LAMA Hannah termenung mengenangkan kata-kata Luthfi kepadanya tengahari tadi sampaikan makanan di hadapannya pun masih lagi tidak disentuh.
Dia sudah masak akan sikap Luthfi yang suka bergurau seperti tadi. Memang sikap lelaki itu jenis suka kenakan orang tapi... Kenapa wajah lelaki itu nampak seperti dia tidak main-main.
Benar, Luthfi hanya tersengih sahaja saat dia ketawa tadi namun mata lelaki itu. Anak mata kelabu gelap itu tidak dapat menipu dirinya. Bertahun mereka berkawan rapat, mana mungkin dengan mudahnya Hannah dapat melupakan sikap lelaki itu.
Kononnya, eye contact itu penting untuk berkomunikasi.
Nafas dihela lemah. Entahlah, dia malas mengusutkan fikiran dia. Buat apa peningkan kepala dia untuk perkara ini sedangkan Luthfi tidak pernah menyukai dia dan pada akhir kisah mereka dahulu, Hannah yang makan hati dan sedih walhal Luthfi bahagia dengan pasangannya.
“Hi, Han,” tegur orang disebelahnya. Langsung membulat mata Hannah dan wajah segera dipalingkan kearah suara itu. Kuat sangat ke dia mengelamun sanpaikan Haiyan masuk dalam bilik pun dia tidak perasan?
“Yan! Bila kau balik?” Laju Hannah menyoal dengan frekuensi suara yang agak tinggi dan teruja. Nasib baik dia tinggal di wad persendirian, tidak ada orang lain selain mereka. Hanya tinggal mereka berdua sahaja.
“Baru je. Habis saja kerja tadi, aku terus drive datang sini,” balas Haiyan. Lelaki itu merehatkan kepalanya di atas katil Hannah.
Hannah tarik senyum. Rambut Haiyan diusap lembut. Haiyan mungkin matang dan sentiasa cuba untuk melindungi dia tapi, seorang adik tetap akan menjadi adik.
Haiyan manja. Terlalu manja dengan dia. Cuba kalau Hannah merajuk, tentu sahaja lelaki itu yang akan menangis terlebih dahulu, bukan Hannah.
“Kenapa tak balik rehat dekat rumah dulu? Mesti kau penat.” Haiyan diam tidak membalas. Mata dipejamkan, cuba untuk merehatkan mindanya yang agak kusut ketika itu.
Jujur dia penat. Dia perlu buat dua kerja dalam satu masa. Dia seorang peguam dan dia ada kes yang perlu dia handle tapi dalam masa yang sama, dia perlu pantau hospital milik arwah mamanya.
Sepatutnya hospital itu diserahkan kepada Hannah dan Hannah telah menjaga hospital itu selama setahun lebih tetapi dua tahun lepas, kembarnya mula sakit dan dia terpaksa ambil alih. Tidak susah pun, mereka ada direktor yang boleh diandalkan cuma, jika ada apa-apa masalah, tetap akan dirujuk oleh dia terlebih dahulu.
“Saja. Rindu nak manja-manja dengan kau,” balas Haiyan tanpa membuka mata. Tanpa sedar, diri sudah terlelap ditemani dengan nyanyian kecil dari Hannah.
“Tidurlah, Yan. Nanti aku kejutkan kau.”
KAKI yang terpacak elok dihadapan pintu rumah agam besar itu bagaikan dipaku pada lantai. Berat kakinya ingin melangkah masuk ke dalam rumah besar dan kosong itu.
Baru seminggu lebih dia tinggalkan rumah itu namun rasa janggal itu sudah kembali menyapa dirinya. Kalau bukan kerana Haiyan, sudah lama Hannah menjual rumah agam ini.
Kembarnya itu berkeras untuk tinggal di rumah ini atas sebab ini salah satu peninggalan arwah mama dan papa.
Tapi, kerana rumah inilah Hannah sering jatuh sakit. Memori lama arwah mama dan papanya sering kali menjengah. Setiap kali Hannah keseorangan di rumah itu, bayangan mama dan papa susah untuk dia hilangkan.
Terlalu banyak momen-momen indah yang sakit jika dia ingat kembali kerana semua itu sudah menjadi memori, dimana hanya dia sahaja yang ingat.
Nafas dihela lemah. Teragak-agak ingin masuk atau tidak.
“Kenapa tak masuk lagi? Kau tak ada kunci ke?” Hampir luruh jantung Hannah apabila Haiyan tiba-tiba sahaja berdiri disebelahnya.
Adik dia ini ada ilmu apa sampaikan dia selalu tidak sedar akan kehadiran Haiyan?
“Haah, tak ada kunci,” bohong Hannah. Sebenarnya kunci rumah itu ada sahaja dengan dia tapi dia malas melayan soalan-soalan Haiyan nanti. Lebih baik dia iyakan sahaja.
“Kenapa tak cakap, ni ambil dalam poket seluar aku jap. Tangan aku penuh ni,” arah Haiyan. Anak mata Hannah menilik adiknya yang berdiri di sebelah. Betullah, kedua belah tangan Haiyan sedang menjinjit beg pakaian mereka. Maklumlah, dua-dua tidur luar selama seminggu.
Laju sahaja tangan Hannah menyeluk poket seluar adiknya sebelum pintu rumah itu dibuka dari luar.
“Masuklah, kenapa tercegat kat sini lagi?” Sekali lagi Haiyan menyoal. Hairan betul dia dengan Hannah, buka pintu bukan main luas, masuknya tidak.
“Kau masuklah dulu.” Hannah memberi alasan. Sebolehnya, dia tidak mahu masuk ke dalam rumah yang sudah tidak berpenghuni lebih kurang dua minggu itu. Dia bukan takut akan perkara mistik atau seangkatan dengan perkara itu. Tidak.
Dia cuma rasa tidak selesa berada di dalam rumah itu. Itu sahaja.
Haiyan tidak menyoal lebih, hanya ikutkan sahaja suruhan Hannah. Suka hatilah Hannah ingin buat apa, sekarang ini dia mahu masuk bilik lalu berehat. Badannya sekarang ini berasa melekit dan lelah sekali.
“Kau belum makan lagi, kan? Aku masak, ya?” Hannah sempat menyoal pada adik kembarnya itu sebelum Haiyan menghilang di sebalik pintu bilik.
Haiyan pula hanya setuju sahaja. Lantas, kakinya mula bergerak menuju ke bilik tidurnya. Turut ingin membersihkan diri dan turun ke dapur untuk menyediakan makan malam.
Pintu bilik Haiyan diketuk beberapa kali namun tiada tanda yang Haiyan akan keluar dari biliknya itu.
“Yan, aku dah siap masak. Jom makan.” Sekali lagi Hannah memanggil adiknya itu namun hampa, pintu bilik itu masil kekal tertutup.
Terdetik juga di fikirannya untuk masuk sahaja ke dalam bilik tapi menjadi kurang ajar pula. Walaupun Haiyan kembar dia, privasi antara mereka tetap perlu diutamakan.
Mungkin Haiyan penat sangat. Itu yang tidak tersedar langsung.
SUARA bilal yang mengumandang azan Maghrib dari masjid yang berdekatan dengan rumah mereka menyedarkan Haiyan dari lenanya.
Laju sahaja badan bangkit dari baringan. Wajah diraup beberapa kali, cuba untuk menghilangkan rasa kantuk yang masih tersisa. Anak mata pula menghala kearah jam dinding.
Jam 7.24 malam.
“Astaghfirullah...” Istighfar tidak lepas meniti dibibir. Macam mana dia boleh terlajak tidur ni? Nasib baik dia dah solat Asar awal-awal tadi dekat hospital sebelum pulang ke rumah.
Laju sahaja kaki melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Badan dia juga sudah lesu semacam gara-gara tidur selepas Asar.
Selesai membersihkan diri dan solat fardhu Maghrib, Haiyan menuju ke ruangan dapur, ingin mencari makanan untuk mengisi perut kosong dan berbunyi sejak tadi lagi.
Saat tiba di ruang makan, langkahnya terhenti apabila melihat sekujur tubuh Hannah yang sedang menyediakan makanan.
“Yan, tolong bawa keluar nasi jap, aku nak pergi solat ni,” ujar Hannah ketika melihat Haiyan yang statik berdiri tidak jauh darinya.
“Okey. Kau pergilah solat apa semua dulu. Yang lain biar aku siapkan.” Laju sahaja Haiyan membuat kerjanya. Hannah pula tidak banyak bicara, terus menuju ke bilik tidurnya.
Sempat mata memandang Haiyan sebelum senyum tipis terukir di bibir. Sebenarnya dia sudah siap memasak awal lagi namun disebabkan Haiyan tidur, dia panaskan balik lauk-pauk yang sudah dimasak itu.
Mahu kejutkan Haiyan tadi, dia tidak sampai hati. Mesti adik kembarnya itu penat setelah seharian membawa kereta. Jauh perjalanan Haiyan, dari Johor terus ke Shah Alam semata-mata untuk menjemput dia.
—TBC—
Do hit the likes button and your comments means a lot.
Bab ini agak bosan, tapi tak apalah, saya yang gedik nak tukar jalan cerita, kan. Ambil masa yang lamalah nak ubah tu.
Saya ada terfikir untuk buat special chapter untuk Qayyim’s, tapi tak tahu nak buat tentang apa. Any suggestion?
YOU ARE READING
𝐋𝐮𝐭𝐡𝐟𝐢'𝐬 𝐁𝐞𝐥𝐨𝐯𝐞𝐝
Romance[on-hold] 2nd Series 𝓛𝓾𝓽𝓱𝓯𝓲 || 𝓗𝓪𝓷𝓷𝓪𝓱 ❝𝔚𝔢 𝔠𝔞𝔫'𝔱 𝔭𝔯𝔢𝔡𝔦𝔠𝔱 𝔱𝔥𝔢 𝔣𝔲𝔱𝔲𝔯𝔢 𝔟𝔲𝔱 ℑ 𝔠𝔞𝔫 𝔰𝔢𝔢 𝔪𝔦𝔫𝔢 𝔴𝔦𝔱𝔥 𝔶𝔬𝔲.❞ Start : 28/12/2023 End :