1

11 2 0
                                    

vroom

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

vroom...vroom...vroom

Bunyi enjin superbike itu memenuhi jalan raya. Itulah kehidupan seorang Arryan Aijaz, dia gemar menyertai lumba haram bersama rakannya, bukan tidak dilarang tetapu semua nasihat yang diberi hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri bagi Arryan. Superbike Arryan tiba di garis penamat.

"Ryan lumba dengan kau ni memang tak pernah ada luck sial, habis aku makan asap kau je" ucap Ammar Malik antara salah seorang rakan Arryan sambil membuka helmetnya.

"eh kau baik sikit, motor aku tak pernah bagi keluar asap oke, tak elok buat pencemaran udara" kata Arryan tenang sambil membuka helmetnya dan membetulkan rambutnya yang sedikit serabut.

Ammar hanya menjulingkan matanya, "iyalah kau, dah jomlah gi makan aku dah kebulur ni" itulah si Ammar tak sah kalau sehari tak sebut pasal makan. Arryan mengangguk dan memandang kpd rakannya seorang lagi, yang ini boleh dikatakan kembar Arryan, Zalikh Arisy. Sebab apa, sebab dua ii sama mcm peti ais, yang beza cuma Arryan kaki perempuan yang lagi sorang perempuan pon tidak dipandang.
"Zal kau nak makan ke tak? jom duit aku salur"

Zalikh memandang pada Arryan sambil memegang helmetnya "kau demam apa ni gila, tak pernah ii nak belanja kitorang, kau bukan tk kenal si Ammar tu sebut je belanja mau satu kedai dia order" kata Zalikh tenang

"woi agak-agaklah satu kedai sial, aku makan ikut kemampuan perut aku je oke" nafi Ammar sambil mengelus perutnya yang full package 6 pack itu.

"haih korang nak makan ke nak berdebat ni, kalau taknak aku cancel je, aku nk gi club pulak ni"Kata Arryan sambil memasang semula helmetnya dan menghidupkan semula enjin motornya.

"eh eh jadi, jom kita makan! Zal kau taknak tinggal la sorang sorang, sugar daddy nak belanja ni" Arryan hanya menjulingkan matanya sambil menunggu Zalikh dan Ammar sedia menaiki motor masing masing. Setelah itu mereka pun beredar dari kawasan tersebut dan terus pergi ke restoran yang biasa mereka pergi.

.
.
.
.
.
.

Di situasi Ayla.

"Ayla Faiqa! sudah sudahlah tu check motor tu, elok lagi kan tak ada cacat cela pon!" panggil Ariz sambil menggelengkan kepalanya, kadang-kadang dia sendiri hairan dengan adiknya ini, orang lain pada umur sebegini sibuk bercinta, study untuk SPM, tapi ini tidak sibuk bercinta dgn toothless dia tu. Siapa toothless? tu motor Ayla. Dia letak nama toothless semperna motornya yang berwarna hitam dan mempunyai LED light dia setiap sudut bawah motornya yang berwarna biru sama seperti toothless si dragon.

"sabarlah abang ni toothless ni kene bagi kasih sayang dulu baru Ayla layan abang pulak" ucap Ayla tanpa bersalah dan matanya masih meneliti motornya.
"hah iya adik bagilah dia kasih sayang tu nanti ketam masak lemak habis abang tak layan dah tau" ugut Ariz, lalu masuk ke ruang dapurnya semula. Ayla nak diugut senang, sebut sahaja apa-apa makanan yang berasaskan ketam memang laju je dia.
"EH OHMAGOD KETAM! abangg tunggu Ayla masuk, bagi Ayla cuci tangan dulu! jangan makan ketam Ayla abang!" terus lintang pukang Ayla dibuatnya. Ariz yang mendengar adiknya terjerit dia hanya tergelak kecil, dia setia menunggu adiknya itu masuk sambil menghidang makanan untuk 2 orang makan. Biarpun mereka sudah 10 tahun tidak ada keberadaan ibu bapa cukup mereka dua meriahkan rumah besar ini.

Ayla masuk kedalam lalu duduk dikerusi, "eumm sedapnya bau abang masak, tolong cedokkan ketam untuk Ayla pleasee" ucap Ayla sambil mengangkat sedikit pinggannya. Ariz bantu cedokkan seekor ketam untuk Ayla, dia sudah biasa karenah manja adiknya ini, mereka mula menjamu selera dan setelah itu hanya bunyi sudu gardu berlaga dengan pinggan sahaja dimeja makan.

 Ariz bantu cedokkan  seekor ketam untuk Ayla, dia sudah biasa karenah manja adiknya ini, mereka mula menjamu selera dan setelah itu hanya bunyi sudu gardu berlaga dengan pinggan sahaja dimeja makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.
.
.
.

Allahamdulillah cukuplah untuk c1 dulu, kalau ayat berbelit maaf ye still kekok sebenarnya nak tulis hehe, give me all of your guys support, love y'all


what are we? : Arryan Aijaz Where stories live. Discover now