chp 9

19 4 33
                                    

*FLASHBACK 5TAHUN LALU>>>

"happy anniversary untuk persahabatan kita yang ke 6 tahunn!!!!" Laungg Aeraa gembira

"Wowww takk sangka kan dah 6 tahun." Imhye juga tak kalah gembira

"Betol betol,dan sempena nak rayakan anniv kita kali ni,...TADAAAAA!!Aku beli ni." Iya menunjukkan 6 utas rantai yang kalau disambung akan membuat bentuk dan seutas rantai sudah tertulis nama panggilan mereka

"AKU IM!!"
"AKU JI!!"
"AKU RAA!!"
"AKU AE!!"
"AKU YUN!!"
"DAN AKU CHA!!"


Pagi itu sungguh dingin dan disini lah mereka sedang berada,dirumah sewa yang telah mereka diami selama 3 tahun dari umur 15 tahun.Mereka tinggal dengan seorang halmeom yang ditugaskan oleh orang tua mereka,namun mereka sudah sangat rapat dengan orang yang mereka sebut halmeon itu

sekarang remaja tersebut sudah berumur 18 tahun dan sekejap lagi akan..

"NA AE CHA !!BANGUN CEPAT WOII!!" Seoyun dari bawah menjerut ketika sahabat nya sorang itu tidak mau bangun

Mereka bisa menjerit sesuka hati kerana halmeom sekarang sedang balik ke kampung halaman nya

Dalam 2 jam lagi mereka akan pergi ke sekolah dan menerima anugerah kelulusan

Aeraa segera memulas pintu bilik Ae Cha,dan pergi ke bilik air,tanpa menunggu kiraan detik "BYURRR." air didalam baldi iya siram di atas badan Ae cha

"Bangun lahh weii..semua lambat nanti cepatt!!!"

Ae Cha bagaikan tidak diberi peluang untuk memprotes dan terus disuruh bersiap oleh Aeraa

Dalam 30 minit mereka bersiap,mereka terus pergi ke destinasi yang dituju.

"Kenapa korang datang lambat?Dari tadi saem tanya pasal korang semua.Hah tu dia." Tunjuk nya pada guru yang mendekat pada mereka

"Haihh Junkyu kamu tulis cepat kehadiran mereka ni." Arah cikgu kelas kepada junkyu yang merupakan senior kelas mereka

"Okay sudah saem.."

Dan kini majlis dimulai,semua murid yang akan lulus entah kenapa rasanya ingin menangis setelah mendengar ucapan guru mereka

"Baiklah,kamu semua dah lulus,sae-saem tak minta banyak lah..nak kamu sentiasa sihat dan dapat kerja bagus nanti." saem melihat satu persatu wajah sang murid yang sudah iya ajar, dengan perlahan iya melepaskan kaca mata nya dan mengesat air mata nya perlahan

Sungguh iya bangga dengan para murid nya,memang ini bukan kali pertamanya iya berpisah namun entah kali ini sangat terasa susah untuk melepaskan para murid murid yang sentiasa membuat nya ketawa

Selepas itu,mereka semua berkumpul di kelas masing masing,enam gadis tadi tentu saja berpisah kelas

"Haihh nampak nya lepas ni takde lah AeCha letak kopi kat pejabat saya lagi kan hahahh." Gelak wakil kelas merek,Saem Jang.

Semua yang mendengar itu termasuk Aecha tentu saja ketawa,Aecha memang rajin membuatkan kopi dan meletakkan nya pada pejabat guru nya

Semua nya baik baik saja sehingga beberapa bulan selepas kelulusan mereka, AeCha balik ke rumah dalam emosi yang memuncak

"Kau dah kenapa Cha?Balik balik nak marah lempar barang ni?" Aeraa turun dari bilik atas ketika mendengar bunyi barang pecah dibawah,dan ketika di bawah iya terkejut melihat AeCha sedang mengamuk

"MACAM MANA AKU TAK MARAH?!!KORANG SEMUA TAU KAN AKU SUKA JUNGHWAN,KENAPA KAWAN BODOH KORANG TU RAMPAS!!!!!" Ucap nya semakin marah

"Apa yang korang bising bising ni?YANG KAU LEMPAR FON AKU TU KENAPA!" seoyun yang turut mendengar kebisingan pun keluar dari dapur dan sungguh iya tanpa sengaja membentak sahabat nya itu ketika barang yang baru saja dilempar Aecha tadi merupakan iPad pemberian Junkyu

Fall In Love AgainWhere stories live. Discover now