Hujan mula turun dengan lebat. Megat pun menambah kelajuan basikal tunggangannya. Ketika sampai di persimpangan jalan, Megat memberhentikan basikalnya secara mengejut kerana terdapat entiti yang sedang baring di atas jalan tersebut. Megat pun turun dari basikalnya lalu mendekati entiti tersebut dan diamati perlahan. Rupa-rupanya entiti tersebut merupakan seorang sahabat yang sering dia rindui. Basikal yang dipimpinnya tadi dilepaskan di tepi jalan lalu dia berlari untuk mendapatkan sahabatnya. Tubuh Ahmad didukungnya lalu berlari menuju ke rumahnya yang tidak jauh dari situ.
Setibanya di rumah, Megat terus mendukung Ahmad ke biliknya lalu membaringkan Ahmad ke atas katil. Kemudian, dia menanggalkan baju Ahmad. Seusai itu, dia mengambil sapu tangan dan mengelap tubuh Ahmad dengan kain yang sudah direndamnya dengan air suam.
Hujan yang lebat pada malam itu seiring dengan jiwa Megat yang meruntun melihat sahabatnya dalam kesakitan. Dia sedar bahawa dia merupakan punca sahabatnya lemah sedemikian. Dia mencapai telefonnya lalu mendail nombor Medina.
"Hai, awak. Rindu saya ke tu?" Ucap Mediana di hujung talian. Namun, senyuman dibibir Medina mula mengendur apabila Megat menuturkan, "Saya pilih Ahmad!"
Kemudian, panggilan tersebut dimatikan tanpa menunggu balasan Medina. Perlahan-lahan Megat menghampiri katilnya lalu mengambil tempat di sebelah Ahmad. Tangan Ahmad yang dingin dicapai dan digenggam erat.
"Aku minta maaf, Ahmad. Aku tahu aku salah dalam membuat keputusan. Aku bodoh Ahmad. Aku bodoh sangat sebab sanggup abaikan kau. Demi menyahut cabaran Medina, aku cari bermacam cara untuk putuskan persahabatan kita. Aku sanggup gadaikan persahabatan kita demi wang ringgit. Aku sayangkan kau. Aku janji, lepas ni aku akan sentiasa ada disamping kau sampai hembusan nafas terakhir aku." Rintih Megat sambil menitiskan air matanya.
Tiba-tiba pinggangnya dipeluk kemas oleh Ahmad. Senyuman nipis dihadiahkan buat Megat. Lantas, Megat membalas pelukan itu. Lama mereka berada dalam posisi tersebut sebelum Ahmad menuturkan bicara, "Aku tak salahkan kau, Megat. Aku tahu kau lelaki yang pantang dicabar. Tapi, aku tak boleh hidup tanpa kau."
"Aku pun sama. Baiklah, macam ni, aku nak bernazar. Mulai hari ni, aku Megat bin Fahmi akan terus berada disisi Ahmad bin Haziq sampai mati." Ucap Megat sambil mengangkat tangannya tanda bersumpah.
"Wau! Dahsyat betul kau ni. Tapi, jangan ungkir janji kau." Pesan Ahmad sebelum melentokkan kepalanya pada dada bidang Megat.
"Aku janji!" Bisik Megat pada telinga Ahmad.
YOU ARE READING
MY ONE AND ONLY
Short StoryApakah ertinya percintaan tanpa persahabatan? Bagaimana hadirnya rasa cinta dalam persahabatan? Ini bukanlah kisah percintaan, tetapi kisah persahabatan yang mementingkan persefahaman hingga menolak rasa sangsi. Want to know more? Add this story to...