BAB 7 : PERMAINAN PANTAI

9 2 0
                                    

Bau air laut dapat dihidu dari jauh, ombak beralun datang dan pergi seolah-olah melambai menyambut kehadiran para pengunjung. Angin bertiup kencang sehingga menggoncangkan pokok kelapa di pantai tersebut, sangat selesa dan nyaman.

"Siapa lambat masuk air dia kena belanja makan malam, ni!" Teriak Nurin yang sudah berada di hadapan meninggalkan rakan-rakannya di belakang.

Tap! Tap!

Tap! Tap!

"Wei! Tak acik! Korang lari dulu!" Marah Harraz yang sedang berlari mengejar Geng N.A.S.A yang berada di hadapan. "Cepatlah korang! Nanti kita kena belanja makan kalau lambat."

Tap! Tap!

Tap! Tap!

"Sabarlah, Harraz. Kau nampak kitorang tengah pegang apa ni tangan kiri kanan?" Balas Ashyraf, kedua-dua belah tangan mereka dipenuhi dengan perkataan bermain pantai seperti tikar, kerusi santai, payung teduh, bekas air sejuk, bola tampar, jaring bola tampar, dan pelampung keselamatan.

"Geng N.A.S.A tu tak bawa barang apa-apa, itu yang boleh lari pecut. Bertuah sungguh..." Kata Fawwaz dengan rasa sedikit ketidakpuasan hatinya, jelas kelihatan mereka telah merancang semua ini untuk membuatkan Geng F.A.H.A membayar kos makanan mereka pada malam ini. Haih... Menangis tidak berlagulah alamatnya mereka berempat hari ini.

Splash!

"Sejuknya air!"

"HAHAHAHHA!"

Empat gadis muda itu telah berjalan tiba di air laut sebelum tunang-tunang mereka, dengan wajah pasrah, Geng F.A.H.A mendirikan empat payung di suatu kawasan yang bersih. Di kawasan tersebut, mereka mula menyusun perkataan di bawah payung. Setelah selesai, baru mereka masuk ke dalam air laut. Pakaian mereka sekarang adalah baju renang muslimah bagi perempuan dan baju renang lelaki untuk kaum lelaki.

"Jom lumba berenang sampai ke sana, nak?" Tunjuk Anis ke arah garisan akhir papan tanda amaran jangan melepasi kawasan paras air laut tersebut.

"Tetapi... Tak bahaya, ke? Dekat sangat tu dengan kawasan bahaya. Kalau kena tarik dengan arus ombak sampai je tengah laut macam mana?" Kata Syabila dengan nada was-was, risau akan diri mereka ditarik arus ombak yang kuat.

"Kata pelajar A.P.D.A..? Latihan kita lebih mencabar dari ni, kan?" Balas Anis, tidak sabar mahu ke sana. Sementara Syabila memikirkan cabaran itu, Nurin dan Adhwa terus bersetuju.

"Kitorang setuju!"

"Jomlah mula, kalau lambat nanti lagi bahaya. Sebab dah nak dekat senja dah, ni."

"Okay! Syabila? Kau ikut, tak?" Semua mata mula tertumpu ke arah Syabila yang masih kurang bersetuju akan rancangan ini. Namun setelah diteliti dan dipujuk rayu melalui mata ketiga-tiga sahabatnya, dia bersetuju dengan keluhan kecil.

"Kalau semua setuju, aku pun setuju. Jom."

"YAYY!"

Keempat-empat gadis muda tersebut mula berbaris memanjang, semua bersedia dengan posisi mahu berenang ke hadapan.

"Dalam kiraan tiga... Dua... Satu! Maju!"

Splash!

Dengan pantas empat gadis tersebut mula memecut lantas kehadapan, masing-masing menunjukkan skills berenang yang hebat. Walaupun dihalangi oleh beberapa ombak kecil, namun itu seperti permainan kecil mereka, mereka mampu mencari cara untuk melepasi ombak tersebut.

Splash! Splash!

Splash! Splash!

"Anis akan menang!"

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A) 2Where stories live. Discover now