Bukan semua kisah cinta itu indah ~
Aku gigih kan kaki. Walaupun apa pun aku perlu keluar dari sini. Lelaki yang seperti tidak bernafas ini aku pandang dengan mata yang berair. Tangan kuat memegang dia yang seperti nyawa nyawa ikan. Badan penuh dengan peluh, darah dan luka. Kehilangan darah yang banyak menyebabkan badan terasa kebas tapi aku gagahkan diri untuk bawa dia keluar dari bangunan ini.
Sekeliling bangunan itu gelap gelita, tiada secebis lampu yang ada. Tiada bunyi, hanya mereka berdua.
Ya Allah. Tolonglah hambu MU yang seorang ini. Tangan aku terketar-ketar menarik lelaki yang berada didalam dakapan aku. Mata aku terasa hampir terkatup. Aku terlalu letih. Aku nak tidur. Itu sahajalah yang hanya aku sampaikan. Walaupun kepala yang berdenyut denyut dan badan yang penuh dengan luka kesan dari penembakan yang berlaku tadi.
"Sikit lagi je."Aku nampak pintu lutsinar semakin hampiri. Pintu itu kelihatan seperti syurga yang muncul menjemput aku. Penuh dengan cahaya lampu.
Aku tersenyum kelegaan bila terasa seperti aku punya harapan. Walaupun nafas yang sudah tersekat sekat, aku masih boleh lagi teruskan. Aku perlu bawa lelaki di dalam dakapan aku ini keluar.
"Hayle." Suara perlahan lelaki itu memecahkan kesunyian.
"Lagi sikit je, tolong bukak mata awak untuk saya." Hati aku terasa sakit. Aku takut. Air mata jatuh berjuraian. Tersedu sedan aku menahan bunyi dari keluar sambil menarik dia keluar dari bangunan megah ini.
"I'm just going to sleep a bit Hayle. Please don't cry." Perlahan sahaja suara garau itu menuturkan perkataan. Sungguh aku takut dan risau.
"Don't talk." Aku menahan tangisan aku dari pecah. Tidak mahu dia tahu bahawa aku sedang bersedih.
Aku pandang lelaki itu sambil menguatkan kaki untuk berjalan. Perasan sakit mencengkam hati. Aku lagi sanggup berada di tempatnya jika itu bermaksud aku tidak perlu merasakan kesakitan ini.
Hans will be okay. He's with me. Don't panic Hayle.
Aku tahu itu hanyalah pujukan untuk aku. Untuk bergantung kepada kepercayaan sendiri yang Hans masih ada dengan aku.
Click click. Click click.
Bunyi yang kuat datang dari luar pintu kaca bangunan itu. Aku hampir dekat. Lagi sikit sahaja dari menolak pintu itu.
Di sebalik pintu kaca itu, ratusan lampu kelip-kelip. Seperti syurga. Syurga dimana aku dapat keluar dari tempat yang seperti neraka ini.
Perlahan lahan tangan yang menutupi luka Hans dialihkan untuk membuka pintu kaca itu. Semuanya bagaikan berat. Mesti sebab aku kehilangan darah yang banyak menyebabkan aku lemah. Aku tolak pintu kaca itu dengan sekuat hati. Badan aku dah tak terasa lagi. Lelaki yang di dalam dakapan aku hampir sahaja jatuh tapi pantas aku menguatkan genggaman di pinggang.
"There's people coming out!" Aku terdengar suara orang menjerit nyaring bersama ratusan bunyi kamera bersama cahaya yang terang benderang di sebalik pintu kaca itu. Terlalu kuat bunyi bising yang terhasil dari luar bangunan. Berdenyut denyut kepala ku.
Pintu berjaya ku tolak. Di depan mata aku, ratusan paparazi mengambil gambar aku. Mengendahkan keadaan yang aku yang seoerti mabu sahaja tumbang. Membiarkan sahaja Hans yang berada di pelukan ku dengan penuh darah.
Kaki aku yang sudah tidak dapat menampung berat Hans buatkan aku jatuh terduduk ke lantai. Badans Hans jatuh sekali di atas peha aku. Sedikit-sedikit perasaan takut aku hilang bila orang ramai mengelilingi aku.
"Call the ambulance! Someone injured!"
Jeritan itu membawa aku ke alam realiti. Aku memandang Hans.
Mata yang tertutup rapat. Dada yang tidak bergerak akibat pernafasan. Dunia terasa senyap tanpa bunyi, warna. Seakan akan berhenti sesaat. Air mata perlahan lahan jatuh ke pipi. Seperti air hujan yang jatuh menyembah bunyi. Pilu. Hati terasa sakit dan kosong. Rasa seperti dicengkam sesuatu. Perit. Amat perit.
"Hans?"
"Hans!" Air mata aku semakin lebat jatuh ke pipi. Aku goyang kan badan Hans. Tapi tiada lansung tindak balas. Hans lansung tidak sedarkan diri walaupun aku dah goncang badannya dengan kasar.
"Hans tolonglah bangun. Bangun untuk saya Hans. Jangan tinggalkan saya." Aku bawa Hans ke dada. Memeluk Hans dengan kejap. Seperti tidak mahu lepaskan dia. Telinga aku lekapkan ke dada Hans. Tiada degupan jantung. Seperti badan yang tidak bernyawa.
"Hans bangunlah! Bangun! Jangan buat saya macam ni Hans!" Aku meraung sekuat hati. Melepaskan perasaan di hati yang semakin kuat mencengkam dada. Sakit. Sungguh sakit. Ya Allah. Adakah ini mimpi? Kau tidak sekejam ini. Tuhanku yang paling aku sayang. Tolonglah kejutkan aku dari mimpi ini.
Aku bawa badan Hans yang sejuk tanpa darah itu ke dada. Membawanya kedepan kebelakang.
"This is a dream." Aku ulang ulang perkataan ini. Memujuk diri. Memori dulu terimbas di kepala ku. Indah sunggu. Perlahan lahan senyuman terukir di bibir.
"Saya janji saya tak tinggalkan awak."
Hans senyum manis hingga muncul lesung pipit di kedua dua pipinya."Janji?" Aku mengelap air mata dengan hujung jari. Harap harap tiada hingus meleleh. Malulah kalau Hans nampak.
"I promise Hayle. Remember, only death do us apart." Hans menggenggam tangan aku erat dan membawanya ke bibirnya.
"Betul?!" Aku dah tersengih sikit tapi cepat aku tahan. Suka bila dimanjakan Hans.
"Janji!" Hans angkat tangan gaya bersumpah. Aku ketawa kecil. Comel! Suami siapa lah ni.
Perlahan lahan memori indah itu lenyap dari kepala. Membawa aku ke alam realiti. Rasa sejuk angin mencengkam badan.
"Hans kenapa awak tidur?" Aku pandang Hans. Kenapa dia kaku kat riba aku? Kenapa Hans tak bangun?
Aku meraung. Meraung seperti orang gila. Menangis sepertimana seseorang kehilangan cinta hati mereka.
Orang ramai menuju ke arah kami. Masa seakan terhenti semasa melihat kematian Hans Deluah. Seorang lelaki yang ternama dan sangat berpengaruh di depan mata.
Ada juga yang menangkap gambar kami seperti ini semua tidak memberikan kesan kepada mereka.
Aku peluk Hans kuat bila mereka mahu menarik Hans dari aku.
"Jangan pegang dia! Lepaskan dia!" Aku menjerit dan mengawankan tangan ke semua arah. Aku takkan bagi Hans kat mereka. Mata tidak dapat mengecam sesiapa kerana air mata yang lebat gugur.
Perlahan lahan mata aku tertutup rapat. Meninggalkan aku bersama perasan yang sakit. Badan aku terjatuh di sebelah Hans. Cinta hati aku.
Cinta mati aku.
"At the end of true love is death, and only the love that ends in death is love."
Song: Set Fire To The Rain - Adele
YOU ARE READING
HAYLE NOELLE (editing)
RomansaBukan semua kisah cinta itu indah "Who are you?" - Hayle Noelle "Me? I'm just a knight in shining armour saving his princess from danger." -Hans Deluah Di saat si dia dalam bahaya, mesti sahaja lelaki itu datang menolong. "Ive wondered why my hear...