BAB 4

10 0 0
                                    

Casino itu dipenuhi oleh orang-orang bawahan Zacky. Mereka diarahkan untuk berkumpul kerana bos mereka ingin berjumpa. Ada yang mengigil dan ada yang masih biasa riaknya. Mereka tahu apa yang bos mereka ingin sampaikan.

Lelaki lingkungan 50 an itu memulakan bicara "¿La has conocido? (Have you met her?)"

""Lo sentimos, señor. Hemos hecho todo lo posible para encontrarla. Todavía no podemos encontrar dónde está.
(We are sorry sir. We have tried our best to find her. Still can't find where she is.)"

"¡Realmente no se puede contar contigo! Espérame, te buscaré hasta el agujero de gusano. (You really can't be counted on! Wait for me, I will look for you until wormhole.)"

"Guarda quanto vuoi scappare da me. Non smettere di guardare dov'era! (Look how far you want to run away from me. Don't stop looking at where she was!)" Lirihnya, tidak lekang senyuman sinis itu dari bibir.

Orang yang berada disitu sudah berasa takut melihat diri bos mereka begitu. Tiada siapa berani untuk mencelah atau membantah arahan.

"Kau tak rasa ke yang bos kita tu macam dah gila? Aku tengok dia meremang satu badan wey" bisik Zayn kepada kawannya.

"Kau diam boleh tak. Kau nak mampus awal ke hah setan? Kalau bos dengar ni confirm kau orang seterusnya dia bagi anjing dia makan nanti. Walaupun dia tu orang asing tapi dia fahamlah aa kita cakap. Baik kau tutup mulut busuk kau tu sebelum kau jadi hidangan malam si black tu" marah Nick. Zayn diam sejenak, betul jugak apa si rock ni cakap. Aku taknak mati lagi, amalan aku tak cukup lagi. Black tu bukan calang-calang harimau, sekali terkam je boleh mampus terus

Puan Elbertina bermundar-mandir di ruang tamu mewah itu. Menunggu kepulangan anak teruna, jam sudah menunjukkan tepat pada pukul 1 pagi. Anaknya seorang itu masih belum pulang, batang hidung pun belum nampak lagi.

"Haish. Where are you, son?" Kakinya tidak berhenti berjalan ke sana kesini. Bunyi deruman enjin kereta itu menandakan Eric sudah balik. Klack! Pintu rumah agam itu dibuka perlahan-lahan, dia masuk dan mengunci pintu itu. Dia menoleh dan dia amat terkejut melihat satu susuk berada dibelakang. Automatik dirinya termelatah akibat terkejut dengan gerangan yang menyapanya.

"Opocot! rumah meletup! Eh mommy ni, buat apa duk kat sini? Kenapa tak tidur lagi dah lewat ni kan" hampir gugur jantung nya melihat Puan Elbertina disitu. Nasib bukan benda lain kalau tak dah demam seminggu aku rasa.

"Haih kamu ni. Mommy tunggu kamu lah! Dah lah orang telefon tak angkat, baik bakar je phone tu terus. Angkat call pun susah. Takde function phone tu ada kalau di silence kan" tengking Puan Elbertina.

"Mommy ni kenapa? Apa yang tak kena sampai mommy marah-marah ni? Mommy piyed ke apa?" Selalu kalau orang tiba-tiba marah dia datang bulan kan? Betul tak?

"Banyaklah kamu piyed! Mommy call kamu suruh balik bawa Nadiene pergi hospital. Dia demam, dari pagi tadi sampai sekarang belum kebah-kebah lagi. Mommy risau nanti dia makin tenat je, badan dia tengah lemah nanti penyakit lain pula didapat nya nanti. Bila mommy ajak dia pergi hospital dia taknak, dia kata dia dah okay" risau Puan Elbertina. Mana tak risau, dah beri makan ubat tapi demamnya masih tak kurang.

"Erm dia dekat mana?" Mendatar sahaja nada itu.

"Dalam biliklah tengah rehat. Tadi mommy suruh dia baring je atas katil sebab muka dia tu pucat sangat" perbicaraan mereka terbatas apabila bunyi dentuman kaca dia tingkat atas. Pantas mereka berdua menuju naik ke atas, bunyi itu terhasil dari bilik yang Nadiene duduki.

"Nadiene? Kau okay tak? Buka pintu ni!" pintu diketuk berkali-kali, tombol pintu dipulas tapi tetap tidak boleh dibuka. Pintu itu dikunci dari dalam, tanpa berlengah Eric merempuh pintu itu.

Her Another Side (OG)Where stories live. Discover now