Pada pagi hari di Okinawa, seorang budak lelaki berambut merah dan bermata merah-jingga memakai kasutnya di depan rumah. Dia nak pergi jumpa kawannya, memandangkan hari ni hari minggu*.
"Bye, mak! Saya pergi dulu!" Dia berkata sambil mengambil skateboardnya lalu menaikinya(?). Puan Masae tersenyum sambil melambaikan tangannya. Dua orang budak perempuan kembar yang dari tadi memeluk Puan Masae juga melambai.
"Bye, abang!" Kembar kecil itu menjerit dengan gembiranya. Jejaka bernama Kyan Reki itu membalas lambaian tersebut. Inilah contoh abang yang baik dan berguna.
Reki mengayuh(?) Skateboardnya itu dengan perasaan gembira. Dia sudah ada 'temu janji' dengan rakan-rakannya, Langa dan Miya. S buka tak silap pada waktu pagi bulan itu, jadi tak salah untuk pergi beef di sana.
Ah! Sebelum itu....
Dia berhenti di kedai bakeri. "Bolehlah kot rasanya beli roti untuk mereka. Siapa tahu nanti lapar," itu diri kau, Reki. Tanpa fikir panjang, dia memasuki kedai itu dan keluar bersama 3 bungkus roti pizza.
Weh, sedap tu. Dia fikir. Jarang dia pergi ke kedai bakeri. Biasanya dia pergi ke Sia De Luce je, itupun sebab nak lepak, cakap biasa dan bincang strategi untuk kalahkan musuh dalam beef.
Dia menaiki skateboardnya kembali dan melanjutkan perjalanan. Sejak ADAM dikalahkan, nak beef pun tenang sebab tak ada pedophile gila yang cuba mengganggu mereka berlumba(tak haram kot...rasanya).
Saking termenung jauh sampai ke Marikh sangat, ada orang melanggar dia- bukan salah dia sebab rasanya dia tengok jalan dari tadi. Dia terjatuh dari skateboard dia.
Orang yang dilanggar jatuh atas dirinya yang tak tahu menahu dia sebenarnya Dalam masalah. Besar. "M-Maaf!" Suara wanita dewasa terdengar dari orang itu. Orang itu memakai hoodie hitam yang menutup rambutnya tapi masih kelihatan mukanya.
Dan yang lebih mengejutkan, muka mereka sama! Seperti kembar! Terkejut. Itu yang dirasakan oleh Reki. Perempuan itu juga memaparkan muka tidak percaya.
Perempuan itu menatap Reki, agak lama, mungkin tak sampai 30 saat sebelum jeritan terdengar. "TANGKAP MEREKA BERDUA!!!!" mereka berdua melihat beberapa orang lelaki berpakaian hodoh berlari ke arah mereka.
"Habislah!" Lelaki 17 tahun itu mendengar perempuan itu terjerit kecil sebelum merasa tangannya ditarik kuat. "Wha-" dia sempat mengambil skateboardnya sebelum terpaksa berlari, kerana perempuan itu menarik tangannya sambil berlari. Dan perempuan itu pantas, membuatkan dia kesusahan mencapai kelajuan perempuan itu.
'Cepatnya! Macam dalam manga! Hei, KITA NAK PERGI MANA INIIIII????!!!!!!'
♢______________✩✩✬✬✩✩______________♢
"Err.... Maaf buat kau terjebak dalam hal aku ni..." Perempuan itu berbisik perlahan.
Apa jadi? Nak dipendekkan cerita, perempuan tu bawak dia ke dalam satu lorong dan sekarang mereka bersembunyi di dalam tong sampah besar bentuk kotak.
"T-Tak apa... Kau nak selamatkan diri je..." Reki membalas. Perempuan itu mengambil skateboard Reki. "? Seorang skateboarder?" Dia bertanya sambil meneliti skateboard Reki. "Cantik. Susah nak jumpa skateboard yang detail dan colourful ni," dia memuji.
Reki bangga diri. Siapa je tak bangga bila kena puji? "Thanks! Saya seorang skateboarder, betul. Dan skateboard itu saya yang buat sendiri!" Dia berkata dengan semangat(tapi masih berbisik).
Perempuan itu mengangguk. "Kakkoii... By the way, aku Raikiro, Aoba Raikiro," perempuan itu mengenalkan diri. "Oh! Aku Kyan Reki, panggil Reki je. Gembira berjumpa awak, Aoba-san," Reki membalas.
Perempuan itu ketawa sedikit. "Panggil Raikiro je. Rasa macam dipanggil nenek je*," Raikiro berkata sambil tersenyum. Reki ternganga, terkejut kerana senyuman mereka hampir sama.
"Etto... Raikiro. Kenapa lelaki aneh itu kejar awak?" Reki bertanya. Memang, dia agak pelik dengan Raikiro. Pertama, kena kejar dan kedua, secara tak sengaja memasukkan dia dalam masalah peribadi ni.
Raikiro ketawa nervous. "Maafkan aku. Tapi mereka kejar aku sebab aku ada benda yang penduduk Okinawa tiada. Mereka dapat tahu dan cuba untuk mengambilnya. Tapi bila nampak muka kita mirip, aku rasa dia ingat kita saudara, tak pun kembar. Tak pun mungkin mereka nak gunakan kau dalam penangkapan aku, jadi aku secara (tak) sengaja memasukkan kau dalam masalah aku," Raikiro menjelaskan dengan panjang lebar macam 10 harakat.
Reki hanya mampu ternganga untuk memproses semua perkara ni. Apa benda yang hebat sangat sampai dikejar ni? Mesti powerful ni. Tapi bagaimana nak keluar dari situasi mereka ni? Dia berfikir, sebelum satu idea masuk ke mindanya. Gila.
"Apa kata Raikiro ikut aku jumpa kawan aku di tempat 'rahsia' kami? Sekurang-kurangnya tersembunyi dan selamat sedikit," apa yang Reki maksudkan ialah S, yang semestinya tersembunyi daripada orang luar dan polis berkat ADAM. Tempat itu mesti selamat untuk Raikiro.
Mata Raikiro bersinar sedikit. "B-Boleh ke?! Tapi... Tak ke macam menyusahkan? Lagipun kita baru sahaja kenal, belum semestinya boleh dipercayai," Raikiro memberitahu dengan jelas risau di wajahnya.
Reki tersenyum dengan yakin. "Tak perlu risau! Aku percayakan kau. Lagipun, orang luar tak dibenarkan masuk dalam tempat tu kecuali kalau ada lencana khas. Aku ada lencana lebih, jadi tak perlu risau!" Reki dengan mudahnya mengeluarkan kata-kata yang cukup menyakinkan.
Raikiro mengangguk. "....Baiklah. Aku akan ikut kau," dia dengan ringkas berkata, membuatkan Reki gembira.
Sekarang, kita sebagai para readers harus berdoa supaya mereka tidak ditangkap. .....Tapi author tak janjikan hal itu.
♢______________✩✩✬✬✩✩______________♢
Yoyoyo! Reazelf di sini! Canna dengan chapter 1? Tinggalkan opinion korang dalam Komen!
1*: Author agak kurang tahu dengan hari cuti di Okinawa.
2*: Maksud Raikiro disini Aoba-san bunyinya agak sama dengan Oba-san(nenek).