Telefon Mawar di atas meja berdering menandakan ada panggilan masuk. Mawar segera bergegas ke arah meja belajarnya itu.Sebaik sahaja melihat nama si pemanggil, Mawar tersenyum sendiri. Siapa lagi yang boleh buat Mawar senyum sampai telinga melainkan kekasihnya, Tengku Fahri Daniel. Mawar segera mengangkat panggilan itu.
"Hi sayangg" kata seorang lelaki dari dalam telefon kepada kekasihnya.
Allah dia bersayang sayang pulak dah . Kitonyo single . Kesian author brokeng .
"Hai Fahri" kata Mawar. Dia dah senyum macam kerang busuk. Yelah, boleh bercakap dengan kekasih hati kan. Lagipula mereka jarang bertemu kerana Fahri jarang pulang ke Malaysia. Ini kerana Fahri bekerja di luar negara. Dapat bercakap pun dah buat Mawar kembang setaman.
"Rindu saya tak?" Soal Fahri. Sengaja mengusik Mawar.
"Rindu sangat-sangat! Bila awak nak balik?" Soal Mawar pula. Sejujurnya dia memang merindukan kekasih hatinya itu. Ye la jumpa pun tak sempat seminggu, Fahri dah kena pergi luar negara balik! Huh sedih :(
Fahri ketawa kecil mendengar jawapan Mawar.
"Tunggu saya selesaikan kerja kat sini dulu baru saya balik okay, pretty?" Kata Fahri.Dia pun rindukan Mawar juga tapi tu lah kerja banyak lagi kan. Terpaksa lah dia bersabar. Lagipun dia nak kumpul duit untuk kahwin dengan Mawar.
________________________________
♥╣[-_-]╠♥
_________________________________"Mawar!!. Huhuhu." Jerit Mayra sebaik sahaja Mawar masuk ke dalam bilik wadnya. Ya, Mayra kemalangan. Kemalangan tu agak teruk sehinggakan Mayra sekarang terlantar dekat hospital sebab patah kaki. Kemalangan tu disebabkan brek kereta Mayra tak berfungsi.
Aku berjalan mendekati Mayra. Kesian pulak aku tengok dia. Semalam baru jumpa, tak sangka pula Mayra boleh kemalangan macam ni.
Mayra tayang muka sedih dekat aku. Memang tengah merayu simpati dekat aku ni. Lagipun dekat siapa lagi dia nak merayu simpati sebab dia ni anak yatim.
"Kau okay ke?" Soalan yang kurang cerdik keluar dari mulut aku. Saja nak menyakat Mayra ni. Biar dia terhibur sikit.
"Kau nampak tak kaki aku yang tergantung ni? Nampak macam okay ke?" Mayra mencebik. Dah tahu tanya lagi :) Ceh !
Aku pula senyum kecil.
"Yela, aku saja je gurau tadi. Nah makan sup aku buat ni. Biar cepat sihat. Aku masak special tau untuk kau. Jadi kau kena habiskan. Kalau tak aku sumbat sup ni dalam mulut kau." Kata Mawar sambil meletakkan satu bekas makanan di atas meja di tepi katil. Di hujung ayatnya dia tersenyum."Awh! Sweet la kau ni Mawar! Terima kasih sahabatku! Huhu!" Kata Mayra. Dia dah senyum manis dah. Terharu betul dengan perbuatan Mawar.
"Kalau kau berterima kasih, cepat makan!" Mawar memberi arahan.
"Baik boss! Tapi tolong suapkan ye. Kesian kat aku ni" Mayra buat muka kesian lagi.
"Mengada!" Mawar menggelengkan kepala. Namun dia tetap menyuap Mayra.
______________________________
♥╣[-_-]╠♥
______________________________Seminggu kemudian...
"Sayang, guess what?" Soal Fahri.
"Apa?" Soal Mawar kembali. Tertanya-tanya pula apa yang ingin dikatakan oleh Fahri.
"Tak boleh bagitahu. Teka dulu" Fahri bermain tarik tali. Sengaja.
"Emm. Saya tak tahu la."
Mayra di sebelah dijeling. Sekarang ni dia tengah berada dengan Mayra di wad. Mayra belum sihat lagi. Tapi sibuk pulak dia nak dengar apa yang Mawar dan Fahri cakap, tak padan dengan sakit.Mayra tiba-tiba menyampuk.
"Bapak kauu nak kahwin lagi satu eh?" Mayra dah mula dah dengan loyar buruk dia. Fahri pun memang dah kenal sangat perangai Mayra jadi dia tak kisah."Bapak aku dah mati." Jawapan Fahri terus buat Mayra terkedu. Dia dah murung tepi bucu katil. Muka tu dah tahan nangis sebab rasa bersalah.
"Fahri! Aku minta maaf doh!" Mayra dah tahan sebak. Hingus dah meleleh dah.
Fahri ketawa kejap.
"Weh tak apa la. Aku tak kisah sangat pun." Mayra tarik nafas lega. Dah dapat pengajaran dia harini. Nanti dia buat lagi. Eh salah. Tak buat lagi. Hehe." Eh by the way, sayang sebenarnya tadi saya nak cakap yang IM ALREADY IN MALAYSIA!"
Mawar terkejut mendengar berita itu. Tapi dia gembira.
"Serius la? YAY! TAK SABAR NYA NAK JUMPA" kalau boleh Mawar nak melompat sebab teruja.Fahri ketawa.
"Ye! Nanti kita jumpa petang ni dekat cafe biasa okay? Pukul 3. Im looking forward to it""Okay okay. Tak sabarnye. Pakai warna hitam tau! See you there!"
Mawar benar-benar tak sabar. Mayra dah senyum menyakat._____________________________
♥╣[-_-]╠♥
_____________________________Chairi Daiyan memandang cafe yang berada di sebelah. Terlihat Mawar yang sedang menunggu seseorang di dalamnya. Dia melihat jam. Chairi mula melihat jamnya sendiri. Pukul 3:30.
Tiba-tiba telefonnya berdering. Dia segera mengangkat.
"So macam mana? Dah selesai?" Chairi menyoal.
"Yes sir........." Jawab pihak di sana.
Chairi kembali melihat Mawar.
"I guess you will be heartbroken soon."_____________________________
♥╣[-_-]╠♥
______________________________Fahri berjalan menuju ke arah cafe yang dijanjikan. Dalam perjalanan dia melintasi kedai bunga. Di kedai itu terdapat bunga rose .
"Bunga rose lah. Favorite Mawar ni."
Kemudian dia berjalan ke kedai itu lalu membeli mawar putih.Selesai membeli, dia melalui satu lorong yang merupakan jalan pintas untuk ke cafe itu. Tiba-tiba mulutnya dicekup dengan kain. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri. Akhirnya dia dapat memusingkan badannya.
Ketika memusingkan badannya, matanya terbeliak. Sebelum akhirnya dia menutup mata.
Mawar yang putih kini menjadi merah
_____________________________________
Ape yang terjadi dengan Fahri?uuuu~ . Hope you all enjoyy this story byee love youu all ♡(> ਊ <)♡ - Rorr
(~ ̄³ ̄)~
Hai! We meet again! Hope you like this story. Thank you for your support. Enjoy! -Lynx^^
Jangan lupaaa votee and commentt byee dearrr~ 🌹🌚
![](https://img.wattpad.com/cover/358232581-288-k632723.jpg)
YOU ARE READING
𝔻𝔼𝕍𝕀𝕃'𝕊 𝕂𝕀𝕃𝕃𝔼ℝ
Misteri / ThrillerNurhan Mawar Baheera seorang gadis cantik dan berani yang bekerja di sebuah syarikat yang megah . Kehidupannya berjalan seperti biasa sehinggalah peristiwa buruk yang tidak pernah dia bayangkan berlaku dalam hidupnya. Dia di stalk. Hidupnya bertam...