"Aku nak jumpa penjaga dia sekarang! Tengok apa yang budak ini buat kat anak aku! Sampai patah tangan anak aku! Tak tengok lagi luka luka di badannya! Teruk!" Kuat jerkahan kedengaran di dalam bilik kecil ini. Sungguh kuat hingga badan mereka yang berada di dalam bilik ini ternaik. Gerun dengan situasi sekerang.
"Sabar puan. Kami sudah membuat panggilan kepada penjaga Hairys. Mohon puan perlahankan suara puan. Ini semua boleh bincang puan." Kelihatan seorang guru perempuan berkaca mata sedang meredakan kemarahan perempuan tua itu yang kelihatan angkuh dan kasar. Di belakangnya pula tersembunyi seorang budak lelaki comel menundukkan kepalanya. Badannya bergigil.
"Kau tak nampak ke kau buta?! Apa yang nak bincang kalau dah patah riuk budak ni buat kat anak aku?!" Kemudian mata menyala itu memandang budak lelaki yang diam menundukkan kepalanya.
"Pahal kau buat anak aku macam tu? Pahal kau tolak dia? Ha?! Nak jadi samseng ke?! Pahal kau diam je?! Mak bapak kau tak ajar ke cara hormat orang tua?!" Perempuan tua itu menunjal nunjal dahi budak ke itu dengan kasar. Bunyi esakan kedengaran. Air mata budak kecil itu gugur ke pipi dan seterusnya ke lantai.
Guru bermata empat itu hanya diam menekur. Takut apa yamg dia lakukan mungkin menyebabkan dia hilang kerja. Siapa yang tidak tahu. Datin Malisha Kaila. Seorang perempuan yang angkuh dan sombong. Semua takut kepadanya kerana suami dia yang merupakan orang yang ternama kerana kekayaannya. Sungguh realiti ini kejam. Disebabkan duit, senang sahaja diri di pijak.
"Sini kau!" Perempuan tua itu menaikkan tangan kananya tinggi. Ingin menampar muka budak lelaki itu. Tertutup mata dia akibat ketakutan.
Belum sempat tangan tua itu mengena wajah budak lelaki itu, tanggannya ditahan seseorang. Terus terkalih wajahnya ke kiri.
"How dare you touch my brother?!" Aku menjerkah. Mata ku menyala. Sungguh hatiku sakit. Tetapi amarah lebih mendominasi diri. Cuba bayangkan dari jauh lagi aku bileb dengar bunyi budak kecil menangis. Terus aku lari ke sini. Aku tahu itu tangisan siapa. Adik lelaki aku!
"Lepaskan aku!" Perempuan tua itu cuba melepaskan diri dari genggaman aku. Tapi malangnya tak berhasil. Aku tersentum sinis. Dengan kasae aku tolak perempuan tua itu dengan kasar hingga terjatuh ke lantai tanpa belas kasihan.
"Kau tolak aku?!" Perempuan tua itu bangun dengan susah payah. Itu pun ditolong oleh seorang guru berkaca mata. Selepas itu dia menerpa ke arah ku dengan tangan yang dinaikkan. Mahu menampar ku lagaknya.
Tapi aku lebih pantas bertindak. Aku menaikkan tangan ku juga dan pak! Pak! Pak!
Terteleng muka perempuan tua itu ke kanan dan kiri. Kemudian aku tunjal kepalanya dengan kasar. Semakin belakang dia melangkah, semakin dekat aku merapatkan jarak antara kami. Menunjalnya bagaimana dia melakukan perubatan itu kepada adikku. Sungguh aku marah yang terlampau. Mahu sahaja aku tikam perempuan tua tak sedar diri biar innalillah. Tapi mengenangkan Hairys yang masih di dalam bilik ini, aku padamkan niat.
Tak pernah lagi aku menunjal orang. Tapi perbuatan keji perempuan tua ini menyebabkan aku melepasi garisan yang selalu aku jaga.
"Siapa kau! Kau tak kenal suami aku? Dato' Khaled Jamish! Aku repot kat suami aku! Biar dia humban kau dan adik kau dalam penjara!" Aku mengemamkan bibir. Rasanya timbul sudah urat di leher. Sekali lagi darah aku mendidih.
"Aira!" Terkocoh kocoh Aira masuk ke dalam bilik. Bergigil gigil tangannya memandang aku.
"Bankrupt Dato' Khaled Jamish company now!" Menyala mataku memandang perempuan tua itu yang seperti mati anak itu. Belum mati suami lagi!
"Ha! Kau nak buat apa!? Kau ingat kau kaya sangat?!" Perempuan itu senyum sini. Tak serik serik agaknya kena tampar dengan tunjal. Perlukah aku buat lagi? Aku berfikir sejenak. Kemudian aku pandang budak kecil yang sedang menundukkan kepalanya kebawah.
YOU ARE READING
HAYLE NOELLE (editing)
RomansBukan semua kisah cinta itu indah "Who are you?" - Hayle Noelle "Me? I'm just a knight in shining armour saving his princess from danger." -Hans Deluah Di saat si dia dalam bahaya, mesti sahaja lelaki itu datang menolong. "Ive wondered why my hear...