Bab 9

70 1 0
                                    

Terkedu aku bila Arsyad buat tingkah laku macam tu.

"Kau ni kenapa ? Tak ada selera lah aku nak makan"

Dah lah buat aksi macam tu . Rasa jijik tau tak ? Ni bukan sweet-sweet dah .

"Kalau tak ada selera nak makan . Meh sini kasi makanan kau dekat aku . Nampak sedap"

Eitss... Senang hati nak ambil makanan aku macam itu aje . Helo. You punya makanan belum sampai lagi eh ? Jangan nak usik makanan aku .

Hanan tampar tangan Arsyad yang sedang mengambil pinggan makanan dia.

"Auch... Sakitlah " Sebaik sahaja Arsyad mengadu kesakitannya , makanan dia pun sudah sampai.

"Ha... Itulah akibatnya curi makanan orang sesuka hati tanpa minta izin " Aku menjeling Arsyad.

"Aku dah minta izin dah . Kau je yang kedekut tak nak kongsi makanan dengan suami kau "

Kesah apa aku , kau minta izin ke tak minta izin ke . Tetap tak boleh.

"Selek lah kau ni sayang . Itupun nak jeling aku . Mujur kau comel "

Sanggup bini aku ni jeling-jeling aku . Mujur kau comel kalau tidak aku dah balas balik jelingan kau tadi.

"Who's care ? "

Sunyi seketika . Kami melayan makanan yang berada di hadapan kami .

"Lepas ni aku nak pergi kedai baju boleh tak sayang ? I don't have any clothes"

Upps... Aku tersebut ayat sayang pulak . Habis lah aku . Senyum miang nanti dia kasi aku .

"Tak payah pergi kedai baju lah . Pakai aje baju aku kat almari hotel tu . Baru seksi sayang"

Senyuman miang dia kasi kat aku. Mula dah perangai miang dia tu. Ugh...

"Gatal. Eh aku nak pergi ZARA tau . Kau belanja , kau kan suami kesayangan aku"

Ugh... Sejak bila ada muncul perkataan kesayangan tu. Biar lah janji dia belanja aku.

"Okey mia tesoro "

.....

Kita orang pun pergi ke kedai ZARA tu.

"Kau rasa mana yang sesuai untuk aku pakai ? This or this "

Aku menunjuk pakaian yang aku nak beli , tapi dua-dua cantik. Aku tak tahu nak memilih mana satu.

"Tak sangka. Aku ingat kau tak suruh aku memilih . Rupanya kau sama aje macam Fatin "

Eh mamat ni , aku piat telinga dia baru tahu . Aku pun perempuan yang memberi cadangan kepada lelaki jugak . Sakit hati pulak aku bila dia sama kan aku dengan Fatin .

"Terasa ke ? Sorry lah... Aku sengaja je usik kau "

Alolo... Comel aje dia merajuk. Tak sangka. Kau pun pandai merajuk eh ?

"Sejak bila aku terasa ? Aku okey je. Apa lah kau-"

Tak sempat aku nak sambung ayat aku ada bunyi hentakkan kaki yang sedang berjalan ke sini.

Dupdap...
Dupdap...

Kuat hentakkan tu. Dah lah pakai heels tak malu ke orang tengok ? Pakaian pun pakaian seksi. Kau nak goda sapa minah ?

"Baby !"

Laungan wanita itu kepada Arsyad . Semua orang tertumpu kepada dia. Wanita itu berjalan ke arah kami.

Wanita itu semakin lama mendekati kami. Dengan hentakkan kaki yang sangat kuat.

Hanan mengerutkan kening dia. Apa benda minah ni ? Terhentak-hentak kau ingat ni kedai mak bapak kau ke nak robohkan ?

"Baby ! You dengan siapa sekarang ni ? Bagitahu I ! Siapa penyondol ni ?"

Hanan mengerut kening dia sekali lagi. Dia ni tanya suami aku ke ? Terus aku memandang muka Arsyad. Tidak menunjukkan reaksi-reaksi yang pelik dekat Arsyad. Habistu minah ni ex dia dulu ke ? Atau skandal ? Mungkin?

"Siapa penyondol ? Saya ke ? Saya ni wife dia. Awak yang penyondol sekarang ni"

Aku sedang meludahkan fakta yang wanita dihadapan aku ini. Penyondol.

"Betul kan sayang ?"

Tiba-tiba sahaja aku memetik nama Arsyad. Dengan memandang muka dia dengan penuh kecurigaan. Aku rasa dia mesti sedang sembunyikan sesuatu ini. Ada yang tak kena sekarang ini.

"Haah" Arsyad terus menarik tangan aku dan beredar dari tempat itu.

Dan aku melihat wanita itu menangis sambil terduduk disitu. Semua orang di sana melihat aksi kelakuan perempuan itu seperti orang gila.

"Itu skandal kau ke Arsyad ?" Soal aku sambil dia menggengam tangan aku.

"No. Itu lah Fatin yang pernah aku cakap"

Bila nama Fatin disebut. Aku berasa kecewa sementara.

"Relax sayang... Don't be jealous. Aku dengan dia pun dah nak break"

Arsyad memandang aku dan memberi senyuman manis. Aku sebut macam ni nak sedapkan hati Hanan aje. Tapi memang betul aku dengan dia pun dah nak break.

"Kenapa tak break sekarang aje ? Kan senang ?"

Suara aku seakan-akan tengah marah kepada Arsyad. Bini siapa aje tak marah yang suami dia masih ada hubungan dengan seseorang.

"Aku tak boleh straight forward sangat nanti ada pulak yang jadi masalah besar" Balas Arsyad.

Betul jugak apa yang dia katakan itu. Kalau straight forward sangat nanti jadi masalah besar.

"Okay ,whatever it's"

Aku memandang dia lalu dengan pantasnya aku memberi satu kucupan dipipinya. Merah-kemerahan muka Arsyad. Tengok... Ni baru isteri mithali..






Maap kalau typo atau bab ini samar² 🙏🏻🥰

Kahwin Kontrak Where stories live. Discover now