BAB 6 - JIWA YANG SAKIT

19.4K 686 33
                                    

ZAKERY meninjau perkarangan hotel barunya. Baru sahaja dua bulan beroperasi, sambutan agak menggalakkan. Cuti sekolah pun hampir tiba, hotel ini perlu memperhebatkan lagi promosi untuk menarik lebih ramai pelancong untuk menginap.

"Marketing planning dah ada progress ke?" soal Zakery kepada Alisa, selaku Pengurus besar di Hotel Permata.

"Dah Dato. Sekarang kita hire a few influencer untuk review our hotel. Jika tiada halangan, minggu hadapan ada 3 influencer akan datang untuk shoot." jelas Alisa sambil menunjukkan data plan di tabnya.

"How about food? Kualiti dah check?"

"Dah Dato. Jom saya bawa Dato ke main restoran." Pelawa Alisa. Zakery dan Ayra hanya mengekor sahaja langkah Alisa sepanjang tinjauan mereka disana. Ayra kagum dengan interior design hotel tersebut. Nampak mewah tapi harganya berpatutan. Servis yang baik pula sangat diutamakan dalam kalangan pekerja.

"Bos, ni kita nak lunch sekali kan? Saya lapar..." soal Ayra, bibirnya mencebir. Lapar tau, dah lah tak breakfast!

"Ye, kita akan lunch sekali. Siapa suruh lambat, kan dah tak sempat breakfast." omel Zakery. 7.30 pagi dah kena panggil, mana lah sempat Ayra nak sarapan. Office hour pun belum. Salah aku jugak ke?

TANGGGGG!!

Saat kaki mereka bertiga melangkah masuk ke ruang restoran utama, bunyi kaca berderai kedengaran. Mereka bergegas ke arah bunyi itu datang. Saat ia tiba, kelihatan banyak kaca-kaca yang pecah bertaburan di lantai, dan ada satu sosok tubuh seorang pekerja lelaki sudah pun  terbaring. Darah dikepalanya mencurah keluar akibat terkena serpihan kaca yang pecah.

"Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni?" soal Alisa dengan nada yang cemas. Dia segera mengarahkan ketua chef yang berada disekitar situ untuk menghubungi ambulans dengan segera. Alisa segera mencari kelibat Zakery. Dia perlu segera bertindak sebelum hal yang lebih buruk terjadi. Dia sudah menjadi secretary Zakery selama 5 tahun, sudah tentu perkara ini akan trigger majikannya itu.

Zakery terdiam kaku. Matanya terbutang bulat, badannya berkeringat dan nafasnya laju. Lututnya longlai dan sukar untuk menampung tubuhnya lagi. Segera tangannya berpaut pada meja yang berhampiran untuk mengelakkan dirinya daripada jatuh. Nafasnya mula tercungap-cungap, rasa macam nak mati! Ayra yang menyedari perubahan Zakery segera menghampiri, begitu juga Alisa yang sudah dapat menjangkakannya.

"Bos okey tak ni?" Ayra mulai cemas.

"Ayra, bawak Dato ke ruang makan VIP sekarang. Dia kena anxiety attack." arah Alisa tanpa membuang waktu. Dia mengarahkan seorang lagi pegawai untuk memapah Zakery ke ruang peribadi itu. Ayra nak angkat sorang memang tak larat, berat!

Setiba di ruang peribadi, Ayra segera menuangkan air suam kedalam cawan lalu disuakan kepada majikannya. Dia agak terkejut saat mengetahui Zakery ada anxiety attack. Dia pernah berhadapan dengan pesakit yang menghadapi masalah sama. Dia tahu bagaimana sukarnya untuk melawan saat sakit itu menyerang. Ayra memandang Zakery dengan sayu. Dia tidak menyangka bahawa Zakery turut melalui penyakit ini. Simpati mula menguasai jiwa. Dia mengarahkan orang lain untuk keluar dari ruangan itu dengan segera. Tujuannya hanyalah untuk berikan ruang yang lebih privasi buat Zakery. Dia terpaksa melonggarkan tali leher dan membuka dua butang baju kemeja lelaki itu untuk memudahkan Zakery bernafas.

"Apa a-awak buat ni Ayra?" soal Zakery saat jari jemari Ayra membuka butang baju nya. Suara nya seperti tersangkut-sangkut untuk berbicara.

"Relax. Saya hanya nak bagi bos ruang untuk bernafas. Minum lagi sikit." arah Ayra setelah dia membuka dua biji butang baju nya lalu disuakan kembali air suam tadi. Zakery hanya menurut tanpa bicara. Dia benar-benar kesakitan. Saat melihat Zakery semakin berkeringat, Ayra cuba menenangkannya. Dia tahu, hanya Zakery sahaja dapat melawan anxiety attack itu.

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now