BAB 5 : TIBA DI RESORT

10 2 0
                                    

Perancangan yang dirancang selama berminggu-minggu akhirnya bakal terlaksana, perancangan pertama Geng N.A.S.A dan F.A.H.A adalah untuk mengadakan majlis pertunangan secara rasmi berjemaah. Semua persediaan telah tersedia oleh ibu bapa mereka, sekarang mereka hanya perlu bawa diri sahaja. Pesawat peribadi Harraz tiba di lokasi pertunangan, ibu bapa mereka telah menempah sebuah resort mewah untuk mereka.

Swuish..!

"Kita dah hampir sampai, Tuan Harraz." Lapor juruterbang pesawat peribadi ayahnya melalui radio komunikasi.

"Baik, Terima Kasih." Harraz membalas kemudian memandang ke wajah Nurin yang sedang duduk dihadapannya. Kerusi di dalam pesawat tersebut adalah secara berpasangan. Fawwaz duduk berhadapan dengan Syabila, Afiq bersama Anis, dan Ashyraf bersama Adhwa. "Awak semua boleh mula tengok pemandangan di luar tingkap sekarang."

Semua orang mula melihat ke cermin sebelah mereka, semua orang kagum tidak terkata, keindahan alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa itu sangat cantik tidak terkata. Laut berwarna turqoise sedang melambai-lambai ke arah mereka dengan arus ombak, resort besar, mewah dan cantik tema ala-ala tradisional itu menambahkan lagi kecantikan flora dan fauna kawasan tersebut.

"Cantiknya tempat, ni!" Puji Adhwa sambil melompat keterujaan.

"Jom kita mandi laut!"

"Tetapi pelambung tak ada."

"Tak apa, nanti kita beli je lah dekat bawah."

"Hei! Ingat tujuan utama kita di sini." Afiq mencelah perbualan keterujaan Geng N.A.S.A, keempat-empat gadis muda mula membuka muka monyok.

"Fawwaz, tengok Afiq, tu." Syabila membuat muka merajuk memandang tunangnya. Fawwaz hanya menggeleng perlahan kepalanya disertai dengan gelak tawa kecil.

"Rasanya kita ada banyak masa sebelum persiapan majlis pertunangan, tu. Tak jadi masalah kalau kita spare a few minutes to enjoy this nature, right?" Fawwaz cuba memujuk Afiq yang dari tadi cuba mahu mengikut jadual seperti yang telah dirancang.

"Fawwaz, kau..."

"Aku setuju dengan Fawwaz, rugilah kalau kita tak enjoy benda-benda ni, lagipun, bila lagi kita dapat bercuti dari kerja-kerja akademi, kan?" Ashyraf menyokong Fawwaz.

"Harraz, kau pun rasa macam tu, ke?" Tanya Afiq kepada Harraz, semua mata tertumpu ke arahnya, mata Geng N.A.S.A bersinar, mereka membuat mata comel untuk membuatkan dia juga bersetuju untuk bercuti. Macam budak-budak 😂

"Aku rasa dah lama tak mandi pantai... Seronok juga dapat bina istana pasir, main bola tampar, dan layang-layang." Harraz menambahkan lagi aktiviti yang di luar jangkaan perancangan asal. Semua orang semakin teruja kecuali Afiq.

"Idea yang bagus, Harraz!"

"Anis dah lama tak bagi korang rasa skills bola tampar Anis, ni."

"Eleh, Anis kena ingat, Adhwa ni bekas atlet bola tampar masa sekolah dulu, tau!"

"Setakat atlet, kitorang dulu coach sukan Bola Lampar Antarabangsa, tau..." Fawwaz dan Ashyraf berdiri dengan gaya berlagak dan bangga diri. Satu pesawat tersebut terus riuh sekampung dengan telatah dan keceriaan mereka semua. Afiq terduduk di tempat duduknya dengan wajah frust.

Syabila perasan akan kerisauan Afiq, dia segera bergerak ke sisi Afiq, "Jangan risau, Afiq. Kita ada banyak masa untuk persiapan tu. Untuk sehari ni, lupakan semua kerja, nikmati cuti dengan kami semua."

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A) 2Where stories live. Discover now