B A B 4

591 96 11
                                    











TIDAK senang duduk dibuatnya melihat Mulan berkelakuan dingin dengan dia. Dari meja makan tadi, sehinggalah ke bilik Ismael langsung tidak mendengar suara isterinya itu. Semuanya gara-gara Nada yang hampir terlibat dalam kemalangan semasa pulang dari sekolah tadi.

"Look amora, stop giving me your silent treatment" Ujar Ismael di belakang Mulan.

Mulan buat tidak tahu dan masuk ke dalam bilik air. Itu peluang terbaik yang Ismael rasakan dia pun kalut ikut masuk sekali.

"Tch! Kenapa you sibuk sangat ni El?" Soal Mulan tanpa riak. Tangan disilangkan ke dada merenung tajam ke arah Ismael.

"I'm sorry amora. I tak sengaja dan terlepas pandang waktu ambil budak tu tadi. Mana I tahu dia dah keluar tunggu di luar. Selalunya dia akan tunggu di dalam" cerita Ismael akan hal yang sebenar.

"Tak ada mood nak dengar you explain sekarang. Keluar! I nak cuci muka" halau Mulan.

"Amora...." Mulan menolak tubuh sasa Ismael keluar dari bilik air.

"I sayang dan cintakan you amora, tapi I tak suka budak tu!" Bentak Ismael samgatlah tidak masuk akal.

Mulan ketawa sinis. Langsung tidak memandang wajah Ismael sedari tadi. Hatinya bengkak dengan ulah suaminya itu.

"Budak yang you cakap tu ada nama dan nama dia berbintikan you Ismael Leif Abraham. Nada Irfani is your biological daughter! Kalau you tak suka dia maknanya you tak sayang dan cintakan I pun" Mulan menerpis tangan yang sibuk mahu menyentuhnya itu.

"See? Kerana dia I cuma option kedua dalam hidup you. Budak tu dah la banyak akal, annoying, clingy dan suka kenakan I. Tengok tu orang tua bercakap dia curi-curi dengar. Lepastu adalah nak buat hal dengan I. You spoiled kid, go!" Usir Ismael garang saat terlihat Nada yang mengintai di celah daun pintu bilik mereka.

"I tak faham apa yang ada di fikiran you Ismael Leif. I pernah culas ke jalankan tanggungjawab I sebagai isteri you? I pernah abaikan kemahuan you ke? Jawab I El!" Mulan menunjal dada Ismael dengan jari telunjuknya. Ismail diam mengunci bibir.

"Seingat I, you yang paling mendapat layanan istimewa dari I sebab you tu suami I. I cintakan you. Tapi you dengan sifat dengki dengan anak sendiri tu tak pernah hilang. Kalau tahu Nada akan terima nasib menyedihkan macamni. I taknak kasi you mengandungkan I!" Suara Mulan naik sedikit akibat terlalu geram.

"Dhani! Wait—"

"Tak payah, I tidur dengan Nada malam ni. Kalau you nak tidur dengan I pergi bilik Nada. Tapi, I tak rasa nak tidur sekali dengan you malam ni" beritahu Mulan sebelum keluar.

Ismael berdecit geram dan menhentak dinding bilik air itu geram.














        PUKUL 1 pagi, Nada Irfani masih berjaga. Walaupun masih kecil tapi dia tak suka melihat Ismael dan mama dia bergaduh disebabkan dia. Mamanya datang tidur bersama dia sungguh malam ini. Ingatkan sekadar menemani Nada bercerita sehingga Nada tidur.

Dia menyelinap keluar dari bilik secara senyap dan pergi berunding dengan the bish yang tidak menyukainya itu pula. Nada tahu Ismael masih belum tidur. The bish tu suka tidur lewat-lewat pagi.

Pejabat Ismael di hujung dituju. Tadi dia nampak Ismael masuk ke situ dan lampu bilik pejabat itu pun masih menyala. Terkedek-kedek Nada berjalam dengan baju tidur comelnya itu.

"Hey, siapa beri you izin untuk masuk office I? Get out from here!!" Halau Ismael tak ada mood lagi-lagi wajah si kecil itu yang menyapa kornea matanya.

Nada silangkan tangan ke dada dan merenung si bapa itu tajam juga. Nada banyak turun wajah Ismael terutama mata. Tajam saja mata si kecil itu kalau merenung orang.

"I nak shushu. Mama dah tido. You boleh buatkan I shushu?" Pinta Nada berani.

"No! Mama you tidur tapi you tak tidur lagi kenapa? Pergi suruh Jamie buatkan susu you takpun pergi tidur. Keluar, keluar, shuhh!" Halau Ismael kasar.

"Jamie pun dah tido. Anne dah tido. Cemue dah tido. You aje tak tido lagi. Tenape?" Tanya Nada.

"Ikut suka I lah nak tidur ke tak tidur ke. You ada masalah ke dengan jadual tidur I?" Balas Ismael semula. Sibuk betul.

"Haa..haa! Mr Bish tido yambat nanti muka lagi hodoh. Tanak buat shushu syudah! I boyeh buat sendiwi" Nada menghayun jari telunjuknya kononnya menakut-nakutkan Ismael. Tapi bukan takut yang diundang malah rasa geram. Ismael jeling si kecil yang sudah berpaling mahu turun ke bawah itu.

Bila Ismael terdetik sesuatu, terus dia pun bangun sama. Rengusan kasar terbit dek rasa geram. Kalau tak ada pengawasan untuk si kecil itu membancuh susu, nanti buatnya kena air panas ke apa, Mulan akan salahkan dia lagi.

Di hujung tangga, Ismael perhatikan tingkah Nada dalam diam. Si kecil itu menarik kerusi di meja makan ke water dispenser. Kemudian dia panjat kabinet mahu membuka lagi untuk mengambil susu. Tahu pula di mana letaknya semua barang.

"Hey, hey. Turun sekarang! You nak I babap you ke? Kalau kena air panas ni siapa nak jawab? You suka mama you makin tak suka I hm?" Sergah Ismael dan terkebil-kebil Nada memandang dia.

"Tadi mayah tanak buat shushu cangat! I nak buat sendiwi lah!" jawab Nada becok mulutnya.

"Turun!" Arah Ismael dan Nada akur turun secara mengundur. Comel sangat-sangat kelakuannya itu seperti larva.

Namun kaki tidak menjejek ke kerusi, perut Nada sangkut kerana permukaan kabinet itu sedikit kesat. Ismael mengeluh kasar lalu membantu turunkan si becok itu.

"Tu lah, padah asyik minum susu sangat. Perut pun gendut!" Kutuk Ismael.

"Biarlah. Cibuk je. Muyut jahat nanti Allah bagi jadi the bish bayu tahu" omel Nada.

Ismael ambil botol susu Nada dan mengisi susu formula ke dalamnya. Air panas sedikit dan dicampur dengan air masak biasa sedikit supaya susu itu suam-suam sahaja.

"Nah. Anyway you should thanks me annoying little bunny"

"Tenshu errr...you?" Nada tak tahu nak panggil Ismael apa.

Ismael diam mengeras mendengar ucapan si becok itu. Kemudian Nada minum susu yang dibuat olehnya itu dengan wajah yang betul-betul menghargai.

"Sedap tak?" Tanya Ismael.

"Cedap je. Cebab you buat shushu cedap, you pergi tido dengan mama. I boyeh je tido dengan Anne dan Jamie. Bubye" jawab Nada dan berlalu pergi.

"Ey! Nanti dululah budak. Kenapa bagi I tidur dengan mama pula? You lah pergi tidur dengan dia" kata Ismael.

"Tak apa. Mama always cakap yang you curga dia. Kalau curga tenape duduk jauh-jauh? Jadi you kan curga mama I, you pegi la sleep dengan mama. Supaya curga mama tu dekat cikit" jawab Nada polos membuatkan Ismael tercengang kali ini. Bicara si kecil itu meresap ke tangkal hatinya terus.

"Kalau macamtu jom sama-sama tidur dengan mama you" ajak Ismael.

"Tapi you...you don't like me. Takpe ke?" Tanya Nada lagi. Ismael semakin serabut. Petah sangat berkata-kata pun tak suka juga.

"I dah ajak tu jom je lah. Nak tidur luar ke?" Ismael kawal suara.

"Otey the bish!"

Menggelegak saja darah Ismael. Panggilan the beast itu sudah sebati di mulut Nada. Picit mulut tu biar jadi mulut itik baru tahu.




















TBC.

MULAN ISMAEL Where stories live. Discover now