1☑️

167 8 0
                                    

Junkyu yang baru saja selesai membeli sedikit barang keperluannya ingin pulang kerumah. Dipertengahan jalan untuk pulang hujan renyai-renyai mulai turun, junkyu kelam kabut mencari tempat untuk berteduh.

Junkyu melihat ada rumah yang mewah disamping nya tanpa berfikir panjang ia terus ke sana.

Junkyu menunggu hujan reda tapi kalung yang dipakainya mulai menyala namun ia hanya tersenyum sinis sambil tangan nya menadah air hujan.

Sekumpulan sosok mendekatinya,

"Jangan dekat!! saya tumpang berteduh sekejap je!!" Ujarnya tanpa menoleh.

"Buat apa dekat sini?" Soal salah satu sosok tersebut.

Junkyu berbalik dan melihat beberapa orang dibelakangnya.

Mereka melihat kalung yang dipakai junkyu menyala sedikit hairan.

"Betullah budak pelik tuh" Haruto

"Macamana boleh sampai sini?" Doyoung

Mereka memandang antara satu sama lain.

Junkyu tidak menjawab dan hanya merenung mereka.

Tiada balasan dari junkyu membuatkan mereka melangkah cuba mendekati junkyu yang sedang merenung mereka.

"Berundur!! Sekarang!!" Tegas junkyu

Mereka hanya menurut. Mereka berfikir mungkin junkyu agak takut pada mereka.

Mereka berundur perlahan-lahan dan mereka terkejut kalung dileher junkyu berhenti menyala.

Junkyu mengambil langkah mendekati mereka semula.

Dan buat kali kedua mereka terkejut kembali kalung junkyu menyala semula bila jarak mereka dekat.

"Jadi betullah?!" Junkyu

"Betul apa?" Haruto

"Korang bukan manusia" Junkyu mulai ketawa kecil.

Lagi-lagi mereka terkejut macamana junkyu tau?! Akankah junkyu membongkar rahsia mereka pada yang lain?! Mereka tiada pilihan lain selain melenyapkan junkyu.

Haruto mendekati junkyu dengan berniat untuk mencekik leher junkyu tapi tak dapat! haruto terpelanting jauh dari yang lain! Kalung dileher junkyu yang tadi menyala berwarna biru kini bertukar menjadi merah menyala! Jaehyuk menghampiri haruto.

"Kau ok?" Jaehyuk

"Aku Hukk Hukk ok" Balas haruto sambil mengangguk.

Mata-mata tadi berpaling ke arah haruto kini menoleh ke arah junkyu semula.

"Kenapa serang saya? Kan saya dah kata saya hanya tumpang berteduh" Junkyu

"Tapi macamana awak boleh sampai ke sini?" Soal hyunsuk sekaligus mewakili yang lain masih musykil.

"Saya mintak maaf ganggu tempat korang. Tapi percayalah, saya takde niat lain. Saya hanya tumpang berteduh. Hujan berhenti nanti saya pergi" Junkyu

"Tapi-----" Asahi

"Macamana saya nampak rumah ni?" Junkyu

Mereka mengangguk. Haruto juga bangun semula di papah jaehyuk.

"Saya memang boleh nampak benda-benda alam ghaib ni. Emmm sebab tu dekat sekolah orang ingat saya bercakap sorang-sorang tapi saya tak kisah" Balas junkyu sambil tersenyum lebar.

"Kalung tu?" jeowoong pula bersuara

"Kalung ni arwah papa saya yang bagi sewaktu saya kecil lagi. Dia tau saya bukan macam budak lain. Kalung ni pagar untuk diri saya, sekiranya berwarna biru itu tandanya ada yang ghaib mendekati tapi sekiranya berwarna merah itu menandakan yang ghaib itu ada berniat jahat pada saya, contoh seperti tadi" sambung junkyu lagi sambil menunjukkan ke arah haruto.

Mereka hanya mendengar saja apa dikata junkyu dan mengangguk faham.

"Saya mintak maaf" Haruto dengan rasa bersalah.

"Ehmmm. Awak semua tak payah risau la. Saya tak bagitau sesiapa pasal korang ni, lagipun siapa nak percaya cakap saya kan?" Junkyu

Mereka memandang antara satu sama lain.

"Ehmm saya pergi dulu la. Sekali lagi saya mintak maaf" ucap junkyu sambil membongkok kan badan nya sebelum beredar.

Junkyu berlalu pergi.

"Boleh percaya ke cakap dia?" Soal jihoon dengan nada kurang yakin.

"Boleh kot, lagipun dia nak bagitau sape je? sape je yang kawan dengan dia?" Yoshi

"Kau tak tengok di sekolah dia sorang-sorang je kan" Junghwan

"Harap-harap macam tu lah" Asahi

"Kau macamana haruto? Ok tak?" Doyoung

"Haa ok. tapi benda tu kuat sangat la" Haruto kelihatan masih lemah

TREASURE VAMPIRE [END] ☑️Where stories live. Discover now