chapter four⚘

8 0 0
                                    


"Haaa aku dah agak dah kau ni. Mesti ada benda ni dari balik kenduri tengahari tadi senyum macam monyet. Asal kau, ceritalah ceritalahh." Serbu Haqq apabila dari tadi tengok kawannya yang sorang itu termenung senyum senyum. Sampaikan sambil siapkan pesanan burger pelanngan pun tersengih sengih.

Masa rehat Bulan selepas melayan pelanggannya yang ramai pada malam ini pon terganggu dengan soalan Haqq. "Mana ada apa apa, sibuk je." Bulan menjeling rakannya sekilas.

"Ohh kau sombong eh sekarang. Okey aku ingat aku ingat." Balas Haqq dengan rasa menyampah.

"Aku dah jumpa bintang aku, Haqq." Kata Bulan tiba tiba sambil memandang ke langit malam yang dihiasi oleh bulan dan bintang. "Hah, mana?" Soal Haqq bingung, turut memandang ke langit malam yang gelap itu.

"Ish bukanlah." Bulan menolak lengan rakannya itu. "Bintang aku. Ada dekat akulah, buat apa nak ada dekat situ." Kata Bulan dengan senyuman kecilnya.

"Uish awal sangat claim kau ni." Haqq mengusik Bulan. "Bintang dari mana kau ambil?"

"Bintang Alara." Kata Bulan ringkas. "Nama dia Bintang Alara. Ya Allah cantiknya ciptaan Kau, sama cantik dengan namanya Ya Allah." Bulan tersandar lembik ke atas bahu sahabatnya itu. Senyuman lebar terukir di bibir.

"Ehh geli geleman pulak aku dengan kau ni." Menolak tubuh Bulan sebelum bangun untuk melayan pelanggan yang baru datang.

✧₊˚.🪐 🏹⋅₊˚.


"Hai kakak! Kak Lara tengah buat apa?" Riang kedengaran suara Bisma daripada telefon pintar Bintang. Di dalam bilik, Bintang sedang mengemas barang barang untuk pulang ke rumah ibunya pula sebelum cuti dia tamat.

"Hai cantik, kakak tengah kemas barang ni. Esok kakak balik sana ye." Tersenyum Bintang melihat karenah adik perempuannya itu. "Ye ke? Yeay Kak Lara balik! Umi, Kak Lara balik esok!" Jerit si kecil itu lagi.

Tahun ni, genap 9 tahun umur Bisma. Lepas je melahirkan Bintang, dua kali ibunya keguguran. Itulah sebab kenapa jarak umur Bisma dan Bintang sangat berbeza. Tapi itu tak pernah menjadi alasan untuk Bintang menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang kakak sulung dalam keluarga itu.

"Ye sayang, seronok betul dia ye." Kedengaran suara Umi melayan perangai anak bongsunya. "Cuti berapa hari lagi, Lara?" Tanya umi pula kepada Bintang. "Lagi 5 hari, Umi. Hari Isnin Lara dah kena balik u." Balas Bintang lembut kepada ibunya.

"Haa baguslah, sempatlah adik Lara tu lepaskan rindu dia. Banyak kali dah tanya bila Lara nak balik. Umi pun rindu nak masak sama sama dengan Lara." Bintang tersenyum mendengar cerita Umi. "Nanti Lara dah balik, tiap-tiap hari kita masak tau Umi. Lara janji!"

"Okay nanti umi tuntut." Tergelak kecil ibunya itu.

"Abi kerja ke, Umi?" Tanya Bintang lagi apabila tidak melihat kelibat ayahnya. "Taklah Abi tengah main gym." Laju Bisma menjawab.

"Haih Abi ni tak habis habis dengan gym dia." Bintang menggeleng. Bukan tak kenal ayahnya itu, dah berumur pun tak pernah berhenti pergi gym. Kalau siapa siapa tengok Abi memang tak jadi nak jadikan mentua, seram.

"Biarlah Lara, suami Umi." Kata Umi ringkas dan padat.

"Okey Umi, noted. Thank you info."

✧₊˚.🪐 🏹⋅₊˚.


"Bawak kereta elok elok ye Lara sayang." Kata nenek sambil memegang kedua tangan Bintang seperti tidak ingin dilepaskan. Siapalah dia nak usik lagi waktu Bintang tiada nanti. "Baik nek. Nenek duduk sini elok elok jugak. Jangan asyik merayau je." Pesan Bintang kepada neneknya dengan tawa kecil.

"Eh suka hati dia je nasihatkan kita." Nenek mencubit lengan Bintang lembut.

"Oww sakitla nek."

"Dah dah nanti lambat risau Umi dengan Abi." Kata nenek sambil menolak cucunya untuk masuk ke dalam kereta. "Kejapla nek, nak sayang nenek dulu."

Bintang menarik nenek ke dalam pelukan sambil mengawal air matanya daripada terjatuh. "Nek jaga diri tau, jangan nakal nakal." Nenek tergelak mendengar nasihat Bintang.

"Yelah tak nakal nakal." Nenek hanya melayan. Bintang mengambil tangan neneknya untuk disalam dan dicium beberapa kali. "Bye nek. Sayang nek banyak banyak." Kata Bintang sejurus masuk ke dalam kereta sambil melambai lambai.

Nenek hanya memerhati kereta Bintang yang semakin hilang daripada pandangan mata.

"Sunyilah aku nanti."

✧₊˚.🪐 🏹⋅₊˚.


"Banyak kayu kamu dapat ni, Rel. Mana cari?" Tanya ayahnya sambil meneliti kayu kayu yang telah dicari dengan titik peluh Bulan dan Haqq. Cantik.

Bulan tersenyum mendengar pujian ayahnya. "Rel cari dekat hutan yang jauh sikit, Haqq lah yang cadangkan." Kata Bulan. Tidak lupa dengan jasa baik sahabatnya itu. "Haa cakap pasal Haqq, lama ayah tak nampak dia. Tak nak datang rumah ke?" Ayah memandang ke arah anak bongsunya itu.

"Dia busy sekarang, yah. Yelah kan business man dah sekarang." Kata Bulan sambil membuat muka.

"Haa tak baik macam tu, Rel." Ayah menepuk paha anaknya. "Main main je yah." Bulan hanya tersenyum nakal.

Suasana sunyi seketika sambil ayah masih melihat kayu kayu yang ada dan Bulan yang termenung seketika.

"Ayah."

"Hm." Masih kusyuk melihat kayu kayunya.

"Ayahhh."

"Ya Bulan Azrael. Kenapa?" Ayah kini memandang anak terunanya itu.

"Rel hensem tak Yah?" Tanya Bulan tanpa segan silu.

"Tengok bapak dia la." Balas ayah pula dengan yakin.

"Ala, Ayah takde lah hensem mana. Maksudnya Rel tak hensem lah ni." Bahu Bulan rasa seperti ditolak kuat oleh Ayahnya. "Kau tak tahu lagi ke sebenarnya kau ni anak pungut, Rel?" Kata ayah dengan pura pura terkejut.

"Uish main kasar ni, yah." Bulan membuat muka cemberut.

"Anak aku, mestilah hensem. Ada orang cakap kau tak hensem ke?" Ayah menyusun kayu kayunya di tempat biasa dan kembali duduk dengan anaknya itu. Tanpa sedar, dah kembang kempis Bulan dibuatnya dengan pujian ayah sendiri.

"Takdelah, Yah." Bulan berfikir sejenak. "Bulan..suka dekat sorang ni, Yah. Tapi baru gitu gitu jelah tak lah serius pon." Kata Bulan sedikit segan walaupun memang sudah terbiasa bersikap terbuka dengan ayahnya.

"Ye? Siapa?" Soal ayah.

"Alaa Ayah tak kenal pun." Bulan malu malu memandang ayahnya. "Gedik lah kau ni." Setepek ayah bagi.

"Kalau tak serius, jangan bagi harapan dekat orang ye Rel. Rosak imej kau sebagai lelaki kalau tak boleh nak jaga hati perempuan. Hati perempuan ni lembut je Rel." Sempat ayah menasihati satu satunya anak lelaki dia.

"Baik, yah." Bulan hanya tersenyum mendengar pesanan ayahnya.

Thank you so much for reading

About The MoonWhere stories live. Discover now