Luthfi's : 02

168 15 1
                                    

LUTHFI mengetuk pintu wad yang menempatkan Hannah. Sudah hampir seminggu Hannah ditahan di wad ini atas permintaan kembar wanita itu. Mungkin lusa Hannah sudah boleh balik ke rumahnya.

“Masuk.”

Lantas itu, Luthfi terus melangkah masuk ke dalam wad itu bersama dengan dua orang jururawat yang turut bertugas dengannya.

Hannah memandang kosong ke arah lelaki yang memakai rob putih di hadapannya. Riak wajah sedaya upaya dikawal, tidak mahu Luthfi sedar akan sikapnya yang kekok itu.

Sudah bertahun dia tidak bertemu muka dengan lelaki itu. Mustahillah untuk dia tidak berasa janggal.

How are you feeling today, Hannah?” Luthfi menyoal. Hannah ketap bibir. Jemari disulam bersama. Wahai jantung, janganlah buat hal sekarang. Anak mata pula silih ganti memandang ke arah Luthfi dan jururawat yang ada di belakang lelaki itu.

Sekali-sekala dia akan memandang ke arah nurse untuk hilangkan rasa gementar dalam dirinya itu.

Melihat Hannah yang nampak tidak selesa dan memandang selang-seli kearahnya dan dua orang jururawat di belakang dia, Luthfi terus faham.

You guys can go first,” arah Luthfi. Dua orang jururawat itu tidak banyak soal dan terus beredar dari wad itu, meninggalkan Luthfi dan Hannah berdua.

“Mereka berdua dah keluar, jangan risau,” ujar Luthfi lalu melabuhkan punggung pada kerusi yang tersedia di sebelah katil Hannah.

Terlongo Hannah dibuatnya. Lelaki di hadapan dia ini tak faham ke yang Hannah tidak selesa dengan dia, bukan dengan jururawat dua orang itu!

“Eh, kenapa awak suruh mereka keluar?” Cemas Hannah dibuatnya, sudahlah Luthfi berada agak dekat dengan dia.

Aik, bukan ke awak tak selesa sebab dia orang ada? Muka gelisah macam ayam berak kapur macam ni,” balas Luthfi dengan kerutan jelas terlukis didahi.

“Mana adalah! Cepat panggil dia orang balik. Suka hati saja halau nurse. Dosa lah duduk berdua dalam bilik macam ni.” Lancar sahaja Hannah melontarkan kata-kata. Perasaan berdebar yang dia rasakan tadi sudah hilang entah kemana pun dia tidak tahu.

HANNAH tersenyum kecil saat melihat kanak-kanak yang sedang bermain berkeliaran di taman berdekatan dengan wad dia.

Walaupun unit psikiatri ini di tingkat lima, terdapat open green house yang berada di tengah-tengah bangunan hospital ini. Sangat cantik. Sesuai untuk orang yang ingin menenangkan fikiran.

Hari ini sepatutnya dia sudah boleh discharge tapi Haiyan masih belum datang ambil dia. Rasa rindu akan adik kembarnya itu mula menebal. Tiada Haiyan, sunyilah dia. Lelaki itu sentiasa ada dengan dia dari kecil sampailah sekarang.

Haiyan tidak pernah tinggalkan dia terkontang-kanting seorang diri.

“Awak buat apa dekat sini?” Teguran daripada seseorang menyedarkan Hannah daripada lamunannya. Pantas kepala menoleh kearah punca suara itu.

Sedar bahawa orang itu doktornya, Hannah lekas menunduk. Segan untuk bertembung mata dengan Luthfi. Soalan lelaki itu pun tidak dibalas. Lebih-lebih lagi setelah pergaduhan kecil antara mereka berdua pagi tadi.

Bergaduh ke? Entahlah, yang pasti Luthfi tidak marah pada dia pun.

Luthfi tarik senyum sebelum mengambil tempat di sebelah Hannah. Mata turut memandang ke arah kanak-kanak yang seronok bermain.

Sepatutnya tiada budak yang berkeliaran di tingkat ini kerana bahaya jika mereka tanpa sengaja mencetuskan ketidakselesaan pada pesakit di unit psikiatri.

𝐋𝐮𝐭𝐡𝐟𝐢'𝐬 𝐁𝐞𝐥𝐨𝐯𝐞𝐝 Where stories live. Discover now