Bab 1

99 2 3
                                    

Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 2:30 petang .

"Aishh mana kak firah ni dia kata pukul dua dia datang ni dah pukul 2:30 ni dah tiga puluh minit aku tunggu ni"

Desis aku , yang sedang menunggu kakak aku datang .

"Huh penatlah aku duduk kat kerusi kebas aku punya punggung ni , baik aku pergi tandas sekejap sambil tunggu kak firah datang "

Aku terus bangun dari tempat duduk itu dan terus berjalan untuk pergi ke tandas sambil memegang telefon bimbit ditangan .

Masa aku tengah berjalan untuk pergi ke tandas , Seseorang lelaki telah melanggar bahu aku sampai telefon bimbit aku jatuh .

"Auch ! Kau ni jalan boleh elok sikit tak ?! Jalan pakai mata lah oii tak akan tak ada mata " Tegur Lelaki yang bermata hazel sedang mengatakan aku yang berada dihadapannya .

"Eh cik bang oi , mulut jaga sikit eh ? Awak yang tak ada mata sekarang ni , tengok ni phone saya dah rosak dah . Saya nak awak ganti balik phone saya tu"

Balas aku dengan nada suara yang masih bersabar dalam hal ini , sambil mengambil telefon bimbit yang terjatuh di atas lantai .

Huaaaa rasa nak nangis bila phone aku ni tak hidup - hidup pun  , adushhh salah mamat depan mata aku lah ni muka dah tahan handsome mata dia berwarna hazel tapi tak ada adab . Hanan Khadeeja bercakap di dalam hati dengan rasa mahu menumbuk muka lelaki tampan ini .

Apa aku tengok muka lelaki tu macam tak puas hati pandang aku . Jealous lah tu sebab aku ni kan lawa ?

Lelaki itu mengalihkan pandangannya daripada muka aku dan berjalan seperti biasa dengan muka tidak bersalah atas hal itu .

"Oi gorilla! " suara aku yang kuat sedang memanggil orang yang tengah berjalan di hadapan aku

Dia ni memang tak ada adab ke ? Dahlah langgar orang tak reti mintak maaf , pastu jalan macam tu je dengan muka tak bersalah langsung sampai phone aku pun cium lantai tu .

"Kau ni pekak ke ?! Phone aku jatuh ni , aku nak kau ganti !"

Dengan Jeritan aku tadi membuatkan lelaki itu berhenti untuk berjalan dan terus mengalihkan pandangannya kepada aku . Nampaknya aku memang tak tahan .

"Alah baiki jela phone tu , aku tak sengaja "

Balas lelaki itu tadi dengan muka tidak bersalah atas kesalahan tadi . Lalu dia terus mengalih pandangannya kepada aku dan berjalan ke hadapan dengan memikirkan itu hanya hal kecik sahaja .

"Kau sabar . One day you'll pay for this!"

Jerit aku kepada Lelaki itu , sehingga orang yang berada di sekeliling kami memandang kitorang berdua.

Lalu aku terus gerakkan kaki aku ke tempat duduk aku tadi dengan perasaan yang mahu menangis . Mungkin akak firah dah tunggu aku kot...

                           ..............

Aku melihat akak firah sudah menunggu aku di tempat yang aku duduk tadi .

"Sorry kak firah , tadi saya pergi tandas. Maaflah kalau akak dah tunggu lama " Teguran aku kepada Kak firah .

Inilah Kakak sulung aku nama penuh dia Hafirah Deejah unik sikit kan ? Asal Kelantan pulak tu . Semua orang panggil dia firah nicknamelah kan orang kata ?

"Bakpe mu lamo sangat ni nan mu gi jambe ko mu gi dating ? "
(kenapa kau lambat sangat ni nan kau pergi mana tandas ke kau pergi dating?)

Soalan dengan loghat kelantan dia tu membuat hanan nak tergelak untuk seketika .

"Mano ado , ore gi jambe ah nok membue jah ,  gapo pulok ore nok dating  ore ni singleforever tau "
(Mana ada aku nak pergi tandas ah nak membuang je , apa pulak aku nak dating aku ni singleforever tau)

Jawab aku dengan loghat kelantan .

"Dahlah kak mari kito beli makene , ore punyo perut bunyi doh ni "
(Dahlah kak mari kita beli makanan , aku punya perut bunyi dah ni)

Ajakkan aku kepada kak firah.

"iyolaaa" jawab kak firah .

Lalu aku dan kakak aku pun pergi ke MarryBrone untuk membeli makanan .


Kahwin Kontrak Where stories live. Discover now