Bab 3

41 3 0
                                    

"Oi! Haechan!!"

Panggil seorang remaja bernama Jung Jeno, kawan rapat Renjun dan selalu membuli Haechan

Haechan yang mendengar namanya dipanggil segera menoleh kebelakang, dapat dia lihat dua orang remaja yang selalu membulinya selain Renjun, yang lain tak bukan Jaemin dan Jeno

"Kau nampak Renjun tak?" Tanya Jeno kepada Haechan

Mendengar itu, Haechan memandang orang di hadapannya dengan pandangan hairan. Mana taknya merekakan kawan rapat Renjun mestilah mereka tahu di mana Renjun sekarang

"Aku tak tau" jawab Haechan dengan muka tidak peduli dan ingin cepat pergi dari situ

Tangannya sempat ditarik tetapi dengan kuat Haechan melepaskan tangannya dan langsung beredar dari situ

Tujuannya sekarang bukan lagi untuk balik ke kelas melainkan untuk mencari Renjun yang tiba-tiba menghilang

Merata-rata Haechan mencari keberadaan Renjun. Mula dari kelasnya hingga tempat biasa Renjun melepak bersama Jeno dan Jaemin, tapi dia tak menjumpai apa-apa

Haechan kini berasa sangat letih,dia tidak sanggup lagi untuk lari dan memutuskan untuk kembali ke kelas. Semasa perjalanan ke kelas, Haechan teringat satu tempat yang mungkin Renjun berada disitu, pintu belakang Sekolah. Kenapa Haechan berfikir begitu? Renjun orang yang tak menyukai Sekolah, boleh jadi dia ingin memonteng Sekolahkan?

Haechan terus berlari ke pintu belakang Sekolah, dan tepat sekali jangkaan Haechan. Dia melihat Renjun yang sedang curi-curi keluar Sekolah tanpa sesiapa tahu

"Ponteng Sekolah?" Tanya Haechan kepada Renjun

Renjun yang mendengar itu terus terlompat terkejut, Haechan yang melihat itu hanya menunjukkan muka acuh tak acuh

"YA!! Apa kau nak! Macam mana kau tahu aku dekat sini hah?!" Tanya Renjun dengan nada marah kerana Haechan telah merosakkan rancangannya, tanpa amaran, dia terus menolak Haechan sehingga Haechan terjatuh

"Tadi Jeno dengan Jaemin cakap kau hilang, jadi aku cari la kau, rupa-rupanya kau dekat sini"jawab Haechan, sambil menahan sakit kerana Renjun menolaknya hingga terkena dinding batu yang ada disitu

"Blah la kau, menyemak je kat sini, jangan sesekali bagitau Cikgu" Amaran dari Renjun, yang membuat Haechan memandangnya tak peduli

"Jom lah balik kelas" pujuk Haechan supaya Renjun mahu balik ke kelas dan tak jadi memonteng Sekolah, tetapi Renjun jelas menentang tindakan Haechan

"Kalau kau nak balik kelas blah, aku tak nak"kata Renjun

"YA!! Renjun!! Kau nak suruh kita kena gantung Sekolah ke hah?!! "Tanya Haechan yang sudah tak tahan dengan sifat Renjun yang keras kepala itu

"KISAH PULAK AKU KALAU KITA KENA GANTUNG!!" Balas Renjun sambil menarik kolar baju Haechan dan langsung menumbuk pipi Haechan

"KAU NI MEMANG MENYUSAHKAN, KENAPA KAU TAK MATI JE HAH?!! KENAPALAH DULU AKU TAK BUNUH JE KAU!!" Kata-kata kebencian itu keluar begitu saja dari mulut Renjun

BUGH!

BUGH!

BUGH!

Tak hanya itu, Renjun juga menendang badan Haechan, yang membuatkan Haechan kesusahan bernafas dan hidungnya kembali mengeluarkan darah. Tak apa dia sudah terbiasa dengan semua itu. Cuma bolehkah dia berharap yang akan ada seseorang datang menyelamatkannya sekarang kerana jujur dia sudah tidak tahan lagi

Gerakan Renjun terhenti ketika dia melihat darah mengalir keluar dari hidung Haechan. Renjun terkejut lalu pergi meninggalkan Haechan yang malang itu

Sementara itu, Haechan yang baru habis dibelasah itupun segera bangun dan ingin ke bilik Air kerana dia tahu hidungnya berdarah lagi.

Saat dia ingin bangun dari jatuhnya. Kepalanya dengan tiba-tiba berdesing, pandangannya kabur, dia terduduk. Mencuba mengatur nafasnya.

"Lebih baik kau mati!"

"Dasar pembunuh!"

"Mereka tak perlukan kau!"

"Sakiti diri sendiri lagi!"

"Suara tu... datang lagi"kata Haechan dalam hati. Dengan cepat Haechan menutup telinganya agar tak dapat mendengar apa yang mereka katakan

"Diam!... DIAM!!" Jerit Haechan. Dia kini dalam keadaan duduk sambil memeluk lutut. Haechan takut, sangat takut. Entah kenapa kebelakangngan ini, suara-suara itu selalu muncul. Mereka selalu menyalahkannya.

Haechan mengambil satu batu yang tajam lalu menoreh tangannya dengan batu tersebut

"AKU DAH BUAT, SEKARANG PERGI!!" Jerit Haechan, dia nangis teresak-esak. Badannya menggigil, tangannya habis berdarah dan sakit dikepalanya juga tak kunjung mereda

 Badannya menggigil, tangannya habis berdarah dan sakit dikepalanya juga tak kunjung mereda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa jam kemudian, suara-suara itu dah lama hilang. Haechan hanya termenung melihat tangannya yang dipenuhi kesan toreh. Entah kali keberapa dia menoreh tangannya

Haechan sekarang berada di tempat terakhir dia bertemu dengan Renjun. Setelah kejadian itu, Haechan memutuskan untuk tidak kembali ke kelas

Kringg!!

Mendengar loceng berbunyi, dia berniat untuk kembali ke kelas untuk mengambil begnya yang dia tinggalkan di kelas.

Jujur, sekarang Haechan hanya mahu pulang ke rumahnya dan berehat di dalam biliknya, dia benar-benar penat dengan semua yang di laluinya hari ini.

Renjun, Jeno dan Jaemin sudah pulang dahulu, jadi dia tak perlu risau dibuli. Dengan wajah yang sendu, dia berjalan melalui koridor sekolah. Sesiapa sahaja yang melihatnya sekarang pasti akan tahu bahawa dia tidak baik-baik saja

Disebabkan bas yang dinaiki Haechan ada masalah sedikit. Haechan terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Tak apa, dia pun berniat untuk ke sungai Han jadi tak apa


Thanks for reading my book 😊📚
Hope you like 🙏🌝😌

794 words

Why Me? || Lee Haechan (HIATUS🍉)Where stories live. Discover now