Sinopsis

11 1 0
                                        

Cahaya mentari menyapa mesra wajah kedua sahabat itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Cahaya mentari menyapa mesra wajah kedua sahabat itu. Keduanya masih sibuk buat hal masing-masing.

"Xian, jom kita pergi beli aiskrim dekat 7Eleven, aku teringin lah nak makan." Kata Alourra kepada Xian yang sedang bermain-main dengan telefonnya itu. Memecahkan kesunyian yang menimpa mereka berdua.

"Sekarang ke?" Tanya Xian.

Sengaja dia soal demikian walhal dia tahu apa yang akan jadi dengannya nanti. Pandangan dihalakan ke wajah Alourra. Alourra yang mendengar soalan itu terasa ingin menampar muka Xian.

"Sekarang lah! Kau ingat sepuluh tahun lagi macam tu ke? Kalau macam tu, kerepot lah kau nanti," perli Alourra.

"Apa pula aku yang kerepotnya? Kau lah, kau kan lagi tua dari aku. Yalah yalah, jom kita pergi 7Eleven," ucap Xian.

Sekali sekala ikut permintaan kawan kan tak salah. Alourra yang sudah mendengar kata-kata itu langsung menarik tangan Xian untuk pergi ke 7Eleven berdekatan. Xian yang diperlakukan demikian rupa oleh Alourra hanya boleh pasrah dengannya. Reda. Hanya itu yang dia boleh buat.

SETELAH mereka sampai di 7Eleven, Alourra dengan pantas keluar dari kereta dan memasuki 7Eleven tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Xian yang melihat kelakuan Alourra hanya menggelengkan kepala setelah telatahnya yang satu itu menyapa mata.

"Xian, aku nak Magnum, kau belanja aku eh?" Ucap Alourra lalu dengan cepat dia menyambar aiskrim yang berjenama Magnum, iaitu salah satu aiskrim kesukaannya. Sudah lama dia tidak dibelanja oleh Xian.

"Eh! Aku belum setuju lagilah nak belanja kau ni!" Kata Xian, dia kembali meletakkan aiskrim yang diambil oleh Alourra.

Suaranya yang sedikit kuat itu menarik beberapa pasang mata. Alourra lantas meminta maaf dengan mereka.

"Kau ni, slow lah sikit suara tu. Kau belanja lah aku, jarang tau kau nak belanja aku," kata Alourra dengan suara yang cukup lirih kepada Xian membuatkan Xian tidak boleh berkata-kata kembali. Memang benar dia jarang belanja rakannya. Bukan kedekut tetapi berjimat.

"Haish, yalah ambil je lah aiskrim Magnum kau tu, tolong ambilkan untuk aku sekali aiskrim Cornetto satu," ucap Xian lalu dia lantas mengeluarkan dompet dari begnya. Alourra tersenyum mendengar kata-kata Xian. Dia lakukan seperti yang Xian suruh.

"Huhuhu habislah duit aku, duit aku dah terbang dan takkan kembali dah," ujar Xian setelah berpusing memandang wajah Alourra. Sengaja dia berkata begitu.

Setelah selesai Xian membayar, mereka pun pulang ke rumah Alourra. Sesampainya mereka di rumah Alourra, dengan sepantas kilat melebihi petir, dia pun keluar dan makan di pondok kecil rumahnya. Xian berjalan ke arah Alourra lalu duduk di tepinya. Perlahan-lahan plastik aiskrim dibuka.

"Wey, sedaplah aiskrim ni," kata Alourra sambil menjilat aiskrim di tangannya.

"Sedap untuk kau, yang tak sedapnya aku. Duit aku dah melayang pergi ke syurga dah, kau tau tak! Lain kali aku nak suruh kau belanja aku benda yang mahal," kata Xian dan Alourra hanya tersengih mendengar kata-katanya itu, dia pun kembali membalas percakapan Xian.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Dec 19, 2023 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Relacion de amor y odio Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang