Bab 5

52 1 0
                                    

Dengan perkataan ya . Betul apa yang akak aku cakap . 'Lama-lama dia masuklah minang kau hanan ' Dan beberapa minggu kemudian , Arsyad masuk minang aku . Cuma aku tak faham apa motif Arsyad nak masuk minang aku ? Oh tidak..... Aku akan jadi isteri orang dah ? Isteri dari company gempak wey !  suami aku dah lah CEO.

Pintu bilik diketuk banyak kali tapi aku tak menyahut langsung dari panggilan ibu , ayah dan kakak. Dah beberapa hari dah aku perangai macam tu . Duk kurung dalam bilik.

"Tok...tok...tok"
"Tok...tok...tok"
"Hanan Khadeeja kau bukak pintu ni sekarang "

Suara garau yang tiba-tiba muncul. Aku rasa aku kenallah pemilik suara tu....Tapi siapa eh ? Tak mungkinlah.....

"Ni aku Arsyad , aku nak bagi sesuatu kat kau . Bukak pintu bilik ni sekarang "

Yes ! Betul tekaan aku itu Arsyad ! Entah mengapa aku rasa gembira apabila dia berada disini.

Cepat-cepat aku sarungkan tudung sarung aku .Dan membuka pintu bilik dengan penuh rasa kesyukuran apabila Arsyad datang . Aku melihat yang Arsyad berada di ruang tamu dengan baju melayunya yang berwarna dark blue sambil memandang aku dengan perasaan kosong. Apa kebenda jantan ni ? Pakai baju melayu ni nak buat apa ? Nak beraya ke ?

"Kenapa? Nak bagi aku apa ? "

Kasar betul aku cakap. Hehe.Kasar-kasar pun aku sayang.

"Nah , aku nak kau pakai benda ni kat jari kau selama beberapa bulan dalam 2 bulan macam tu ? Aku nak kau pakai sampai kita akad nikah nanti "

Cakap Arsyad sambil menghulurkan sekotak cincin kepada aku.

Wait , what ? Ma...maksudnya aku bertunang ? No it can't be.....it can't be !

"Cepatlah ambik , kau nak ke tak nak ?"

Kasarnya Arsyad macam mana lah dia boleh jadi suami aku  nanti ? Apa lah perasaan aku nanti bila dah habis akad nikah . Anyways Ayah dengan Ibu tak marah pun kalau Arsyad bertingkah laku macam tu . Tak tegur ke bakal anak menantu dia nanti ? Ughh... Sudah lah...

"Eh nak-nak "

Aku menganggukkan kepala , sebelum ambik kotak cincin ni dan sarung di jari jemari aku .

Lawa.

"Beautiful"

Hanya sembilan huruf satu perkataan sahaja , yang baru sahaja Arsyad sebut . Sudah membuatkan aku cair seketika .

" Sudah lah . Sampai disini sahaja ya kita berbual ? Terima kasih ibu ayah terima saya sebagai tunang Hanan "

Oh no... Perkataan last tu kedengaran happy aje ?

"Ohh , kitorang terima aje sapa-sapa yang nak masuk minang Hanan . Free aje . Sama-sama jugaklah dah buat Hanan keluar dari bilik dia , dah 3 hari dia tak keluar dari bilik sebab kau masuk minang dia . Pastu bila kau datang boleh aje kau keluar Hanan ? "

Mak ayah aku ni jual anak dia ke selamani ? Mujur lah ada orang dah jadi tunang aku daripada mamat bangla masuk minang aku . Habisla aku dengan tamil nanti .

"Sebab Arsyad itu kan tetamu . Jadi Hanan kena keluarlah dari bilik untuk sambut kedatangan tetamu" Jawab aku .

"Iya ke ? Sampai tetamu pun kena ketuk pintu bilik owner dia ? "

Mereka semua gelak tertawa , aku pulak dengan tahan malunya sampai bahang pipi aku.

"Dah lah saya kena balik awal ni . Sebab ada meeting malam ni . Terima kasih untuk hari ini , byebye comel "

Perkataan yang last dia sebut sebelum dia keluar dari rumah ini .Dia pandang aku lepastu dia wink dekat aku ... Mak aiii manih leting dia buat wink kat kito .

                          .....................

Bila dah beberapa bulan berlalu . Majlis akad nikah aku pun bermula.

"Aku terima nikahnya Hanan Khadeeja binti Hazeem Mikail dengan mas kahwin sebanyak 10,000 ringgit tunai "

Terkejut aku bila dengar mas kahwinnya . Tapi apabila aku dengar suara yang akan jadi suami aku itu .... Sungguh . Aku dengar dia sebut macam tiada berperasaan . Dingin .

Aku tengok semua orang gembira melihat aku sudah berkahwin dan jadi bini orang . Bini CEO company Arsyad Holdings wey ! Gila lah !

Tapi yang aku ni nak bagi senyuman palsu atau senyuman yang benar ? Aku sungguh tidak tahu nak bagi reaksi apa . Senyum ? Marah atau Sedih ?

Selepas majlis sudah selesai .
Tiba-tiba sahaja tangan aku ditarik oleh suami aku sendiri . Ya suami aku Tengku Arsyad bin Tengku Al-Raysd. Dia genggam tangan aku dan heret aku masuk ke keretanya Proton X50 .

"Awak nak buat apa ni ? "

Sebaik sahaja kami sudah memasuki kereta itu . Aku terus menanyakan dia soalan dan berpaling wajah kepada mukanya Handsome.Segak.Dingin. Tapi aku tidak tahu yang dia mencintakan aku atau tidak.

"Pergi hotel " Ringkas jawapannya .

Aku terdiam untuk seketika . Tiba-tiba....

"Kau ni macam patung aku tengok . Duduk macam patung .Tapi sayang , tak selawa patung."

Amboii ... Ni puji aku ke mengutuk aku ? Sedap-sedap kata aku macam patung ni apa hal ?

"Eh lepasni kau tanda tangan terus eh yang surat aku bagi nanti bila sampai dekat hotel " Surat ? Surat apa ?

"Eh aku lupa nak bagitahu kau Arsyad , yang kau ni ada..." Tak sempat aku nak sambungkan ayat dia pergi potong

"Kita bincang dalam bilik nanti "

Personal betul cara dia cakap . Tapi menggoda sikit lah , bagi aku ?

Sesampai sahaja di hotel dia masih menggengam tangan aku dengan kuat sampai rasa nak putus tangan aku ni . Arsyad dia tak check in dia terus naik lift pergi ketingkat 10...

Ting.....

Ting.....

Ting.....

Dah tiga orang keluar dari lift . Dan tinggal kami berdua sahaja di dalam dengan suasana yang agak tegang.

Ting....

Arsyad masih menggengam tangan aku lagi . Tapi cari dia genggam macam suruh aku ni mati awal dulu . Dia jalan pun macam nak bunuh aku . Gila laki ni.

"Nah kau tanda tangan kat surat ni "

Arsyad menghulurkan surat yang di tangannya untuk aku sign surat tu. Apakah itu ?

Aku membuka surat yang Arsyad memberi kepada aku. Satu persatu aku baca . Semua tak masuk akal !

Surat kahwin kontrak
Syarat-syarat :

1. Jangan suruh saya jatuh cinta kepada awak

2. Saya dah ada gf nama dia fatin , dan awak jangan sesekali usik dia

3.Awak kena tidur atas sofa dan saya tidur di atas katil , tidur kena berangsingan

4. Bila dekat rumah saya nanti , awak tidak dibenarkan untuk sentuh barang saya dan terutamanya dibilik saya , awak dilarang untuk menjejaki bilik saya.

Tanda tangan kat sini.

Macam budak-budak punya surat aku baca ni . Tu nombor 3 tu kenapa suruh aku pulak yang tidur atas sofa . Kau tau tak tidur atas sofa sakit belakang aku wey !

"What the hell is this ? " Tak masuk akal langsung yang dia kasi .




Sorry kalau ada typo 🙏🏻

Kahwin Kontrak Where stories live. Discover now