CINCIN yang tersarung di jari manisnya dia usap perlahan seraya pandangan mata terpegun dek papan hitam berukuran kecil yang terletak elok di atas meja kerja.
Hodeve’s.
Keluhan berat dilepaskan. Hodeve’s merupakan syarikat terkemuka di serata dunia yang telah ditubuhkan oleh Tan Sri Dato’ Adrean Arasyah pada empat puluh tahun lalu.
Tan Sri Dato’ Adrean Arasyah, atau lebih akrab digelar Dato’ Adrean adalah usahawan yang terkenal jauh ke pelusuk dunia. Hodeve’s, nama bukan sebarang nama, ia singkatan dari ‘hombre de verdad’ yang berarti lelaki sejati. Mempunyai maksud tersirat, namun tak pernah diungkapkan.
Bagaimanapun, kisah ini bukanlah tentangnya melainkan kisah anak lelakinya, Arman Arasyah. Lebih dikenali dengan nama panggilannya, Arman. Jejaka itu merupakan anak kedua kepada Dato’ Adrean.
Kepala disandarkan pada kerusi tempatnya berlabuh, akal dan fikiran bergelutan sesama sendiri. Dia serabut. Sekarang, dia sedang dipaksa oleh Dato’ Adrean untuk mengambil alih syarikat ini meskipun jejaka itu sudah mempunyai kerjaya sendiri.
"I want you to take over this company." Arah Dato’ Adrean, tegas.
Sejurus itu, kepala lantas menoleh ke samping, melihat lelaki tua yang sedang duduk bersilang kaki di atas sofa. Perasaan marah makin membuak-buak di dalam diri tatkala mendengarkan bait-bait ayat itu. Entah kenapa, dia merasakan seakan-akan ada asap yang keluar dari telinga. Dia memang seorang yang patuh pada arahan orang tuanya. Namun, dia juga tak suka dikontrol berlebihan.
"I will never. I have my own career." Ujarnya, membantah. Enam tahun dia berkhidmat sebagai anggota polis, tak akanlah sewenang-wenangnya dia menarik diri. Itu yang dia impikan sejak kecil, berkhidmat demi negara. Kini, impian itu telah berjaya dia capai, meskipun harus menjalani beribu-ribu halangan dan cabaran. Mencapai matlamat ini ialah satu kejayaan terbesar buatnya.
"Arman..."
"Aredza ada, he can handle this company well." Cantas Arman. Dalam hal ini, dia akui Aredza adalah orang yang paling layak mengambil alih syarikat ayah mereka. Berbahas tentang Aredza, dia baru teringat yang mereka sudah lama tak berhubung. Masuk tahun ini, sudah empat tahun mereka tak bersua muka.
Aredza Arasyah, dikenali dengan nama panggilannya, Aredza. Jejaka itu merupakan adik kepada Arman dan anak bongsu Dato’ Adrean. Sejujurnya, dia merindui gelagat Aredza yang konyol. Namun, keegoannya menghalang semuanya. Mereka bukannya bergaduh, cuma tak berhubung sahaja. Almaklumlah, adiknya itu sedang belajar di luar negara, jadi dia tak mahu mengganggu.
"Adik kamu masih muda, lagipun dia sedang belajar. Papa tak mahu menganggu pelajarannya dan keputusan ni mungkin akan menghancurkan impian Aredza." Jawab Dato’ Adrean. Lagi setahun Aredza akan tamatkan pengajiannya dan dia boleh memilih jalan kerjaya yang dia mahu. Oleh itu, Dato’ Adrean tak mahu menjadi penghalang, biarlah dia membuat pilihan sendiri.
Tetapi dia terlupa akan sesuatu, memberikan kebebasan untuk Aredza dan memaksa Arman untuk menjadi Chief Operating Officer (COO) di syarikatnya adalah satu kesalahan besar. Dengan keputusan yang mendadak itu, Arman mungkin merasa terkongkong. Sekiranya Dato’ Adrean tak berubah fikiran, tak mustahil jika hubungan Arman dan Aredza akan terenggang.
"Akan menghancurkan impian dia?" Ekor bibir ternaik. "Then, what about me? Don’t you think about me?" Soal Arman berbaur sinis.