Q A Y S |P R O L O G

20 4 0
                                    

Seorang lelaki bertubuh tegap dan Sasa sedang merenung melihat pemandangan diluar officenya sambil mengurut kepalanya perlahan menutup mata.

Kepalanya sedikit kusut apabila mengenangkan beberapa hari yang lalu apabila melihat calon yang bakal menjadi private bodyguard untuk anaknya.

Macam macam ragam dia lihat! Dan ada yang tua untuk menjaga anaknya serta tidak sesuai. Haih macam manalah nak cari yang sesuai supaya anaknya dapat dilindungi?

Seketika dia mengeluh perlahan.

Tok,tok,tok.

Ketukan dipintu membuatkan matanya tercelik.

"Come in." Arah suara garau tersebut. Badannya masih tidak berpaling hanya berdiri mencekak pinggang.

"Tuan, kami dah temui calon baru." Kata seorang lelaki bernama Eshan sambil menghulurkan sampul surat berwarna coklat.

Seorang lelaki yang berpakaian kot ditubuhnya mula memusingkan badannya menghadap pembantu peribadinya. Keningnya diangkat. Jumpa? Dokumen tersebut diambilnya.

"How?" Tanya lelaki itu kepada Eshan.

"Perfect. I think she's the one who can protect your son, Tuan Qays" Jelas Eshan. Matanya tetap merenung susuk tubuh yang berada dihadapannya.

"Pardon? She?" Qays mula berkerut dahi apabila terdengar satu perkataan yang terkeluar daripada mulut Eshan.

"Yes. The girl" Kata Eshan penuh yakin.

Qays mula membuka sampul coklat tersebut. Terlihat butiran mengenai calon baru untuk bodyguard peribadi anaknya,Qeizh.

"Why you so confident?" Tanya Qays tegas.

Masakan tidak? Yang dia berharap adalah lelaki ternyata seorang perempuan. Baginya, kudrat seorang perempuan tidak sekuat kudrat seorang lelaki. Jadi bagaimana perempuan itu hendak melindungi anaknya?

Matanya ralit meneliti butiran itu termasuk gambar seorang perempuan.

Nama : Aries Axel Binti Aryan Wazir
Umur : 24 Tahun
Status : Belum berkahwin/Single
No.Telefon: 011-2537****
......

"Aries Axel?" Bibirnya terjungkit senyuman sinis.

"Saya rasa dia sesuai kerana melihat laporan tersebut dia telah memiliki ciri ciri yang Kita mahukan dan info tambahan dia mahir martial arts dan mahir menggunakan senjata. Bukan tu sahaja,dia pernah memasuki latihan tentera. " Panjang Eshan memberikan keterangan membuatkan Qays tersenyum puas sebelum wajahnya kembali dingin.

"Okay, inform her to meet me at my mansion."

Dingin suara itu memberi arahan. Wajahnya tidak tercalit senyuman.

"Baik Tuan." Eshan menundukkan kepalanya seraya beredar daripada bilik pejabatnya.

Q A Y S | slow updateWhere stories live. Discover now