Bab 2

51 4 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 5:30 a.m.

Haechan terbangun saat dirinya terdengar bunyi seseorang yang tengah membuka kunci bilik Stor yang dia tengah berada di dalamnya sekarang.Stor? Ya, sebagai hukuman, Donghae menyuruhnya untuk tidur di dalam bilik Stor yang gelap dan sempit ini.

Saat bangun, Haechan dapat merasakan bahwa seluruh anggota badannya sakit, dari kepala hingga kaki

Haechan cuba untuk bangun dari lantai. Tak ada tilam di dalam bilik Stor jadi mau tak mau dia perlu tidur di atas lantai

Ketika dia mencuba untuk berdiri, beberapa kali dia terjatuh. Kakinya sudah tak berdaya untuk menahan dirinya dari jatuh, berdiri saja dia tidak sanggup, apatah lagi berjalan dan pergi ke Sekolah

Tapi dia tidak berputus asa, dia terus mencuba untuk berdiri sehingga usahanya tidak sia-sia. Untungnya dia bangun awal, jadi dia ada masa untuk bersiap ke Sekolah

Haechan keluar dari bilik Stor itu lalu menuju ke biliknya sendiri. Tak jauh hanya beberapa langkah saja.

Sebelum dia mandi, dia melihat ke arah cermin yang tergantung di sebelah paip air

"Kesian" Katanya pada dirinya sendiri, saat melihat luka-luka lebam yang dia terima semalam, sudah kering, tak nak membuang masa dia lalu bergegas mandi dan bersiap untuk ke Sekolah

Lukanya?

Biarkan saja, bagi Haechan luka itu akan sembuh dan hilang dengan sendirinya jadi tak perlu risau

Ketika Donghae mahu turun untuk sarapan, dia ternampak Doyoung yaitu anak ke-4nya dan menyuruhnya untuk mengejutkan Hyung dan Dongsaengnya tak terkecuali Haechan, Doyoung yang mendapatkan tugas itu hanya mengangguk saja, sebenarnya dirinya sangat ...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ketika Donghae mahu turun untuk sarapan, dia ternampak Doyoung yaitu anak ke-4nya dan menyuruhnya untuk mengejutkan Hyung dan Dongsaengnya tak terkecuali Haechan, Doyoung yang mendapatkan tugas itu hanya mengangguk saja, sebenarnya dirinya sangat tidak sudi untuk mengejutkan Hyung dan Dongsaengnya nya terutama Haechan, tapi apa boleh buat selain patuh kehendak Ayahnya itu

Kini setelah mengejut Hyung dan Dongsaengnya, Doyoung beranjak ke bilik Stor untuk mengejutkan Haechan tetapi ketika dirinya sudah sampai pada pintu bilik itu, Doyoung tidak melihat sesiapa di dalam yang menandakan Haechan sudah bangun dan sudah pergi ke biliknya

Jadi Doyoung memutuskan untuk beranjak ke meja makan untuk memakan sarapannya yang tertangguh tadi

Sementara Haechan, dia sudah sampai ke Sekolah, dia menaiki bas untuk ke Sekolah. Haechan memang tidak pergi ke Sekolah bersama Hyungnya kerana hubungan mereka yang tak beberapa baik dan dia tak mahu menyusahkan Hyungnya

Sesampainya di Sekolah, dia melihat banyak sampah di atas lantai kelasnya jadi dia berniat baik untuk tolong mengemaskan kelas

menyapu sampah dan membuang sampah selain itu dia juga mengemaskan barang tak terpakai yang ada di dalam kelas itu

Setelah selesai, dia tak ada kerja untuk dibuat, Haechan memutuskan untuk tidur sejenak, badannya benar-benar sakit sekarang, dia juga kembali teringat apa yang terjadi semalam. Untuk mengurangkan rasa sakit itu dan supaya dirinya tak teringat kejadian semalam, dia lebih memilih tidur di dalam kelas

Jam mununjukkan pukul 6:50 a.m. yang bermaksud semua murid sudah hadir ke Sekolah kerana Sekolah bermula pada pukul 7 a.m. Haechan juga dapat mendengarkan suara tapak kaki yang sedang berjalan kehulu-kehilir. Perlahan dia membuka matanya, dan betul sudah ada beberapa murid di dalam kelas itu. Jadi Haechan memutuskan untuk tak meneruskan tidurnya dan lebih memilih belajar saja

Guru mata pelajaran yang bernama Cikgu Kang baru saja tiba yang bermaksud pelajaran akan dimula, tapi ada yang pelik. Kenapa Cikgu Kang membawa kertas soalan peperiksaan?

"Oh tidak. Aku lupa hari ini peperiksaan" Kata Haechan dalam hati

Haechan mengutuk dirinya sendiri. Macam mana dia boleh lupa yang hari ini ada peperiksaan. Teruknya lagi dia tidak belajar langsung semalam dan tadi dia belajar subjek Sains. Kertas hari ini ialah subjek Sejarah. Haechan sangat lemah dalam subjek Sejarah

Kini semua murid sudah menerima kertas peperiksaan subjek Sejarah dan dalam kiraan saat peperiksaan dimula

"Peperiksaan dimula dalam kiraan"

" 1 "

" 2 "

" 3 "

"Mula!!"

Membuat semua orang yang ada di dalam kelas itu bergegas untuk menyelesaikan soalan tersebut, termasuk Haechan

Kata Cikgu Kang siapa saja yang sudah siap terlebih dahulu boleh keluar untuk rehat. Jaemin orang yang pertama siap jadi dia keluar untuk rehat terlebih dahulu.

Dan akhirnya Haechan pun sudah menyelesaikan semua soalan itu dan hendak menyerahkan kertas itu kepada Cikgu Kang.

Tess!

Saat hendak berdiri dirinya dikejutkan dengan titisan darah yang jatuh mengenai meja milik Haechan, Haechan memegang hidungnya dan betul darah yang jatuh itu miliknya.

Dengan panik dirinya menyerahkan kertas tersebut kepada Cikgu Kang dan terus berlari ke arah Tandas Lelaki. Cikgu Kang yang melihat itu pun merasa pelik dengan perangai Haechan, tapi dirinya hanya mengabaikannya dan berfikir mungkin Haechan hanya lapar

Haechan yang sudah berada di dalam Tandas dengan cepat membasuh semua darah-darah itu. Pelik betul, mana datangnya darah-darah ni? Kata Haechan pada dirinya sendiri.

Seketika pening melanda yang membuat Haechan mengerang kesakitan. Bajunya sudah habis terkena darah tetapi darah itu tak habis-habis keluar, sehingga kepenatan Haechan dibuatnya.

Setelah beberapa minit Haechan berada di dalam Tandas akhirnya darah itu berhenti juga. Haechan sangat bersyukur darah itu berhenti.

Kini tujuannya ialah kembali ke kelas kerana kejadian tadi dia tak cukup masa untuk pergi ke Kantin dan makan, tetapi apabila dia berjalan melalui koridor ada seseorang Lelaki memanggilnya dari belakang

"Oi! Haechan!!"

Thanks for reading my book
Hope you like 🙏😌🌝
Kalau ada typo pls comment🙏

836 words

Why Me? || Lee Haechan (HIATUS🍉)Where stories live. Discover now