Hujan lebat membasahi seluruh tubuh Megat dan Ahmad. Mereka bertengkar di hadapan perhentian bas tanpa menghiraukan keadaan sekeliling mereka yang tidak jauh dari pagar utama sekolah."Engkau memang dasar jantan tak berguna! Kau ni dah tak laku sangat ke sampai kekasih aku pun kau nak kebas?" Pekik Megat yang sedari tadi menahan amarah.
"Kau dah kenapa? Sejak bila aku rampas kekasih kau? Megat, kita berkawan dari sekolah rendah. Takkan kau lebih percayakan kekasih engkau daripada aku? Entah-entah, ini angkara dia. Tolonglah, Megat. Jangan hanya kerana kekasih kau, persahabatan kita yang terjalin lama renggang. Aku sayangkan kau." Pujuk Ahmad yang mula menitikkan air matanya.
"Eh, kau tak payah nak berlakon depan aku! Aku tak kisahlah putus kawan dengan kau. Sebab apa kau tahu? Sampah yang busuk hati macam kau ni, bersepah tepi jalan dan aku boleh hidup tanpa kau, Ahmad." Ucap Megat dengan tegas.
Hujan kian lebat. Begitu juga tangisan Ahmad yang semakin kuat. Lututnya jatuh menyembah bumi. Tiada kudrat untuknya bangkit menelan setiap kata-kata yang dilontarkan oleh Megat.
Selepas kejadian yang berlaku di hadapan pagar sekolah, kini Ahmad sering memencilkan diri. Dia sering termenung dan selalu hilang fokus semasa guru mengajar. Dirinya saling tak ubah seperti mayat hidup. Malah, kesihatannya juga semakin merosot dek kerana sering menangis sehingga lewat malam.
"Megat, kenapa aku tengok kau semakin menjarakkan diri daripada Ahmad? Kau ada masalah dengan dia ke?" Soal Farhan sebaik saja Megat melabuhkan punggung di samping dirinya.
"Tak ada apa yang penting sangat pun. Kau tak payah masuk campurlah." Ujar Megat yang seakan rimas dengan soalan yang diajukan kepadanya.
"Aku bukan saja-saja nak masuk campur dalam hubungan kau dengan Ahmad, tapi aku kasihankan dia.
Sebelum ni, kau selalu temankan Ahmad makan semasa rehat. Namun sekarang, setiap kali waktu rehat dia akan duduk dalam kelas. Seorang diri pula tu. Semakin hari muka dia semakin pucat, kau tahu?" Terang Farhan panjang lebar.Mendengarkan kata Farhan, hati Megat mula meronta-ronta untuk bertemu dengan Ahmad. Namun, raut wajah Megat tidak menunjukkan kebimbangannya. Lalu Megat berkata, "Lantaklah apa nak jadi dengan Ahmad. Aku bukan lagi kawan dia untuk ambil berat semua masalah dia." Seraya itu, Megat berlalu pergi meninggalkan Farhan sendirian di bangku itu.
YOU ARE READING
MY ONE AND ONLY
Short StoryApakah ertinya percintaan tanpa persahabatan? Bagaimana hadirnya rasa cinta dalam persahabatan? Ini bukanlah kisah percintaan, tetapi kisah persahabatan yang mementingkan persefahaman hingga menolak rasa sangsi. Want to know more? Add this story to...