Di pejabat, Reezfan sedang menyemak semula karakter yang berada pada sebuah permainan di dalam komputernya. Namun begitu, situasi yang berlaku berdekatan dengan balai polis sebentar tadi asyik terngiang-ngiang di kepalanya.
.
- Flashback -
Semasa Nurina melihat Reezfan yang sedang memandang tajam ke arahnya, Nurina terus menundukkan kepalanya sedikit.
"Hah kalau macam tu, nanti belanja aku kopi paling mahal." Nurina tidak membantah sebalik memberikan senyuman.
"Erm, saya ada hallah kat dalam. Kita sambung nanti. Er sorry pasal tadi, okey bye!" kata Nurina dengan gelabah lalu berjalan laju meninggalkan Reezfan. Reezfan sekadar berkerut memandangnya.
"Nak mengelaklah tu," rungut Reezfan dengan mengatakannya secara perlahan sambil melihat Nurina yang sedang berlalu pergi.- End Flashback -
.
Reezfan mula tersengih seorang diri di pejabatnya. Lantas, telefon bimbitnya berbunyi tanda mendapat mesej daripada ayahnya yang membuatkan senyuman yang diukir diwajahnya sebentar tadi terus bertukar masam. Kacau mood betul. Tak syak lagi ini mesti pasal syarikat kata hatinya. Reezfan menjeling ke arah telefonnya.
'Ayah nak kamu bekerja dengan ayah, di syarikat ayah sendiri! Kalau kamu masih berdegil, jangan harap kamu boleh jejak kaki kat rumah ayah lagi. Kamu duduklah kat rumah kamu tu sampai bila-bila.' mesej daripada Encik Fadri, ayah Reezfan.
Reezfan hanya membacanya dari notifikasi sahaja tanpa membukanya. Hairan, syaitan manalah yang merasuk badan ayahnya untuk bertindak demikian. Kemudian, dia merenung pada telefonnya dengan lama. Namun, lamunannya hilang sebaik sahaja dia terdengar bunyi ketukan pintu pejabatnya dari luar.
Tok tok tok
Pintu dibuka dan Azrul yang merupakan setiausahanya itu terus mengambil langkahnya lalu dia menyerahkan sehelai kertas. Reezfan mencapainya lalu mengangguk apabila dia sekilas melihatnya lalu meletakkannya di tepi. Kemudian, dia menyambung semula kerjanya di dalam komputer.
Azrul menundukkan kepalanya tanda memberi penghormatan lalu beredar dari pejabat. Setelah Azrul melangkah keluar dan pintu telahpun ditutup rapat, Reezfan segera mengambil helaian kertas itu semula dan melihatnya dengan teliti. Ianya merupakan borang maklumat peribadi seseorang dan Reezfan hanya sempat melihat umurnya iaitu 26 tahun. Muda daripadanya.
Sementara itu, Reezfan teringat sesuatu perkara. Dia mahu memulangkan semula sut tersebut. Tanpa berlengah dia terus memasukkan helaian kertas itu ke dalam laci mejanya sebelum melangkah keluar dari pejabat dan menuju ke tingkat bawah tanah iaitu tempat letak kenderaan.
.
.
.Nurina melangkah masuk ke dalam balai untuk menyaksikan sesi soal siasat terhadap lelaki yang menceroboh ke halaman rumahnya semalam. Pintu dibuka dan Nurina melangkah masuk ke dalam bilik.
"Apa kamu buat dekat rumah orang lain malam-malam macam tu?" soal Kapten Syakir. Komputer riba berada di hadapannya dan jari-jemari Kapten Syakir berhenti menaip apabila 3 soalan yang ditanya hanya dibalas dengan senyuman nipis sahaja.
Berdasarkan rekodnya, dia tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah pun sebelum ni kecuali mencuri makanan di kedai serbaneka.
"Apa nama dia?" tanya Nurina.
YOU ARE READING
Me With You, Love [OG]
Romance𝟏𝐬𝐭 𝐰𝐨𝐫𝐤 - 𝐂𝐫𝐢𝐦𝐞 | 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 Seorang gadis bernama Nurina yang terpisah dengan ahli keluarganya sendiri sejak dia masih kecil. Ketika Nurina masih lagi kecil, dia berasa selesa berada di sisi Reezfan sehinggalah mereka berdua terpis...