chp 7

24 4 20
                                    

Sekarang Yoshi dalam perjalanan pulang dengan dihantar oleh Jaemin kerana kereta nya tiba tiba rosak,mereka berbicara ditentang kerja sehingga sempat beberapa minit mereka berdia.Sehinggalah Jaemin memecahakan suasana senyap itu.

"hmm Yoshi,aku nak tanya kau something boleh tak?" Jaemin bertanya

Yoshi yang ditanya lantas melihat ke arah Jaemin yang duduk di kerusi pemandu

"Boleh tanya lah."

"Imhye tu masih single ke?" Tanya nya yang berjaya membuat Yoshi terdiam sebelum menganguk

Sekarang hati Yoshi entah mengapa tidak tenang tatkala Jaemin bertanyakan pasal sahabat perempuan nya yang sorang itu

"Imhye?" Yoshi bertanya lagi ingin menyakinkan

"Haah perempuan yang guna gaun biru tadi." Jelas jaemin tersenyum

"Dia single ke?Atau dah berpunya?" Soalan ini lagi yang diajukan

"Dia single lagi tu tapi.."

Ucapan Yoshi sempat tergantung membuatkan Jaemin heran

"Tapi apa?"

"dia bekas tunang Junghwan.." akhir Yoshi yang berjaya membuat Jaemin ternganga

Jaemin benar benar tidak sangka jika kawan nya berdua itu pernah bertunang namun mengapa adanya perkataan BEKAS TUNANG dalam ucapan Yoshi

Itu sungguh membuat iya terkejut sebelum tersenyum manis

"Hanya bekas tunang bukan?Tak ada lagi ikatan kan?" Jaemin tersenyum

"Haah mereka dah putus tunang 2 bulan lalu,tapi untuk ada ikatan tu aku rasa masih kot sebab diorang kan dah 3 tahun bersama." Jelas Yoshi

Walaupun hati nya masih ragu ragu untuk mengatakan bahawa kedua sahabat nya itu masih memiliki perasaan yang sama atau tidak,iya terasa berat untuk mengatakan sebenar nya bagaimana marah dan kecewa nya Imhye kepada Junghwan di hari yang sepatutnya hari kebahagiaan tapi malah jadi hari yang sangat memedihkan

Jaemin yang mendengar itu tentu nya dibuat terdiam,3 tahun bukan lah waktu yang singkat untuk menjalin hubungan,bahkan hampir di bawa ke arah yang serius

"Okayy sampaii dah rumah kau."

"Umm thanks dah hantar aku Na." Yoshi tersenyum sambil menepuk bahu Jaemin

Jaemin menganguk sambil membalas senyuman sahabat nya itu

Setelah masuk ke dalam rumah,Yoshi merebah kan diri nya sebelum pergi mandi



"Sayang nak pergi sana dulu tak?"Junkyu bertanya

"Pantai?" Seoyun mengulum senyum

"Haah lama dah kita tak pergi pantai kan." Kini Junkyu pula yang tersenyum

Kedua keluar dari kereta dan meninggalkan Jihye yang tertidur pulas dalam kereta

Angin pada malam itu sungguh tenang sehingga bisa membuat kedua nya memejam mata menikmati sentuhan angin,tangan mereka yang bertaut menyalurkan kehangatan kerana angin dan salju benar benar sangat sejuk

"Sayang tak sejuk ke hmm." Junkyu bertanya sambil mengelus surai rambut sang kekasih

Seoyun mengeleng dan secara tiba-tiba iya memeluk Junkyu dan membenamkan wajah nya di dada bidang Junkyu

"Thanks untuk semua nya byy." Entah kenapa Seoyun merasa sesuatu akan berlaku sehingga tak sanggup ingin melepas pelukan itu

Junkyu yang merasa aneh dengan sikap Seoyun cuba berfikir positif dan dan membalas pelukan nya

"Amboii sedap nya peluk peluk kat sini,sampai kawan korang satu ni pun tak ingat."

Mendengar itu membuat kedua nya refleks melepas pelukan dan Seoyun yang baru sedar dia memeluk Junkyu tadi membuat wajahnya merah

"Kau dah kenapa Yun,kau sakit ke sampai muka merah semacam macam tu." Ucap jihye membuat Junkyu menoleh ke sebelah nya dan terlihat sedang menahan tawa

"Hah sama saka gila lah korang ni,patutlah jodoh." Jihye mengeleng sebelum melangkah kembali ke arah kereta Junkyu


Sekarang Imhye dihantar balik oleh Junghwan kerana iya sedang mabuk berat.Imhye benar benar tidak sanggup untuk memandu

"Awak nak muntah lagi ke hm?" Junghwan bertanya sambil sesekali melirik di kerusi penumpang di mana imhye sedang meracau

"S-saya tak mun-muntah la-"Ujar nya
Mendengar itu membuat Junghwani terkekeh gemas dan mengingat bagaimana muka Imhye apabila disuruh minum setelah kalah main game tadi

Sampai saja dirumah mereka berdua disambut oleh halmeom

"Lepas hantar Im baru Hwan balik nee halmeom?"ujar hwan,tangan nya pula sedang mengendong Imhye

Melihat itu membuat halmeom tersenyum sebelum berkata "kamu tidur sini jerlah Hwan, lagipun dah malam sangat ni,kamu pun bawak kete Im kan tadi

Junghwan yang mendengar itu sempat menolak sebelum bahu nya di tepuk lembut dari belakang

"Tidur sini jerlah Hwan,lagipun bukan kau tak biasa pun,tu hah macam biasa kau tidur kat bilik tetamu jer hah." Seoyun yang baru tiba juga menyuruh Junghwan tidur di sana

"Tapi Hwan tak bawa baju lah Yun." Ucap Junghwani memberi alasan

"Tak payah banyak alasan lah Hwan,kau bukan tak pernah tinggal sini,nanti baju kau pergi ambik kat bilik Im hah,dia ada lipat." Aeraa yang baru turun dari tangga berkata

Pasrah dengan sahabat perempuan nya itu membuat kan Junghwan mengangguk dan segera menghantar Imhye ke bilik nya dan membaringkan nya dengan perlahan supaya tidur nya tidak terkacau

Ketika ingin mencari baju kemeja yang iya pernah pakai dulu,tangan nya tiba tiba ditarik membuat nya terduduk di tepi katil ,sungguh iya terkejut melihat Imhye yang sudah terjaga namun tidak pasti jika sudah sedar atau tidak dari mabuk

"Kenapa muka awak macam tunang saya eyhh?Eyhh bukan tunang..dia bekas tunang saya." Imhyw tanpa sedar mengatakan itu dalam mabuk nya

"Hwann!!Kau jumpa tak baju yan--" Aeraa  terdiam melihat apa yang iya sedang lihat sekarang

Imhye sedang memeluk Junghwan dan sesekali mengucup bibir nya sambil mengoceh tidak jelas

"Saya sayang dia tapi kenapa?!!Kenapa dia curang!!!Dia peluk dan cakap nak putus tunang di hari bahagia kami!!" Imhye tiba tiba menangis sambil menumbuk bahu Junghwan

Junghwan  menahan tangan mungil itu lalu membawa Imhye masuk ke dalam pelukan nya sambil mengucapkan kata "maaf" berulang kali

Aeraa yang mendengar itu tentu terkejut,apakah ini sebab nya pertunangan mereka hancur?Junghwan curang?3 tahun ini adakah percuma saja?

"Tak baik tau dengar cakap orang." Asahi yang tiba tiba muncul di belakang berbisik lembut di telinga Kiri Aeraa yang membuat kan bulu nya meremang

Aeraa segera berbalik dan menatap asahi

"Mana ada saya dengar pape,say terdengar jerr." Aeraa menjeling

"Are u sure?" Asahi mendekat kan mukanya ke arah Aeraa seperti mencari kepastian tentang apa yang dikatakan oleh sahabat nya itu

Aeraa sempat terpaku sebelum menolak Asahi yang kian semakin mendekat

"Saya nak tidur dulu..good night!!" Segera Aeraa melangkah pergi meninggalkan Asahi yang mungkin rasa bersalah membuat Aeraa tidak selesa

Tatkala sampai di bilik Aeraa mengunci pintu dan segera menetralkan jantung nya yang kian seperti baru saja berlumba,iya melangah ke arah meja riau dan menatap wajah nya sendiri

"Sabar Ae,sabar..bawak bertenang dan lupakan dia perlahan lahan,ingat dia tu tunang orang.." ucap nya dan tanpa sedar air matanya jatuh sekali lagi untuk lelaki bernama asahi apabila mengingat tentang pertunangan sang crush dengan gadis yang iya cintai  beberapa hari yang lalu






Fall In Love AgainWhere stories live. Discover now