Bab 1

63 4 0
                                    

Sekolah, tempat untuk murid menerima ilmu. Banyak murid tidak menyukai sekolah, terutama murid yang bodoh.

Itu juga salah satu sebab kenapa dia tidak menyukai Sekolah. Dia? Siapa dia? Haechan atau nama penuhnya Lee Haechan.

Dia suka Sekolah tetapi ada hal yang membuatnya tidak suka atau lebih kepada takut datang ke Sekolah.

Buli,
Itu lah sebab utamanya, dia takut dibuli. Sudah hampir 3 tahun dia dibuli. Siapa saja yang tahu? Tidak ada, tak ada yang tahu. Bahkan keluarganya sendiri pun tidak tahu.

Dulu, semuanya tidak begini. Dia tidak dibuli malah disanjungi rakan-rakannya, mungkin kerana kejadian itu yang membuatkan dia dipandang rendah dan dibenci rakan-rakannya.

Kejadian apakah itu?

Kejadian apakah itu?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kringg!!

Suara loceng berbunyi menandakan waktu rehat dimula, semua murid bergegas ke kantin untuk menyantap makanan yang disediakan, semua murid akan gembira di saat waktu rehat tiba, tapi tidak dengan Haechan

Dia tidak keluar untuk ke kantin, malahan dia sedang duduk termenung melihat ke arah luar tingkap yang menampilkan awan-awan dan langit yang berwarna kebiruan.

Sedang sibuk melihat ke arah luar tingkap, tanpa diundang, seorang remaja datang ke arahnya lalu menumbuk meja Haechan, Haechan yang sedang termenung itu pun terkejut akan suara tumbukan itu

"Bagi aku duit"

Dengan terpaksa Haechan memberikan duitnya kepada Renjun, atau nama penuhnya Lee Renjun

Dari namanya saja dapat kita simpulkan bahwa Haechan dan Renjun ialah adik-beradik. Bukan adik-beradik kandung, hanya sekadar adik-beradik angkat.

Bukan. Bukan Haechan anak angkat melainkan Renjun.

"Bagus, dah geng jom pergi. Tak selera pulak aku, duduk dengan beban keluarga" kata Renjun lalu pergi bersama gengnya

Haechan yang mendengar hal itu hanya mampu terdiam, sekarang dirinya sudah tidak mempunyai duit lagi. Nampaknya terpaksa la dia berlapar sepanjang kelas nanti, tak apa dia sudah terbiasa.

Pelajaran sudah dimula dari 10 minit yang lalu, Haechan yang sedang mencuba fokus untuk belajar pun terganggu, tak bukan sebab perutnya yang berbunyi tetapi sebab orang di belakangnya yang tak lain tak bukan Na Jaemin, Kawan dekat Renjun

Renjun dan Haechan tidak sekelas, hal itu sangat membuat Haechan bersyukur kerana dia tidak akan diganggu di dalam kelas tetapi sangkaan Haechan salah, dia masih tetap diganggu. Siapa lagi kalau bukan Jaemin yang mengganggunya

Sepanjang kelas berlangsung Haechan masih tetap diganggu mula dari Jaemin membaling-baling sampah ke arahnya lalu menendang-nendang kerusinya hingga fokusnya terganggu, Jaemin juga memberinya surat-surat kebencian seperti "Haechan tak guna" dan "Dasar pembunuh" tetapi Haechan yang menerima itu semua tidak boleh membuat apa-apa melainkan hanya diam dan mengabaikannya jika tidak maka akibatnya akan lebih dari ini

Beberapa minit lepas loceng tamat Sekolah sudah berbunyi, sebahagian murid pun sudah balik ke rumah. Tapi tidak dengan Haechan, dia kini sedang berada di Perpustakaan Sekolah, Perpustakaan Sekolah memang akan tutup lambat untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar.

Ketika sedang belajar, Haechan sempat beberapa kali mengurut kepalanya agar tidak pening, dan kembali fokus untuk belajar kerana ujian pertengahan tahun akan tiba tak lama lagi, untuk mendapatkan markah yang sempurna dia perlu belajar dengan tekun.

Namun malangnya, dia tak dapat belajar dengan tenang, sekali lagi ada masalah menimpanya

"Oi! Lee Haechan!!"

Dapat agakkan siapa?

Siapa lagi kalau bukan Renjun dan gengnya. Haechan yang mendengar namanya dipanggil terus menoleh ke arah suara tersebut. Dapat dia lihat dengan matanya sendiri, Renjun dan gengnya jalan menuju ke arahnya, sambil menunjukkan senyum licik

Haechan yang melihat itu hanya dapat mendiamkan diri, kerana dia tahu tak lama lagi dia akan dipukul habis-habisan oleh rakan-rakan adik angkatnya itu

Haechan yang melihat itu hanya dapat mendiamkan diri, kerana dia tahu tak lama lagi dia akan dipukul habis-habisan oleh rakan-rakan adik angkatnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam mununjukkan pukul 3.pm. yang bermaksud sekolah sudah tamat 2 jam lepas. Dengan muka yang penuh lebam dan tak bermaya Haechan memasuki perkarangan rumah yang boleh dikatakan mewah dengan langkah lesu Haechan berjalan menuju pintu utama. Saat dirinya membuka pintu rumah itu, dia terkejut apabila menerima tamparan keras di pipinya. Satu keluhan berjaya keluar dari mulutnya.

PLAKK!!

"KAU DARIMANA HAH??!!"Kata penghuni rumah tersebut yang boleh dikatakan sebagai ayah Haechan, Lee Donghae

"Hae-Haechan b-belajar tad-di dekat per-perputakaan" Jawab Haechan terbata-bata

"Belajar?! Renjun cakap kau buli orang, betul ke?!!" Tanya Donghae kepada anaknya itu

"Takk, mana ad-" belum sempat menghabiskan perkataannya. Haechan terus dipukuli oleh Donghae

"TAK PAYAH NAK MENIPU, RENJUN TAKKAN TIPU AKU!!" Kata Donghae dengan nada marah.

BUGHH!!

BUGHHH!!

Donghae lalu menarik tali pinggang yang ada pada pinggangnya dan merotan badan belakang Haechan dengan tali pinggang itu

"KAU MEMANG MENYUSAHKAN AKU!!" Marahnya

Ctass!!

Ctass!!

Bukan sekali Donghae melakukan itu. Banyak kali tetapi dirinya sama sekali tidak peduli, dirinya sudah terhasut dengan kata-kata Renjun

Renjun yang melihat hal itu hanya tergelak kecil. Kau memang bodoh Lee Haechan Katanya dengan suara kecil agar tak terdengar

Haechan hanya boleh pasrah dengan keadaan. Kalau hari ini menjadi hari terakhirnya, apa yang dia boleh buat selain menerimanya


Thanks for reading my book
Hope you like🙏😌

792 words

Why Me? || Lee Haechan (HIATUS🍉)Where stories live. Discover now