~𝔹𝔸𝔹 6~

107 9 6
                                    

"Allah..... Bantulah aku"

Usai mengucapkan itu Mawar menarik tangan lelaki yang memeluknya saat ini. Mawar kemudiannya menundukkan sedikit badannya lalu dengan sekuat tenaga dia menarik lelaki itu ke depan.

Badan lelaki itu kemudiannya terhempas ke lantai. Lelaki itu mengerang sakit seketika sebelum bangun semula.

Mawar menjaga jarak. Dia bersedia untuk mempertahankan dirinya. Jangan memandang remeh akan dirinya. Walau terlihat lemah dia sebenarnya mempelajari ilmu mempertahankan diri dahulu.

"So you want to play hard to get, my kitten?" Kata lelaki itu sinis.

"Hah, im ready. Lets play" sambungnya.

Mawar mengepal penumbuknya sekuat hati. Dia berlari dengan pantas ke arah lelaki itu lalu melepaskan tumbukan ke muka lelaki itu.

Belum sempat tumbukannya mengena, tangannya ditahan.

"I must say that im amazed" kata lelaki itu. Sinis sekali nadanya.
Lelaki itu kemudiannya melepaskan tumbukan ke arah Mawar.

"Diam la kau!" Jerit Mawar lalu pantas menahan penumbuk lelaki itu. Dia memegang tangan lelaki itu lalu memusingkannya sekuat hati.

Lelaki itu mengerang kesakitan sebelum berjaya menumbuk perut Mawar.

Mawar terundur ke belakang. Mukannya jelas dia menahan sakit. Mana tidaknya lelaki itu menumbuk perutnya sekuat hati.

Mawar tak mengalah dan terus bangkit semula. Ketika dia ingin menyerang semula, lelaki itu sudah hilang.

"See you again, my kitten" suara itu kedengaran dari atap rumah. Mawar memandang atap rumahnya tajam.

"Pengecut" gumam Mawar. Yang pasti dia tak akan melepaskan lelaki itu jika lelaki itu kembali lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Maaf cik, tapi tiada langsung kesan atau bukti yang menunjukkan rumah cik telah dipecah masuk" kata pegawai polis itu kepada Mawar.

"What?" Mawar bingung. Sekali lagi rakaman cctv tidak menunjukkan kejadian dia berlawan bersama lelaki misteri semalam. Dan sekarang tiada langsung bukti di atap yang menunjukkan lelaki itu menceroboh masuk. Manakala bukti tumbukan di perutnya sahaja tidak kukuh dan memadai.

Nampaknya lelaki itu bukan calang-calang orang. Dan dia perlu menangkap lelaki itu sendiri. Tapi siapakan lelaki itu? Dan apakah hubungannya mereka berdua?

Akhirnya polis pulang dan tiada laporan yang dapat dilakukan.

Mawar membuat keputusan untuk tinggal di rumah Mayra ketika keluarganya tiada di rumah. Sudah semestinya dia harus merahsiakan perkara sebenar agar Mayra tidak risau.

Keluarganya juga tidak mengetahui apa yang terjadi. Bukan dia ingin merahsiakan tetapi tiada bukti yang dapat memihak kepadanya.

Dia bimbang jika mereka tidak akan percaya dan bakal menyuruhnya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Kini, Mawar harus bertarung sendiri dalam mencari bukti yang kukuh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mawar memandang keluar cafe. Pemikirannya begitu serabut. Pihak polis telah mengesahkan mayat yang dijumpai di dalam sungai merupakan mayat Fahri.

Yang sadisnya mayat itu tidak berkepala. Kepalanya dijumpai di tebing sungai itu. Dan rupanya sangat mengerikan.

Pihak polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi kes pembunuhan Fahri.

Setelah difikirkan kembali, memang apa yang dia lihat tempoh hari. Ini bermakna pembunuh Fahri ada kena mengena dengan dirinya.

Suspek utama adalah lelaki bertopeng hitam.
Mawar kini lebih berjaga-jaga dalam setiap langkahnya.

Semakin lama dia merasa semakin diperhatikan. Ada kalanya dia takut untuk keluar dari rumah. Lagipun penjenayah itu masih berlegar-legar di luar sana.

Sedang Mayra termenung jauh. Tiba-tiba ada yang duduk di hadapannya. Mawar terkejut.

Dia bangun dan ingin segera meninggalkan cafe itu tetapi terhenti apabila lelaki itu berkata,

"Macam mana kalau aku cakap yang kemalangan Ku Humayra sebenarnya bukan kemalangan?"

Ku Humayra. Itu nama penuh Mayra. Mawar benar-benar tersentak. Dia memandang lelaki itu tajam. Bukan kemalangan? Apa maksud lelaki ini?

"Kau nak tahu atau tak, itu terserah kepada pilihan kau sekarang. Kalau kau nak tahu, jumpa aku di lokasi ni. Kalau kau tak nak, well aku tak boleh paksa." Kata lelaki itu lalu mengeluarkan sebuah kertas dan meletakkannya diatas meja.

Lelaki itu segera bangun dan berlalu pergi. Mawar mengambil kertas itu lalu membaca alamat yang tertera.

"Amore Cafe, Jalan Pak *****, ****** ******, Malaysia"

Sepertinya lelaki ini mempunyai maklumat yang mungkin begitu penting buat dirinya. Namun persoalannnya kenapa lelaki ini ingin membantunya? Dan patutkah dia pergi?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Pak long, Mayra datang ni" kata Mayra lalu masuk ke dalam rumah usang milik pak longnya. Dia membawa beberapa jenis lauk yang dimasak sendiri.

Dia kemudiannya menolak pintu usang yang merupakan bilik pak longnya. Kelihatan pak longnya sedang duduk di atas kerusi malas.

"Pak long, Mayra ni" Mayra mendekati pak longnya. Orang tua itu melihatnya kosong. Pak long kadang-kadang terlupa akan siapa Mayra.

Mungkin kerana ingatannya dimamah usia.Walaupun pak longnya begitu, dia tidak kisah kerana pak long lah satu satunya keluarganya yang masih hidup

"Pak long, jum makan. Mayra suapkan ye." Kata Mayra lalu tersenyum.

Pak long hanya memandang kosong Mayra sebelum tiba-tiba tersentak. Dia kemudiannya memegang tangan Mayra erat.

"Idah, along minta maaf" katanya sebelum mula menangis.

Idah? Itu panggilan manja ibu Mayra. Adakah pak long menganggap dirinya adalah ibunya?

"Pak long kenapa ni? Ni Mayra la. Bukan ibu". Mayra memegang kembali tangan pak longnya untuk menenangkannya.

"Along minta maaf idah. Along dah jual anak kau. Along minta maaf" Kata pak long. Dia sudah menangis teresak-esak.

Jual anak ibunya? Tapi dia satu-satunya anak ibu. Dia akui yang pak long tidak menjaganya kerana itu dia berada di rumah anak yatim. Tapi bukan jual.

"Apa maksud pak long?" Mayra menatap mata pak long dalam-dalam. Dia inginkan jawapan.

"Aku... Aku dah jual anak lelaki kau."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hiiii readers sorryy sebab lambat update sebab author busy sikit and ni pun author Lynx yang tolong......so happy reading para readers sekalian 😎🌹

Jangan lupa vote and comments byeee my dearrr~

𝔻𝔼𝕍𝕀𝕃'𝕊 𝕂𝕀𝕃𝕃𝔼ℝ Where stories live. Discover now