Q A Y S | 4

18 3 0
                                    

Assalamualaikum." Aries memberi salam kepada Tuan rumah.

Aries melihat sekeliling rumah mewah yang cantik didepannya.

"Hmm besar jugak rumah Tuan Qays ni."
Tersentak Aries apabila ada yang menjawab salamnya.

"Waalaikumussalam" Jawab Mak Mah sambil tergesa gesa melangkah kearah Pagar besar rumah mewah itu.

Mak Mah terus membuka Pagar mewah tu dengan remote control lalu pergi kearah Aries yang sedang berdiri bersama beg luggage ditepinya.

"Ni,cik Aries ya?" Tanya mak mah mesra sambil tersenyum.

Aries yang melihat mak mah tersenyum. Haihlah rindu pulak arwah mak ayah dia.

"Ya Saya."

"Meh meh masuk. Aries boleh panggil mak mah. Tuan Qays dah bagitau mak mah awal awal yang cik Aries nanti datang Dan menetap kat sini beberapa bulan." Bagitau mak mah. Terus diambil beg bagasi Aries untuk dibawa masuk.

"Mak Mah janganlah panggil cik. Panggil je ries. Beg bagasi ni biarlah Saya bawak,kesian mak mah." Kata Aries segan.

"Sedap nama. Ehh takpelah. Mak Mah boleh je bawa. Meh mak mah bawak Aries pergi tengok bilik. Ditarik tangan Aries lembut menuju ke bilik kosong yang berada di tingkat bawah berdekatan dengan tandas.

"Nah,ni bilik Aries. Okay? Bilik mak mah dekat depan bilik Aries ni je. Kalau nak apa apa boleh Tanya mak mah. Ni,mak mah nak pergi kedapur ni. Nak kemas apa yang patut.

"Mak Mah. Nak tanya sikit boleh? Tuan Qays pergi mana? Tak nampak pun. Tuan Qiezh pula?" Baru hendak pergi, mak mah berhenti dan memusingkan kepala memandang Aries.

"Ouh,Tuan Qays pergi kerja. Qeizh pula tengah keluar dengan Ian dengan Luth."

"Ian dengan Luth? Siapa pulak tu mak mah?" Tanya Aries.

"Tu anak buah Tuan Qays. Diorang lah jaga Tuan Qiezh selama ni."

Aries pelik. Ada anak buah ramai tapi kenapa still nak cari bodyguard peribadi yang boleh tengokkan anak dia kan? Padahal dah ramai yang boleh protect.

"Kenapa Tuan Qays nak cari bodyguard baru untuk tengokkan Tuan Qiezh,padahal dah ramai yang boleh jaga?" Suara Aries seakan akan berbisik. Tidak mahu didengari oleh sesiapa selain dia dan mak mah.

"Ouhh sebab anak buah dia ada yang dah berbini. Susah nak jaga sebab kadang ada shift jugak diorang kena jaga Qays. Tapi kebanyakannya dah kahwin. Lagipun kalau Yang tak kahwin lagi pun ada kerja kat company Tuan Qays yang diorang kena tolong. Jadi Tuan Qays nak cari yang belum berkahwin lagi plus yang ada kemahiran pertahanan diri. Dengar dengarlah."

Aries pun macam ouh kan sahaja. Tak tahu nak bagi reaction apa. Dasar hati batu.

"Ada apa apa lagi ke,ries nak tanya ni?" Mak Mah memandang perempuan didepannya. Cantik sungguh. Dengan mata yang nampak garang,hidung mancung.

"Errmm Mak mah kerja apa sebenarnya?" Tanya Aries lagi. Dia tersengih. Sajalah ajak borak sekejap. Sebenarnya dia Tak pandai sangat nak borak borak orang tua ni.

"Mak mah orang gaji kat sini.. tolong masak,kemas rumah apa semua." Balas Mak Mah.

"Ouh okaylah mak mah,Aries masuk bilik sekejap." Aries tundukkan kepala sebelum masuk biliknya.

"Yalah"

Aries melihat sekeliling bilik.

Woah,boleh tahan besar jugak bilik bawah ni. Kalah bilik aku kat rumah. Dia terus merebahkan badannya.

Tiba tiba dia mendengar bunyi notification daripada telefonnya.

Faiq🙄 : Aries,kau kena baca apa yang aku dapat.

Q A Y S | slow updateWhere stories live. Discover now