BAB 9

78 32 2
                                    

15 minit kemudian, Nurina telah tiba di rumahnya. Buat masa ini, dia hanya mahu berehat sahaja. Setelah Nurina meletakkan kenderaannya, dia melangkah keluar dari kereta lalu menguncinya. Ketika Nurina ingin melangkah masuk ke dalam rumah, dia terdengar suatu bunyi seperti tapak kasut tumit tinggi yang sedang menghampirinya.

Belum sempat Nurina ingin menoleh, seorang perempuan dengan pantas menarik lengan Nurina dengan kuat sehingga badannya terpusing menghadapnya.

"Oh mak-" sejujurnya, Nurina hampir mengeluarkan kata-kata kesat akibat terkejut.

"Hei, perempuan! Kau ni sape? Apa hubungan kau dengan Reezfan?!" sergah Sufi secara mengejut dengan riak wajahnya yang marah dan geram.

Nurina mula berkerut apabila melihat seorang perempuan yang tidak dikenalinya tiba-tiba sahaja menerjahnya dari belakang. Dah kenapa minah ni?

"Hah, menda kau ni? Orait tak?" tanya Nurina sekilas melihatnya.

"I'm Sufi. You kenal Reezfan, right? Lelaki yang you baru je jumpa kat cafe tadi. You ada hati kat dia ke siap bagi hadiah lagi." tingkah Sufi memandang tepat ke dalam mata Nurina.

Nurina cuba untuk memahami situasi tersebut. Kemudian, Nurina berasa geram terhadap sikap perempuan itu yang agak biadap dengannya terus dia meleraikan tangan Sufi dengan kuat. Sufi agak terkejut dengan kelakuannya itu.

"Jap, kau sapa ni? Main terjah orang macam tu je, takda adab eh?" sindir Nurina.

Kemudian, Nurina tidak sengaja memandangnya pakaiannya seperti tidak cukup kain. Dengan memakai t-shirt biasa yang menjolok mata bersama skirt yang separas peha. Astagfirullahaladzim.

'Minah ni baru lepas main tenis ke? Tapi pakai kasut tumit tinggi merah menyala bukan main hah. Hm, tak kena tak kena.' bisik hati Nurina. Fuh menyala kakakkuh!

Nurina ingin bertanya mengenainya, "Erm, kenapa pakaian kau-" Nurina tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana sufi dengan pantas memotongnya terlebih dahulu.

"Oi, perempuan! Kau jangan nak tukar topik boleh tak?!" bentak Sufi yang mula panas hati.

"Ee... kesianlah aku tengok kau ni yang terhegeh-hegeh dekat tunang aku." kata Sufi selamba dia saja. Nurina mula berkerut. Tunang? Siapa?

"Boleh tak kau jangan nak kacau Reezfan lagi? Eh, aku pun tak fahamlah macam mana dia boleh bercakap dengan orang macam kau ni. Orang macam kau ni low standard! Don't you know that?"

"By the way, ini ke rumah you? Er, disgusting! Of course dia takkan nak punya. So you, tak payah lah berangan nak orang macam dia!" lenting Sufi sambil menuding jari ke arah rumah Nurina. Sebelah kening Nurina terjongket naik apabila mendengarnya.

'Harini baru je hampir kena lenyek, ni pulak kena hina. Eh, pebenda ni? ' bisik hati Nurina yang tidak dapat mengeluarkan sebarang perkataan dari mulutnya.

"Well, you mesti tertanya-tanya siapa sebenarnya I kan?" Nurina berkerut.

'Ee tak kuasa aku nak tanya siapa kau. Perasan gila perempuan ni.' bisik hati Nurina di dalam hatinya.

"Yes, I'm his fiance! Excuse me, boleh tak jangan nak kacau hubungan kita orang yang baru nak terbina ni!" herdik Sufi lagi.

"Tunang?" Nurina hanya tergamam sahaja apabila memikirkannya kembali.

"Yes, tunang! I harap you fahamlah ye. I gerak dulu, okay." Perkataan 'tunang' sengaja ditekankan. Sufi tersenyum sinis lalu memberikan jelingan tajam kepada Nurina sebelum melangkah pergi.

Me With You, Love [OG]Where stories live. Discover now