"Kau akan mati harini Zakery!!"
"Everything will be fine, you are my strong boy."
"Papa, please ba.. bantu Daniel Mengucap."
Suara-suara itu semakin kuat menghampirinya dan sekaligusnya menyentak dari tidurnya yang panjang lalu terbangun duduk. Nafasnya tercungap-cungap, tubunnya basah keringat.
"Sayang, are you okey?" sapa Zakery lembut saat isterinya mula sedar.
"Abang, Daniel mana? Daniel still hidup kan abang? Mana dia abang?" soal Ayra bertubi-tubi. Dia merasakan itu semua mimpi. Melihat Ayra yang kebingungan, Zakery menarik lembut tubuh kecil wanita itu kedalam pelukannya. Sebak mula memenuhi didada.
"Sayang, Daniel dah tenang kat sana. Dia dah selamat dikebumikan semalam" Zakery tidak dapat membendung kesedihannya lagi saat memberitahu hal itu kepada isterinya. Sudah dua hari Ayra tidak sedarkan diri akibat mengalami kejutan yang sangat besar.
"Apa maksud abang semalam? Semua ni bukan mimpi ke abang?" soal Ayra lagi. Pelukannya direngangkan dan air mata Ayra mula membahasi pipinya.
"Ayra... Ayra dah dua hari tak sedarkan diri sayang. Abang takut sangat kalau ada apa-apa jadi pada Ayra. Abang tak kuat sayang. Abang dah kehilangan Daniel, abang tak nak kehilangan Ayra juga." air matanya turut mengalir bersama. Suasana hiba menguasai diri mereka. Jari ayra digenggam lalu dikucupnya lama. Sayangnya tak terhingga. Dia perlu kuat bersama untuk mengharungi fasa yang menyakitkan ini.
"Sayang, doktor bagitahu abang, our little angle is here." ucap Zakery sambil tangannya diletakkan ke perut Ayra. Ayra terkesima, perasaannya bercampur baur. Antara sedih dan gembira.
"Maksud abang, Ayra pregnant?" soal Ayra tidak percaya. Dia terasa seolah-olah masih didalam mimpi.
"Ya sayang. Our little angle dah ada dalam perut sayang. Doktor cakap, our baby baru nak masuk tiga minggu. Sayang tak boleh stress sangat tau, tak elok for baby." Zakery merangkul bahu Ayra dan mencium ubun-ubunnya.
Air mata mereka turut mengiringi berita itu. Air mata kelelahan selepas pelbagai kejadiaan diluar jangkaan telah berlaku sehingga kehilangan Daniel buat selama-lamanya. Dan dalam masa yang sama, ia juga adalah air mata kegembiraan menyambut kedatangan insan yang bakal menguatkan lagi cinta mereka.
Jika Daniel masih ada, sudah tentu dialah yang paling gembira kerana bakal menjadi abang. Kehilangan Daniel yang mengorbankan nyawanya demi ayah tercinta amat dirasai. Daniel Mikail bin Bakery Adli, namamu akan sentiasa terukir dihati kami buat selama-lamanya.
TUK! TUK!
Pintu bilik wad VVIP diketuk lalu pintunya dibuka. Wajah Thaqif menghiasi dimuka pintu. Riak wajahnya muram. Kakinya perlahan-lahan melangkah masuk dan menghampiri Ayra yang tersandar lemah diatas katil. Dia melutut dihadapan pasangan itu dan wajahnya ditundukkan.
Zakery yang melihat reaksi Thaqif yang secara tiba-tiba itu berasa kehairanan. Mengapa pembantu peribadinya datang dan melutut dihadapan mereka?
"Thaqif, what are you doing?" soal Zakery dengan riak wajah yang mendatar. Nadanya mula dingin.
"Saya minta maaf Dato, maafkan saya Ayra. Saya betul-betul minta maaf." suara Thaqif mula serak menahan hiba. Saat mendengar permohonan maaf darinya, wajah Ayra mula berubah dan hatinya mula tidak sedap.
"What for?" sampuk Ayra yang penuh tanda tanya.
"Saya tak pernah tahu yang Berkat Holding pernah ada pekerja yang bernama Farid. Saya tak tahu yang dia pernah khianat keluarga Dato."
"Apa maksud kamu? Straight to the point Thaqif!" Zakery pula mula hilang kesabaran. Dia dapat menduga apa yang ingin disampaikannya pasti ada bersangkut paut dengan kejadian yang pernah berlaku.
YOU ARE READING
How I Married Your Father
RomanceKerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap dengan jeratnya sendiri tatkala ia benar benar jatuh cinta kepada Zakery. Disangka kan duda tua, rupa...