Luthfi's : 04

49 4 0
                                    

BUNYI penggera yang meminta untuk ditutup mengganggu Luthfi dari lenanya. Mata yang masih terkatup dibuka perlahan. Badan bingkas bangun dari baringan dan penggera tersebut dimatikan sebelum menuju ke tandas.

Pili air dibuka. Tatkala air yang sejuk menjelajahi seluruh ceruk badannya, mata yang mengantuk terus menjadi segar. Bibirnya dikemam rapat sebelum satu keluhan terbit keluar dari mulutnya.

Sejak dua menjak ini entah kenapa fikiran dia hanya dipenuhi dengan pesakit barunya... Atau lebih tepat kawan baik dia ketika di universiti dahulu.

Nik Nur Hannah Yasmeen.

Nak kata dia jatuh hati pada Hannah, tidak. Cuma, kadang-kadang wajah Hannah selalu sahaja menjengah fikiran dia. Selama ini tidak pun. Habis sahaja pengajian untuk ijazah mereka, Hannah bagaikan hilang.

Banyak kali dia cuba untuk mengambil tahu tentang wanita itu namun hampa. Hannah bagaikan seorang yang tidak wujud pun di muka bumi.

Nombor telefon ditular, media sosial pula semuanya Hannah nyahaktifkan Semua itu menyebabkan dia bagaikan sudah putus harapan untuk mengambil tahu akan wanita itu.

Tapi, sejak pertemuan mereka kembali tiga minggu lepas, entah mengapa, hati dia menjadi berdebar-debar saat melihat Hannah yang sekarang. Makin cantik dan makin matang. Cuma yang hilang adalah senyuman Hannah yang lama.

Dahulu, setiap kali Hannah tersenyum, wajah gadis itu pasti akan nampai bersinar dan mampu membuat orang disekelilingnya turut ingin tersenyum namun entah apa yang terjadi selama enam tahun lepas, dia tidak tahu.

Muka diraup kasar sebelum istighfar berulang kali keluar dari mulut lelaki itu. Berdosa jika dia terus memikirkan tentang wanita ajnabiyah.

Dia tidak suka akan perasaan seperti ini. Dia dan Hannah hamya sekadar teman. Tidak lebih. Dia juga tidak mahu Hannah menjadi segan dengan dia dan dia tidak mahu terputus hubungan dengan Hannah.

Cukuplah sekali sahaja.

Namun, tetap juga wajah tampan itu tersenyum sendiri apabila teringatkan Hannah.

Apa ini Luthfi? Tak akanlah terjatuh hati dekat kawan sendiri? Tapi, kalau betul sekalipun, tidak salah, kan?

Seusai selesai solat fardhu Subuh, Luthfi mengambil kitab al-Quran yang berada di atas meja tidur biliknya. Bait-bait ayat suci al-Quran dibaca dengan teliti.

Ruangan dapur dituju. Peti sejuk dibuka dan susu kotak berperisa kopi diteguk dengan perlahan selepas kalimah basmallah dibaca.

Kabinet dibuka dan plastik roti digapai sebelum empat keping roti dimasukkan ke dalam pembakar roti. Roti yang sudah siap dicalitkan dengan jem strawberi.

Sarapan dihidang diatas meja bersama dengan segelas susu. Mata Luthfi melilau mencari kelibat seseorang.

“Nufail!” Nyaring suara Luthfi memanggil anaknya yang masih lagi belum turun untuk bersarapan.

Terkedek-kedek seorang budak lelaki berumur empat tahun berlari memasuki ruangan dapur itu. Mata bulat itu memandang Luthfi sebelum tersenyum menampakkan sebari gigi yang terbentuk elok.

Sorry, papa. Hehe.” Cepat-cepat Nufail duduk diatas sebelum makanan yang tersedia dimakan dengan penuh selera.

“Hari ini awak ikut papa pergi kerja. Papa balik lewat, nanti tak ada orang yang boleh pergi ambil awak dekat taska.” Lembut sahaja suara Luthfi memberitahu Nufail yang sedang duduk dihadapannya.

Nufail hanya mengangguk tanda setuju dan faham. Terukir senyuman pada wajah Luthfi sebelum kepala anaknya itu diusap perlahan. Wajah Nufail yang comot akibat jem turut dilap dengan ibu jari.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐋𝐮𝐭𝐡𝐟𝐢'𝐬 𝐁𝐞𝐥𝐨𝐯𝐞𝐝 Where stories live. Discover now