan diruntun sebak. Di peluang yang ada, Mulan capai telefonnya segera.
Mulan bertongkat pipi sambil mengusap kepala kedua-dua insan kesayangannya silih berganti. Dilupakan terus hal persengketaan yang berlaku semalam. Mulan taknak ambil hati.
Selepas itu, tubuh Ismael mula bergerak. Cepat-cepat Mula mengelap air matanya tadi agar tidak tertangkap oleh suaminya itu.
"Dah azan....ish!" Berkerut muka Ismael bila mana wajah Nada yang disapanya terlebih dahulu sebelum Mulan. Dah lah tidur peluk-peluk orang. Taknak!
"Macam mana you boleh masuk tidur sini El?" Tanya Mulan.
Terkebil-kebil Ismael merenuk tampang wajah cantik si isteri. Dia mengeliat dan merengek seperti biasa kalau baru bangun tidur.
"Hm, erm budak ni ajak I tidur sekali dengan you. I ikut je lah" jawab Ismael.
"Nada Irfani, your daughter" ujar Mulan tanpa riak.
Ismael berdecit.
"I nak solat subuh. Jom lah jadi makmum I. I nak minta maaf pasal semalam. I tahu I salah" Ujar Ismael membuatkan hati lembut Mulan terpaut.
"I nak ikut you soyat jugak. Nak jadi ma-nyum !" Suara kecil itu membuatkan Ismael melingas toleh semula ke belakang. Mulan tahan senyum.
"Apa benda manyum manyum? Makmum!" Balas Ismail.
Nada Irfani menjuih bibir memandang si bapa yang sangat garang dengannya. Semalam nak tidur dengan mama tahu pula bercakap baik-baik dengan dia. Pagi ini mengaum macam singa pula dah.
"Apa benda ni pagi-pagi dah bergaduh? Can you please stop your immature behaviour Ismael Leif?!" Padan muka, Ismael dah kena marah dengan mama dia. Nada buat muka comel dan mendapat jegilan mata dari Ismael.
"Tak budak ni, orang bercakap dia pun nak menyampuk juga. Sebutan pun salah" Ismael membela diri.
"Cemalam Nada bagi you tido dengan mama pun baik tau. Ayini mayah-mayah tite puyak" tidak lekang dengan pelat dalam bicaranya. Ismael mengajuk bicara tidak betul Nada dengan riak wajah menjengkelkan.
Kecil-kecil dah mengungkit!
TERKEJUT bukan kepalang Ismael Leif pagi itu saat melihat rupa tampannya sekelip mata berupa jadi si buruk rupa. Karya 'agung' Nada Irfani kini berpindah kanvas. Penuh dengan titik-titik berwarna-warni pada wajah Ismael.
"Nada Irfani! You buat apa dekat muka I ni hah?! Tak tak cukup kertas dah ke nak conteng?!" Bergema satu rumah dengan suara garau Ismael.
Nada yang duduk berdiri di tepi kolam itu bulat mata mendengar suara si bapa. Alamak, mama pergi kerja awal harini.
"Mana budak kecik tu?!" Tanya Ismael kasar kepada Sarah, pembantu rumahnya.
"De-dekat luar tu-tuan..." Sarah pun ikut kecut sekali.
"You, budak kecik! Sini meh sini," panggil Ismael tahan lahar dari meletus.
"Taknak," Nada pakai kasut dan pergi ke laman depan.
Ismael mengejar langkah ciput si becok itu dan melelar lengan gebu Nada. Nada menoleh sambil memeluk tubuh.
"Kenapa main tepi kolam? Kalau jauh ke tergelincir ke siapa nak menjawab dengan mama you? Suka sangat tengok I kena marah kan?" Bukan soal mukanya diconteng sekarang.
Dia nak marahkan Nada Irfani kerana budak itu degil dan tidak mendengar katanya. Mulan dahlah skeptikal sikit kalau dengan Nada ni. Apa-apa jadi, nanti Ismael yang diburu.
Tangan kecil itu ditarik tidak kasar cuma mereka dua beranak bergegas masuk ke dalam rumah. Selepas itu, Nada dibawa berdiri menghadap Ismael yang bercekak pinggang mencerun ke arahnya.
"Apa tenung-tenung I macamtu? You ingat you comel?!" Sergah suara garau Ismael dan mata bundar comel milik Nada masih berbuat demikian. Hakikatnya, si kecil itu memang comel pun. Mananya tidak comel, babanya kacak bukan main, mama pula kalah sikit saja dengan ratu cantik dunia.
"You ni encem jugak kan? Kene tonteng muka pun encem..." Nada tutup mulut mengekek halus. Nakal sungguh gayanya.
"Eeeee!" Dek geram, telinga kecil itu dipiat. Terjengket-jengket Nada menahan rasa pinar di telinganya.
"Auh aduh!! Takitlah! Haa...." Nada pegang telinga dan tercebik-cebik mahu menangis.
Mentang-mentang mama tak ada, berani Ismael menyakiti dia. Habis merah telinga Nada disebabkan perbuatan the bish itu.
Bila lihat Nada menangis, mulalah Ismael gelabah. Budak ni mulut boleh tahan, kejap lagi amoranya dapat tahu, masaklah dia.
"Hey, stop crying little bunny!" Ismael duduk melutut menyamai paras dengan Nada memaksa si kecil itu untuk berhenti menangis pula.
Makin gelabah bila telinga Nada sakan merahnya dia terus mengusap telinga kecil itu menyurutkan kesan kemerahan dan terus menarik Nada ke dalam pelukannya. Itu sahaja jalan yang ada untuk meredakan tangisan si anak.
"Shhh...shh..shhh...kejap lagi mama you balik habislah I..." pujuk Ismael dengan gentarnya.
Tidak semena-mena, dahi Nada pula dikucup spontan. Waktu itu juga satu perasaan asing terbit di tangkal hati Ismael. Nada juga nampak terkesima dengan ulahnya itu. Terus berhenti menangis serta-merta.
"Dah, okay?" Tanya Ismael dan Nada diam mengangguk dengan wajah kelatnya.
"Pergi naik atas, nanti Sarah buatkan you makanan" kata Ismael selaku pengasuh tidak berbayar hari ini.
"Nak pancake, dengan jus!" Pinta Nada pula dan Ismael buat muka malas layan namun tetap mengangguk.
Sebabtu taknak bagi muka sangat, Nada dah melampau meminta-minta. Baru empat tahun, dah pandai berlagak mem besar ya.
TBC.
YOU ARE READING
MULAN ISMAEL
RandomMulan Ramadhani dan Nada Irfani adalah watak utama di dalam cerita. Ismael Leif pula digelar the beast persis kisah dongeng si cantik dan si buruk rupa. Semuanya disebabkan anak sendiri yang salah faham jalan cerita. "Dhani! Kenapa tak jaga budak ke...