BAB 3 : A.P.D.A CUTI!

15 3 0
                                    

Setelah beberapa bulan, penat lelah berhempas pulas belajar di A.P.D.A, akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba... Cuti akhir semester selama dua bulan! Woo Hoo!

Asrama mulai dikosongkan, beg-beg besar dapat dilihat di sekitar koridor pelajar. Banyak kereta keluar masuk dari kawasan perkarangan akademi, ada juga ibu bapa yang datang menggunakan pesawat persendirian dan helikopter, Al-Maklumlah, nak ambil anak-anak yang dah lama tak jumpa.

Asrama Geng N.A.S.A dan F.A.H.A juga mulai dikosongkan, beberapa bagasi telah diletakkan di luar bilik bagi memudahkan proses keluarkan barang. Disebabkan mereka akan datang kembali, mereka tidak membawa semua barang dan hanya membawa barang-barang penting sahaja bersama.

"Anis, ada nampak charger telefon Adhwa, tak?" Tanya Adhwa sambil mencari charger telefonnya di bawah katil. Anis yang tadi sedang mengemas terhenti seketika.

"Kepala soket warna pink dan tali wayar warna purple, ke?"

"Ya, nampak tak?"

"Tu..." Anis menunjuk ke arah soket telefon di tangan kanan Adhwa. Adhwa terlalu seketika sebelum kembali sedar je dunia realiti. "Adhwa... Adhwa, dah nyanyok dah rupanya kawan Anis, ni."

"Anis, ni!"

"Eh? Eh? Dia yang pelupa, kita pula yang kena."

Kring! Kring!

Kring! Kring!

Tut!

"Hello, Assalamualaikum? Ya, kami tengah kemas-kemas lagi, ni." Nurin menjawab panggilan telefonnya. Perhatian Syabila, Adhwa, dan Anis tertumpu ke arah Nurin yang sedang bercakap di telefon. "Eh? Aku dah lama siap, diorang je belum."

"Hei! Jangan cakap macam kami je lambat!"

"Nurin pun belum siap, kemas!"

"Betul, tu!"

"Shushh..!" Nurin membuat gaya suruh rakan-rakannya diam. Dari jauh boleh lihat api membara di antara ketiga-tiga pelajar perempuan itu. "Okay, lagi 30 minit kami turun. Bye, Assalamualaikum."

Tut!

Api membara mulai kelihatan di sekeliling tiga sekawan Geng N.A.S.A tersebut, panas hati apabila dituduh hanya mereka sahaja yang lambat, sedangkan dia juga lambat.

"Harraz call aku tadi, katanya lagi 30 minit pesawat peribadi dia akan sampai di landasan A, bangunan Alpha." Mata ketiga-tiga sekawan tersebut terbeliak apabila mendengarkan berita tersebut.

"Kau serius?"

"Pesawat peribadi?"

"Ya."

"Sekaya-kaya mak ayah Anis pun, diorang tak pernah jemput Anis naik benda tu."

"Jangan katakan Anis, Adhwa dengan Syabila lagilah tak pernah."

Keempat-empat gadis muda itu mulai berbicara sesama mereka, sambil membayangkan pemandangan yang bakal dilihat dari sudut pandangan pesawat peribadi tersebut.

"Eh? Bukan ke kalau nak mendaratkan pesawat peribadi dekat sini kena dapatkan permit dulu?" Tanya Syabila dengan nada tanda tanya. Nurin membalas.

"Jangan risau, ayah Harraz dah dapatkan kebenaran daripada Ketua Unit Keselamatan Jagaan Parking A.P.D.A beberapa bulan lepas. Dia dah chop kan siap-siap tempat landing tu untuk kita." Sesungguhnya, ini merupakan perancangan awal demi menyatukan Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A, ibu bapa Geng N.A.S.A dan F.A.H.A juga turut mahu melihat anak-anak mereka naik pelamin bersama.

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A) 2Where stories live. Discover now