* PROLOG *

20.6K 579 34
                                    

Haffaz mengeluh melihat gadis itu berusaha menggali pasir.

"Dah hilang lah tu" ucapnya dengan nada sedikit kecewa.

"Mustahil boleh hilang. Baru je tadi saya nampak benda tu dekat sini"

"Kalau dah rancak sangat bergelak tawa, manalah nak perasan jatuh dekat mana kan?" Sindirnya halus.

"Aku gelak tak guna mulut kau pun" marah gadis itu dan terus berlalu pergi.

Haffaz terkedu. Statik di tempatnya. Sudah berapa kali dia dijerkah oleh gadis itu. Dan dia tidak membantah.

*

Bunyi kamera kedengaran rancak di tepi taman bunga itu. Hayder tidak henti mengambil gambar kekasih hatinya.

"I dah penat lah. You asyik ambil gambar I je" bebel gadis itu.

"Apa salahnya. I tak suka tengok gambar yang orang lain ambil dekat Tv tu. Tak cantik"

"Tak cantik pun. Muka ni juga kau kejar dari kecil" sindir gadis itu perlahan.

Hayder tergelak mendengarnya. Itu hakikat. Dia sudah mencintai gadis itu sejak dia berumur 7 tahun.

*

"Naqyla Humaira. Saya cintakan awak!!"

Naqyla yang baru sahaja sampai di hadapan cafe itu tersentak. Dia terkejut apabila mendengar namanya diseru di pembesar suara di lapangan terbang KLIA itu.

"Lelaki ni memang nak kena. Tunggulah" marahnya dan berpusing semula.

*

'Siapa yang kahwin dulu, dia yang akan jadi anak kesayangan mama dengan babah' - Yusuf Numair






















Note :

Assalamualaikum semua. Di sini saya hanya akan update PROLOG sahaja. Semuanya disebabkan ramai yang bertanya tentang story bernombor 5. Jadi saya nak minta maaf pada yang baru kenal saya dan yang masih belum baca LYK.

Langit Yang Kurindu sudah berubah ke bentuk fizikal. Dan tidak akan reprint semula atas sebab tertentu. Nak tahu sebab apa, boleh refer pada Instagram saya (moonjni._) di bahagian highlight.

Maafkan saya andai ada yang terasa. Saya sendiri tak jangka benda ni akan berlaku.

Doakan supaya saya dapat bukukan semula LYK atau jadikan dia dalam bentuk ebook suatu hari nanti.

Maafkan saya sekali lagi. 🌸🦋❤️

LANGIT YANG KURINDU [ C ] - 5 (TERBIT & LIMITED) Where stories live. Discover now