Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas 5 Amanah. Semasa Ahmad sedang leka mengemas alat tulisnya, tiba-tiba cikgu Melati mendekati Ahmad lalu menegurnya,
"Ahmad. Awak ada masalah ke? Cikgu perasan yang muka awak semakin hari semakin lesu. Kalau awak sudi, ceritalah masalah kamu dengan cikgu. Mana tahu, cikgu boleh tolong." Soal cikgu Melati prihatin."Emm...saya sihat saja cikgu. Mungkin sebab saya tak cukup tidur, itu yang membuatkan muka saya nampak lesu. Cikgu jangan risau, esokkan cuti. Jadi malam ni saya akan tidur puas-puas sampai saya segar semula." Ujar Ahmad sambil tersenyum nipis.
"Ohh begitu rupanya. Lega hati cikgu sebab cikgu ingatkan awak ada masalah dengan keluarga awak. Tapi, sini cikgu nak pesan sikit. Kalau belajar jangan sampai tak tidur langsung. Nanti boleh menjejaskan kesihatan awak. Bukan apa, kalau awak belajar, memang hasilnya akan terserlah nanti. Tapi, kalau sampai awak jatuh sakit, apa yang awak belajar pun dah tak berguna. Harap awak boleh ambil iktibar daripada nasihat cikgu ni. Cikgu balik dulu." Tutur cikgu Melati sebelum melangkah keluar dari kelas 5 Amanah.
"Pandai juga aku ni menipu cikgu Melati, eh." Monolog Ahmad sendiri sambil tersenyum kelat.
"Medina! Mana duit aku? Jangan cakap kau tak ada duit, eh." Soal Megat apabila sampai di perhentian bas.
"Alamak. Kenapa kesayangan saya ni marah-marah. Nah, ni duit taruhan kita. Awak belanja elok-elok, eh. Jangan boros sangat." Ujar Medina sambil menghulurkan sampul surat yang berisi wang.
"Okey." Balas Megat pendek sebelum menuju ke pondok basikal meninggalkan Medina keseorangan di situ.
"Tak lama lagi mesti hujan ni. Lebih baik kalau aku balik sekarang." Monolog Megat sebelum mula mengayuh basikalnya.
YOU ARE READING
MY ONE AND ONLY
Short StoryApakah ertinya percintaan tanpa persahabatan? Bagaimana hadirnya rasa cinta dalam persahabatan? Ini bukanlah kisah percintaan, tetapi kisah persahabatan yang mementingkan persefahaman hingga menolak rasa sangsi. Want to know more? Add this story to...