BAB 2

1.1K 70 0
                                    

"Abang."

"Hm."

"Baby nak tidur sekali dalam bilik abang.

"Bilik sendiri kan ada."

"Nak bersantai-santai dengan abang." Sengihnya lalu menampakkan barisan gigi susu yang sudah rongak. Kanak-kanak perempuan itu lekas memanjat katil bujang bersama-sama bantal yang dibawa dari kamar sebelah.

Fahim memerhatikan tindak tanduk adik bongsunya. "Dah bersedia nak pergi majlis esok?"

"Tak tahu," jawab bibir merah itu. Tangannya sibuk membawa keluar beberapa barang dari sarung bantal yang disumbatnya. Kelihatan mainan peralatan memasak menghiasi ruang katil Fahim.

Fahim menggaru pelipisnya yang tidak gatal. "Nak main apa pula ni... Kan dah lewat malam."

"Mainlah sekejap sebelum tidur."

"Macam-macamlah budak kecil ni. Cubit baru tahu."

Fasha memecahkan tawanya melihat wajah pasrah Fahim. Pisau mainan dihulurkan pada abangnya buat menggalas posisi tukang masak tidak bergaji.

Dengan pengalaman 10 kali menjadi chef tipu-tipuan, Fahim meneruskan untuk kali yang ke-11. Fasha suka benar akan set permainan baharunya. Nasib baik dapur dan peti sejuk mainan tidak diangkut sekali ke dalam bilik bujang Fahim. Jika tidak dilayan, kasihan pula.

Tali getah rambut kecil berwarna warni ditaburkan ke atas pinggan makanan bagi menggantikan potongan bawang. Tanah liat putih dan kuning disatukan bak telur mata kerbau. Fasha kusyuk memerhatikan perbuatan abangnya agar dia dapat meniru di kemudian hari.

"Janji ni last ajak abang main?"

"Ya. Baby tak akan ganggu abang dah." Tangan kanannya diangkat membuat tanda hormat. Tersengih seperti kerang busuk. Dua tocang kuda di kepala teruntai ke kanan apabila kanak-kanak itu menyengetkan kepala. Sengaja mencondongkan badan sendiri kerana dia mahu berlabuh di atas riba Fahim.

"Abang yang masak, abang yang kena kemas. Dah tu baby buat apa?" bebel Fahim. Mata kuyu Fasha memberi isyarat sudah masuk waktu tidur kanak-kanak berkenaan.

Fahim tersenyum kecil.

Mainan ditolak jatuh ke lantai. Dia juga malas mahu mengemas semua itu.

"Tidur elok-elok." Tubuh Fasha diposisikan elok berbaring di atas bantal.

***

"Tak tidur lagi?" Meski dihalau berkali-kali, dia gagahkan langkah ke bilik wad hospital yang menempatkan adiknya.

Setiap yang datang menziarah habis dihalau Fahim. Disebabkan itu, saudara mara yang lain tidak disarankan untuk menjenguk buat masa ini.

"Tak tahu," jawab Fahim sepatah.

"Nak susu suam?" Fakhri menarik kerusi plastik berdekatan. Dia berlabuh di hadapan Fahim yang jauh termenung. Jarum pendek jam tangannya menunjukkan angka 12. Malam-malam yang lalu menidurkan Fahim dengan secawan minuman hangat. Ada sebuah beg kertas diletakkan di atas meja berdekatan.

"Tak nak."

"Kalau kesihatan adik baik, kita boleh pulang ke rumah tak lama lagi," tipunya. Fakhri cuma berharap agar Fahim menjaga kesihatan supaya pembedahan minggu hadapan berjalan lancar.

"Buat apa? Rumah tu dah kosong macam tanah kubur. Tak ada sesiapa hidup dekat rumah..."

"Maksud along, kita pulang ke rumah along."

Fahim menoleh wajah. Pandangannya berkerut. "Duduk dekat rumah along? Along pun sibuk 24 jam. Kak long lagilah. Adik memang tak ada sesiapa dah dalam hidup ni."

Dɪᴀ, Kᴀᴡᴀɴ Aᴋᴜ ✓ | کاونWhere stories live. Discover now