Enigma...

1 0 0
                                    

Soalan yang diajukan membuatku terpaku,
Ditanyakan alasanku mencintai dirimu,
Aku termenung, mencari jawapan,
Lalu kusimpulkan, tak ada alasan.

Namun hakikatnya, ada sebab yang aku sembunyikan,
Kerana malu untuk mengakuinya,
Lalu sekianlah asbab cintaku pada dirimu.

Ayunya dirimu memikat hatiku,
Senyuman manismu mencairkan hati,
Masakan tidak cinta bersemi,
Kalau tuannya badan cantik berseri.

Namun seiring berjalannya waktu,
Asbab cintaku padamu semakin sirna,
Tiada lagi alasan yang tegas,
Aku mencintaimu kerana kau adalah kau.
Bukan hanya kerana parasmu yang berseri.

Coretan HatiWhere stories live. Discover now