BAB 4

95 45 6
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.

- 18 Tahun Kemudian -

Nurina kini berusia 26 tahun. Semasa umurnya meningkat dewasa, kadangkala Nurina berpikir bagaimana pegawai polis menyelesaikan masalah penjenayah? Siapa yang melakukan jenayah dan mengapa hati mereka terdetik untuk melakukan jenayah? Nurina turut mempersoal dan tertanya-tanya bagaimana mereka melakukan perkara itu. Kenapa mereka memilih untuk menjadi penjenayah?

Hal ini terjadi dan ianya mula menanam sifat keinginan dalam diri Nurina untuk menjadi seorang detektif bagi menangkap orang jahat. Ya, bagi Nurina menjadi seorang detektif memerlukan kesabaran yang luar biasa kerana ia akan melalui banyak kesukaran dalam penyiasatan. Namun, Nurina tetap berkeyakinan tinggi untuk menjadi penyiasat jenayah yang profesional untuk mengumpul maklumat dan bukti.

.
.
.

Jam menunjukkan pukul 10 pagi, Nurina terlelap di atas meja di bilik rehat selepas kumpulannya habis bermesyuarat 1 jam yang lalu. Hari demi hari kes berterusan tanpa henti sehingga Nurina tidak mendapat tidur yang mencukupi bagi menyelesaikan kes-kes tersebut. Nampaknya Nurina bekerja keras dalam melaksanakan tugas yang diberikan.

"Oii Nurina, bangunlah. Kau ni dah berapa hari dah macam ni." arah Airin yang merupakan rakan sekumpulannya sambil menepuk-nepuk belakang Nurina untuk mengejutnya.

"Erm... japlah 5 minit lagi." rengek Nurina seperti dirinya masih budak lalu dia menyambung balik tidur.

"Eh ehh, mengadanya kau ni. Ingat kau tu dah besar. Dah jadi anak dara tau."

"Ey, kau bangun sekarang, ketua kalau nampak kau selalu macam ni, ngamok dia kang." ujar Airin yang risau akan Nurina lalu mencubit telinga Nurina dengan perlahan.

"Arh sakitlah, eish kau ni kacaulah. Aku baru nak jumpa jejaka hensem tadi." ujar Nurina yang dibuai mimpi terjumpa lelaki kacak sebentar tadi.

"Banyaklah kau punya jejaka." kata Airin menyampah.

.
.
.

15 minit kemudian, ahli pasukan Nurina diarahkan berkumpul oleh Kapten Syakir.

"Okey semua, kita ada kes baru iaitu kes scammer lagi. Kamu semua tahu jenayah penipuan semakin berleluasa di negara kita ni. Ramai mangsa ditipu melalui panggilan telefon atau media sosial. Jadi, saya nak kamu semua siasat kes ini secara senyap-senyap." ucap Kapten Syakir yang merupakan ketua pasukan Nurina.

"Aduh kes scammer lagi. Mangsa-mangsa ni pun satu yang pergi percaya pastu bagi maklumat peribadi kat orang tak kenal tu apehal? Haih." rungut Nurina sendiri dengan nada yang perlahan.

Me With You, Love [OG]Where stories live. Discover now