Mereka-mereka di atas adalah IBLIS yang menutupi wajah manusia, ya! mereka bukan manusia biasa! mereka lari dari tempat asal mereka dan turun ke dunia untuk berubah ke arah manusia sepenuhnya. Mereka sudah jemu dengan tingkah tempat asal mereka bunuh yang tidak berdosa semata-mata mengambil darah untuk diminum! Beberapa hari mereka cuba menjadi manusia dan masih baik-baik saja.
Kesembilan mereka tinggal di satu rumah untuk saling membantu jika ada masalah tapi rumah yang dihuni mereka hanya mereka saja yang dapat melihat. Seolah tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Junkyu
Junkyu seorang lelaki yang polos, cantik dan tampannya seimbang, Tapi itulah! tiada yang mahu mendekatinya apatah lagi berkawan dengan nya itu jauh sekali. Ya, mungkin kerana junkyu terlihat sedikit pelik, selalu bersikap dingin dan sering bercakap seorang diri.
Junkyu sudah sendiri semenjak kematian orang tuanya. Sedari kecil junkyu memang tinggal dirumah anak yatim, setelah beranjak dewasa ia keluar untuk berdikari sendiri.