4 Event

17 0 0
                                    

Bunyi yang terhasil dari kamera kuat berbingit di kawasan bangunan gah ini. Bersama juga lampu lampu berkilauan bak petir menyambar dari kamera.

Aku pandang sebelah. Hairys sedang melihatku dengan penuh minat. Aku angkat kening. Mahu tahu apa yang berada di dalam fikiran Hairys.

Hairys mengawang kan tangannya melakukan bahasa isyarat.

'You look like an angel." Hairys sengih hingga nanpak gigi putih cantik tersusun. Aku tahu apa yang dimaksudkannya.

Hari ini merupakan majlis korporat dilaksanakan oleh syarikat terbesar di London. Aku mengenakan dress cream satin. Sungguh elegent. Aku suka pemakaian yang ringkas dan kosong. Dipakai juga bersama sarung tangan cream. Menjadi pasangannya.

'Then you're angel little brother.' Aku balas dengan bahasa isyarat. Hairys juga kelihatan segak dan comel. Dia memakai tuxedo bersama bow tie merah. Sungguh comel! Matanya yang berwarna kelabu bercahaya di bawah sinaran cahaya lampu luar. Membuatkan dia kelihatan bercahaya. Aku cubit pipinya yang tembam.

Kemudian aku pandang ke luar kereta. Mata disapa ramai paparazi yang menunggu ketibaan kami.

'Are you ready?' Aku pandang Hairys. Hairys hanya mengangguk. Comel sahaja! Sudah beberapa kali aku menyebut perkataan comel. Penangan Hairys Noelle!

Aku tarik tangan Hairys dan genggam tangannya. Hairys sebenarnya tidak biasa berada di kawasan yang ramai orang. Alhamdulillah dia makin selesa. Mesti sebab dah beberapa kali juga dia pergi ke majlis besar sepertimana yang kami hadir sekarang ini.

Pintu kereta dibuka dari luar. Aku melangkah keluar dari kereta mewah ini. Diikuti Hairys yang kemudian berdiri di sebelahku. Ratusan cahaya yang terhasil dari kamera menampar wajah kami. Situasi yang tidak ganjil. Norma buat kami yang merupakan golongan VVIP.

Aku pegang tangan Hairys dan melorek langkah di atas karpet merah. Dress putih ku yang jatuh terseret di karpet cantik berkilauan. Menampilkan diriku seperti 'angel'. Itulah nama panggilan ku di kalangan pekerja dan kenalan rapat atuk.

-

"Hayle! Long time no see!" Terhenti perbualan aku dengan beberapa kenalan atuk. Kepala aku terpusing memandang gerangan orang yang memandangku.

"Uncle Raish!" Tersenyum aku bila gerangan yang memanggil ku ialah Uncle Raish. Dia merupakan anak bongsu atuk yang bekerja sebagai penulis buku yang terkenal. Memilih untuk tidak masuk campur dalam urusan keluarga dan menaikkan nama dia tanpa bantuan keluarga. Itulah Uncle Raish. Aku agak rapat dengan nya tapi dia selalu menghilang ke luar negara. Agaknya mahu mencari ilham. Penulis buku kan!

Aku menyalam tangan Uncle Raish. Kemudian kami bertukar dialog. Menceritakan hal yang telah berlaku semasa ketiadaan dia. Diikuti sekali dengan rakan atuk yang lain.

Mana mungkin mereka tidak mengenali Uncle Raish. Mereka semua peminat tegar buku Uncle. 'Art is not just art.'Bukunya dijual di seluruh negara. Tidak terlupa juga untuk menyoal uncle buku apa yang akan ditulisnya. Uncle hanya menjawab dengan 'Inshaallah.'

Bila perbualan mereka bertukar ke alam perkahwinan anak mereka, terus aku larikan diri. Tahu tahu sahaja apa yang bakal terkeluar dari mulut mereka.

'Hayle bila nak kahwin?'

'Taknak kahwin dengan anak Uncle ke?'

'Hayle sudah berpunya ke?'

Nak jawab pun sampai berkerut kerut dahiku. Kalau mereka bercerita tentang alam perniagaan, aku boleh sahaja masuk sekali dalam perbicaraan. Lagipun aku memang obses dengan perniagaan. Sepertimana atuk dipanggil 'melancholic' , aku juga dipanggil 'melancholic 2.0'.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HAYLE NOELLE (editing)Where stories live. Discover now