BAB 22 - AYRA DICULIK

14.8K 452 15
                                    

AYRA menyisir rambutnya rapi. Wajahnya disolek sedikit, minyak wangi disemburkan seperti biasa dan bibirnya dioles dengan lipgloss merah jambu. Perlahan-lahan dia menghampiri Zakery yang sedang asyik menyiapkan kerjanya di sofa bilik.

Ayra menghampiri Zakery dan duduk disebelahnya. Dia memicit bahu Zakery yang tak sakit itu. Punggungnya sengaja didekatkannya.

"Sayang, bagilah abang habiskan kerja ni sikitt je lagi. Lepas tu abang layan sayang okey?" pinta Zakery. Jika berterusan digoda, Zakery khuatir kerjanya tidak mampu disiapkan malam ini.

"Abangg..... can I ask you something?" soal Ayra dengan suara menggoda.

"Sure sayang." jawab Zakery lembut. Matanya masih melekat diskrin komputer. Jari jemarinya laju menaip perkataan demi perkataan di atas keyboard komputer ribanya.

"Boleh tak sayang nak pergi shopping esok?" pinta Ayra manja.

"Ayra, kita dah bincang hal ni kan? My answer still no." jawab Zakery tegas. Dia tidak membenarkan Ayra keluar buat sementara waktu sehinggalah hal itu diselesaikan. Dia amat merisaukan keselamatan isterinya.

"Alaaa abang. Ayra dah bosan sangat kat rumah ni. Please abang." rayu Ayra lagi. Zakery hanya mendiamkan diri.

"Abang, boleh lah abang. Ayra nak keluar dengan kak Husna je."

"Abang risaukan sayang. Lagipun esok abang busy jadi tak dapat teman sayang. Abang tak boleh bagi Ayra keluar tanpa abang. Bagi abang settelkan kerja ni dulu, then abang bawa Ayra pergi holiday. Okey?"

"Alaaaa holiday lain cerita. Ini cerita untuk hari esok. Please abang. Kali ni je abang bagi Ayra keluar dengan kak Husna. Ayra janji, apa je syarat abang, Ayra ikut je. Yang penting,Ayra dapat keluar." rayu Ayra lagi tanpa berputus asa.

Zakery menghentikan kerjanya seketika. Dia memandang wajah isterinya yang cantik. Hidungnya ditarik.

"Haih, kalau dengan isteri abang ni memang abang kalah. Nanti abang fikirkan dulu okey?" jawab Zakery tersenyum.

"Ala tengok tu, nak fikir fikir lagi. Mesti tak boleh ni." bibir Ayra dimuncungkan. Merajuk!

"Ye, abang izinkan. Tapi bagi abang masa sikit fikir macam mana nak make sure your safety. Boleh sayang?" mendengar sahaja jawapan yang diberikan oleh Zakery, Ayra melompat keriangan.

"Yeayy, abang the best husband in the world. Sayang abang!" pipi Zakery diciumnya berkali-kali.

"Ayra nak tidur dulu tau! Abang buat kerja berbaik. Jangan stay up lama-lama okey? Goodnight!" sebuah kucupan singgah lagi dipipinya. Ayra menyanyi keriangan.

Zakery tertawa kecil melihat keletah isterinya. Adakala Ayra kelihatan sangat matang, adakalanya dia kelihatan seperti kanak-kanak keriangan. Geram dibuatnya. Nasib baik sayang!

**********

AYRA menyarungkan dress labuh berbunga yang bewarna hijau ketubuhnya. Tudungnya dililit kemas. Hampir seminggu terperap dirumah, akhirnya Zakery memberikan keizinan untuk Ayra keluar berbelanja bersama Husna. Tapi permintaannya bersyarat. Ayra tidak dibenarkan keluar bersendirian tanpa bodyguard yang telah diarahkan untuk menjaga dirinya. Bodyguard itu tidak lain tidak bukan adalah budak suruhan Johan. Ayra terpaksa akur kerana dia juga turut merisaukan keselamatannya. Selepas kejadian tempoh hari, tiada lagi apa-apa tindakan dari pihak pelaku. Tetapi itu bukanlah alasan untuk mereka tidak berwaspada.

Ayra menyambut kedatangan Husna yang yelah dihantar oleh pemandunya dengan keriangan. Dia sangat teruja seperti kanak-kanak yang diajak ke taman permainan. Kemudian, mereka segera bertolak ke shopping mall dengan menaiki kereta yang dipandu oleh bodyguardnya.

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now