𝐏𝐫𝐨𝐥𝐨𝐠

14 4 0
                                    

بسم الله الرحمن الرحيم -

  𝑫𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒊𝒛𝒊𝒏 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒎𝒖𝒍𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒄𝒆𝒓𝒊𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊🤍
_______________________________________

"Mummy nak kamu kahwin dengan Jazlin Adriana " ujar Tengku Liana kepada anak sulungnya, Tengku Luth Zafriel.

"What? apa ni mummy? Luth tak akan kahwin dengan Jazlin, Luth dah ada isteri yang Luth kena jaga, tak akan Luth nak kahwin dengan Jazlin? habis tu isteri Luth nak campak mana mummy?"  Luth bersuara dengan nada yang tidak puas hati. Tengku liana memandang tajam kepada anak tunggalnya kerana telah berani melawan kata-katanya.

" Luth dah berani melawan cakap mummy ya sekarang? siapa yang ajar Luth jadi kurang ajar ni? mesti perempuan yang tak sedar diri tu ajar kan? mummy nak jumpa dia, biar mummy ajar dia cara untuk hormat orang tua" Tuduh Tengku liana kepada isteri anak tunggalnya.

Tengku liana dengan isteri anak tunggalnya memang tidak pernah ngam, bila berjumpa je pasti akan melawan mulut, dua-dua taknak kalah, akhirnya Luth Zafriel dengan Tengku Ridzuwan jugak yang leraikan pergaduhan diorang,pening kepala dengan sikap mummy dan isterinya.

"Mummy boleh tak jangan nak libatkan isteri Luth dalam perbincangan ni? Luth dah penat lah hari-hari mummy paksa Luth untuk kahwin dengan Jazlin tu, keputusan Luth muktamad, Luth tetap tak akan kahwin dengan Jazlin, kalau mummy nak sangat Jazlin tinggal dalam rumah ni... tu, apa kata mummy suruh je Daddy kahwin dengan Jazlin, itu pun kalau mummy izinkan" Luth menunjukkan riak yang sinis sambil meluruskan tangan ke arah Daddy nya. Tengku Ridzuwan yang sedang menikmati air kopi buatan Mak Jah terus tersedak apabila namanya di petik.

Berkerut dahi Tengku Ridzuwan dek kerana tersedak meminum air kopi itu, kemudian dia mengurut dadanya dengan perlahan.

"Daddy on je kalau nak tambah lagi satu, tapi itu pun kalau mummy izinkanlah, Boleh ke sayang? hm?" Tanya Tengku Ridzuwan kepada isterinya sambil menaik-naikkan kedua keningnya keatas dengan banyak kali.

Tengku Liana membulatkan matanya dek kerana terkejut mendengar pertanyaan suaminya itu. Merah mukanya akibat menahan marah.

"Ish, awak jangan nak mengada-ngada eh, saya tak izinkan, umur dah makin tua ada hati nak kahwin dua, kalau awak berani awak buat lah" Ujar Tengku Liana dengan nada yang geram.

"Dah makin tua la ramai orang nak, apa awak ingat umur macam saya ni tak ada siapa yang nak ke? ramai tau, ini kalau buat interview sampai ke luar pagar sana orang beratur, silap-silap, sampai esok tak habis-habis." Ucap Tengku Ridzuwan dengan muka yang bangga.

"suka hati awak lah, anak dengan bapak sama je, dua-dua menyakitkan hati, nak sangat kahwin dua kan? pergi lah pergi, jangan cari saya dah" Kemudian Tengku Liana terus menaiki tangga sambil menghentak-hentakkan kaki nya tanda protes.

"Aik? merajuk pulak? tadi dia yang suruh kahwin dua, tiba-tiba dia yang merajuk, haih" Tengku Ridzuwan menggeleng-gelengkan kepala nya.

"HAHAHAH boek la daddy, terima kasih sebab tolong Luth, ni Luth nak balik rumah dah tau? kesian isteri Luth duduk sorang-sorang dekat rumah, bye daddy" Luth menyalam tangan Tengku Ridzuwan, kemudian dia terus keluar dan menaiki kereta Lamborghini aventador hitam milik nya.

Bergema suara enjen kereta mewah itu di sekitar kawasan rumah, kemudian kereta itu terus meluncur laju di atas jalan raya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sorry kalau cerita ni tak menarik :)
jangan lupa vote 🤍

_______________________________________
𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭: 18/12/2023
𝐄𝐧𝐝: -
_______________________________________

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 3 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐃𝐢𝐚,𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧𝐤𝐮Where stories live. Discover now