Bab 27

37 2 0
                                    

LUTH masih lagi menatap isterinya yang tidak menyedarkan diri dari koma. Luth takut akan kehilangan isterinya. Dia mengapai tangan isterinya yang terasa sejuk.

"Sayang, cepat bangun. Abang risau" bisik luth ditelinga isterinya. Tiba tiba dia terdengar pintu wad dibuka oleh seseorang. Luth toleh ke arah manusia itu.

"Eh sorry tak tahu pula noa disini" kata orang itu. Mukanya terlihat mirip naura sudah tentulah naira orangnya.

"Tak apa aku lawat Avia sekejap je" naira mengangguk sebelum menarik kerusi berniat untuk duduk diatas kerusi kerana luth tidak menggunakannya.

Tetapi luth menghalang. "Kau nak buat apa?"

Naira memandangnya pelik. "Dah ambik kerusi takkan nak berjoget atas dia pulak? Mestilah nak duduk. Lagipun awak tak guna kerusi ni"

Luth membuang muka lalu meraup wajahnya dengan kesal. "Saya tak suka awak dekat dengan isteri saya"

Naira lagi lagi bingung. "Takkan dengan perempuan pun awak cemburu?"

Luth menatap dalam mata naira. Sungguh tajam pandangannya.

"Ye saya cemburu, so what?" Naira mengelengkan kepalanya. sungguh dirinya tidak percaya bahawa luth noa miller cemburu jikalau isterinya didekatin.

"Yelah" jawab naira sambil duduk disalah satu sofa yang agak jauh dari pasangan mempelai itu. Jari naira laju memainkan sekalung rantai miliknya.

"Nak tanya apa tujuan awak datang ke sini?" Naira panggung kepala lalu menatap muka lelaki Mr. Cemburu.

"Saya datang hanya kerana naura. Dia suruh Saya tengok tengokkan isteri awak supaya tak ada orang yang misteri muncul" luth menjeling naira. Dirinya tidak begitu akrab dengan naira jadi dia rasa lebih berwaspada.

Macam mana aku nak bunuh Avia? Bisik hati naira yang kelihatan tenang itu. Otaknya Masih berputar untuk mencari jalan. Sementara itu.

SHASHA berjalan menghampiri fasha yang dari tadi terkenja kenja akibat perjanjian antara zafier dan dirinya.

"You fasha?" Fasha berbalik badan lalu memandang shasha atas ke bawah.

"Yes, you are?" Shasha tersenyum.

"My name is larissa Elaire. Little sister of zafier. Kami sudah menyiapkan persiapan kahwin anda. Silakan ikut saya" shasha berjalan terlebih dahulu diikuti oleh fasha dari belakang.

Pang!

Pipi fasha ditampar keras dengan shasha yang menahan amaran.

"Kurang ajar! Aku nak korang call miss Elaine! Suruh dia settle kan Minah senget ni!" Shasha memberi arahan pada anak buahnya.

TELEPON naira berdering. Cepat cepat icon hijau digesek sebelum telefon dilekapkan ke telinga. Dia beranjak jauh dari luth dan isterinya.

"Ha hello? Kenapa ni? Dah dapat tangkap minah tu?" Bisik naira. Risau kalau luth terdengar perbualan dia dan shasha.

"Miss Elaine tolong la settle kan betina ni! Saya rasa nak bunuh dia ni tolong la miss!" Shasha sudah menghentakkan kakinya sambil mengelengkan kepalanya.

"Kenapa? Ada apa apa yang berlaku?" Tanya naira sekali lagi untuk memastikan keadaan aman.

"Ada ke patut dia gigit jari saya masa saya tipu dia? Dahlah jari tengah! Sakit Tau miss! Tolong la! Biarkan saya yang bunuh dia!" Shasha merengek seperti budak kecil.

Naira tertawa kecil "kalau macam tu ada baiknya saya turun tangan"

Tiba tiba luth berada dihadapan naira. Tangannya pantas merampas telefon bimbit naira lalu dilekapkan ke telinga dia.

𝓡𝔂𝓭𝓮𝓻𝓐𝓾𝓻𝓪 [OG]Where stories live. Discover now