"Aunty janji eh dengan Qeizh ambil awal harini. Semalam dahlah aunty ambil Qeizh lambat. Hmph!" Qeizh memuncungkan bibirnya kedepan.
Habis Qeizh berpeluh semalam tau aunty!
Aries menggaru kepala yang Tak gatal.
Aduhai..macam mana nak pujuk eh.
"Erm..Qeizh jangan macam ni. Jom Kita gi school nanti Qeizh lambat,teacher marah. Aunty janji,aunty ambil Qeizh awal." Aries menyua jari kelingkingnya kepada Qeizh.
Qeizh yang memeluk tubuhnya mencatumkan jari kelingkingnya dengan jari milik Aries.
"Janji eh aunty!"
"Ya,janji." Aries tersenyum lebar. Alahai comel betullah mata bulat anak majikannya.
"Okay. Jom gi school."
Baru sahaja dia hendak melangkah keluar sambil memimpin tangan kecil Qeizh, teguran daripada belakang membuatkan langkahnya terhenti.
"Naik dengan aku."
"Tapi—" Baru sahaja Aries hendak membantah kata katanya dipintas terlebih dahulu.
"I don't like to repeat it twice." Tuan Qays terus sahaja pergi berlalu tanpa memandang Aries. Tangannya menarik tangan kecil Qiezh.
Eh ehh mamat ni Kang,aku cekik baru tahu. Kau ingat aku hadap sangat ke haa kereta kau tu. Menyampahlah mamat acah smart tu.
Aries menjulingkan matanya sambil berpeluk tubuh.
"Aunty! Cepatlah nanti Qeizh lambat gi school!" Jerit Qeizh memanggil dirinya yang sedang terkulat kulat keluar.
"Ouhh okay okay" Aries dengan gelabah terus kearah kereta Audi milik Tuan Qays.
Baik masuk cepat sebelum kena tinggal.
Beberapa minit didalam kereta Tuan Qays dia terasa bosan. Haihlah.. apa malang nasib pagi pagi macam ni kena duduk berdua dekat belakang eh tak bertiga termasuk Tuan Qiezh ditengah.
Aries menjeling sedikit memandang kesebelahnya. Dilihat Tuan Qays yang sedang sibuk menaip sesuatu pada Ipad miliknya. Tidak dinafikan Tuan Qays memiliki rupa Paras yang menawan yang mampu memikat hati mana mana perempuan. Aries terpaku seketika.
"Am I too handsome?" Tanya Tuan Qays memandang tajam kearah Aries. Bibirnya tersenyum sinis.
Kantoi!
"Ehh,tak tak. Saya-saya cuma tengok sahaja Tuan buat apa. " Tersengih Aries apabila dapat pandangan tajam daripada Tuannya.
Qeizh yang memandang daddynya dengan aunty Ries dipandang secara bergilir-gilir. Ada apa-apa ke daddy dengan aunty ni..cam fishy fishy je.
Aries menundukkan kepala memandang Qeizh pula. Kening diangkat tanda apa?
Qeizh hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum manis sehingga menampakkan gigi.
"Nothing. Aunty look pretty today." Puji Qeizh. Aries pula sudah membahang. Aihlah budak. Aku culik kau Kang. Tuan Qays yang mendengar perbualan mereka hanya buat-buat tak dengar.
"Eshan"
"Ya Tuan?" Sahut Eshan yang berada dibahagian pemandu.
"Ada apa-apa meeting penting lepas ni?" Tanya Qays kembali memandang Ipad ditangannya.
"Ada Tuan. Hari ini, meeting dengan Tuan Marcus sahaja." Balas Eshan sambil fokus memandu.
"Noted" Balas Tuan Qays sepatah.
Kereta yang dipandu berhenti tepat dihadapan Tadika. Qeizh pula sudah tersenyum daripada dalam kereta apabila melihat kawan kawannya sedang berada diluar hendak masuk Tadika.
YOU ARE READING
Q A Y S | slow update
ActionTuan Qays Hazriq X Aries Axel Tuan Qays Hazriq Tuan Qays? Siapa sahaja tidak kenal. Nama yang sering menjadi sebutan terutamanya dalam bidang perniagaan dan pelaburan. Merupakan CEO bagi Q.M Holding. Seorang yang dingin,cekap dan professional. Namun...