Part 2

13 1 0
                                    

Hari minggu ini hari yang sepatutnya dia berehat dan menenangkan diri. Tapi entah kenapa dia tetap bangun dan melakukan senamanan ringan di kawasan perumahan dia ini.

Setelah puas memenatkan diri, dia mendudukan dirinya dengan tenang di salah satu bangku yang ada. Keluhan dia lepaskan lalu mengesat perlahan peluh yang mengalir.

Melihat jam sudah waktunya dia balik. Dia bangun dan menuju ke kereta miliknya. Hyunsuk mula memandu dengan tenang tapi sayangnya dia terkejut kerana tiba-tiba ada anjing jalanan yang melintasi jalan.

Hilang kawalan, Hyunsuk memutar kereta dan melanggar seseorang.

"ADUH! SI4L NYA!" Hyunsuk lantas keluar daripada kereta dan melihat ada basikal yang sudah terlempar jauh. Dia mencari orang yang dia langgar.

"Erghh." Hyunsuk berlari menuju ke erangan yang dia dengar. Terlihat seseorang yang sudah berdarah menahan sakit di kakinya. Dia terus berlari membantu lelaki itu.

"Aduh aduh." Untuk saja ada yang membantunya untuk membawa mangsa ke dalam kereta. Tidak tunggu lama Hyunsuk terus memandu untuk ke hospital. Dia meminta para jururawat yang membantunya.

Lama dia menunggu diluar akhirnya salah seorang doctor yang bertanggungjawab menghampirinya.

"Pesakit tak ada apa-apa yang parah. Tapi dia cuma patah kaki je."

"Ahh okay." Hyunsuk lega mendengarkan itu. Dia mendail nombor seseorang.

"Jin kau busy?"

"Tak. Kenapa?"

"Aku accident ni. Aku langgar orang pula, aku dah bawak ke hospital dah."

"Accident?! Kau? Kau okay tak?"

"Aku okay. Kereta aku jelah problem, aku nak minta tolong kau amik aku dekat sini."

"Hah kau tunggu."

¯\_( ͡° ͜ʖ ͡°)_/¯ ¯\_( ͡° ͜ʖ ͡°)_/¯ ¯\_( ͡° ͜ʖ ͡°)_/¯

"Aku akan bayar semua pengubatan kau." Hyunsuk memandang ke arah Jihoon yang hanya diam tidak mengatakan apapun. Dia hanya diam memandang terus ke depan.

"Kau dengar tak ni? Aku bayar semua pengubatan kau." Namun Jihoon tidak banyak cakap. Dia terus membaringkan dirinya terus menidurkan diri. Hyunsuk merasa geram dengan apa yang dilakukan Jihoon. 

Dia pun terus keluar. Kebetulan Hyunjin ada di sana. Dia terus menghampiri Hyunjin.

"Seonbeanim."

"Kawan kau kenapa?"

"Kenapa apa?'

"AKu cakap aku akan bayar pengubatan dia semua, kenapa dia tak respon?"

"Ahh Jihoon memang macam tu seonbea. Dia tak suka susahkan orang lain. Lepas parents dia cerai umur dia 9 tahun, dia dah berdikari. Hidup sendiri, makan sendiri dan dunia sendiri. Sebab tu dia tak suka bila orang tolong dia. Kata dia, orang tu bagi simpati."

Hyunsuk terdiam mendengar itu. Dia berdehem kecil lalu memandang Hyunjin.

"Habis, macam mana nak tolong dia?"

"Seonbea boleh suruh dia bayar balik nanti. Walaupun nanti seonbea tolak. Okaylah, saya nak masuk dalam dulu." Hyunjin terus masuk ke dalam wad Jihoon.

Hyunsuk berjalan terus ke kaunter depan. Dia mengeluarkan wallet nya lalu membuat pembayaran untuk perawatan Jihoon selanjutnya sehinggalah sembuh total.

"Dia dah balik?"

"Mungkin. Ehh kenapa kau tak nak terima bantuan dia? Aku tengok dia ikhlas tau."

"Kau kenal aku Jin. Aku tak suka orang bagi simpati dekat aku."

"Bukan simpati, dia cuma nak tolong kau. Eh dah lah cakap dengan kau pun bukanya kau nak terima." Hyunjin malas mendengarkan semuanya. Dia menyediakan makanan untuk Jihoon.

"Junkyu mana?"

"Dia ada kelas."

¯\_( ͡° ͜ʖ ͡°)_/¯ ¯\_( ͡° ͜ʖ ͡°)_/¯ ¯\_( ͡° ͜ʖ ͡°)_/¯

"Aku dah bayarkan duit hospital dan rawatan susulan kau." Jihoon memandang Hyunsuk tidak terima.

"Kau boleh bayar balik bila kau dah sihat dan boleh bekerja. Aku cuma tak nak ada hutang dengan kau. Kau hampir mati sebab aku."

"Tapi-"

"Untuk beberapa hari dan bulan ni, aku akan rawat kau. Hyunjin kata kau tinggal sorang, takkan kau nak pergi sekolah dengan keadaan macam ni kan?"

"Aku boleh sendiri seo-"

"Aku dah cakapkan kau boleh bayar semuanya. Duit minyak aku, duit makan aku dan semua benda. Tapi untuk sekarang jangan nak ego sangat. Kau cacat macam ni ada hati nak tolak." Hyunsuk membebel banyak benda.

Dia mengambil beg baju Jihoon yang sudah dibungkus dengan rapi. Dia memandang Jihoon yang masih memandangnya tidak berpuas hati.

"Kau jangan buat muka macam tu. Kau ingat aku kejam sangat?" Hyunsuk memberikan tongkat kepada Jihoon dan membantunya turun katil.

Mereka keluar daripada hospital dan terus ke kereta Hyunsuk. Hyunsuk membuka pintu untuk Jihoon dan membantu meletakkan tongkat itu ke kerusi belakang.

"Seonbea, aku boleh suruh Hyunjin atau Ju-"

"Kenapa kau ni susah sangat nak dengar cakap eh? Kalau diorang ada diorang dah tolong kau. Eh diamlah aku nak drive."

"Tapi seonbea tak payah susah macam ni. Aku boleh jaga diri sendiri, kalau sebab rasa bersalah takpe aku tak berdendam."

Hyunsuk menghentikan keretanya kerana lampu isyarat. Dia memandang Jihoon yang hanya diam memandang ke luar.

"Aku memang macam ni. Nampak jahat, tapi aku di didik untuk rasa bersalah kalau aku buat seseorang terluka atau tak selesa."

"Ahh aku jealous." Hyunsuk dengar namun dia berpura tidak dengar dengan apa yang dikatakan Jihoon. Keretanya di pandu mengikut arah yang ditunjukkan melalui handphone. Berterima kasih kepada Hyunjin.

Dia berhenti tepat di depan rumah Jihoon. Seperti tadi dia membantu Jihoon untuk keluar daripada kereta dan menghantar sehingga masuk ke dalam.

"Kalau ada apa-apa call aku eh tak! Kau takkan call aku. Setiap pagi aku akan amik dan hantar kau ke sekolah macam tu juga balik. Pukul 8 malam aku akan ke rumah kau hantar dinner pula. Bantu kau apa yang patut da-"

"Seonbean-"

"Hujung minggu kita ke hospital untuk check up. Ni nombor aku." Katanya dengan tenang lalu meletakkan beg Jihoon di atas sofa dan berjalan keluar daripada sana


My Lover Bad Boy [Hoonsuk]Where stories live. Discover now