Bab 15

1.6K 24 5
                                    

"AISY! Buka pintu ni!"

Teragak-agak tangan aku memegang tombol pintu. Sesekali aku pandang Danish dan Zafriel yang turut ada di belakang aku.

"Macam mana dia boleh tahu kau tinggal sini? Kau beritahu dekat dia ke alamat rumah kau?" soal Zafriel. Matanya tajam menikam ke dalam mata aku.

Terangkat kening aku. Oh, aku tidak gila lagilah nak beritahu Darwin pasal maklumat aku dan Danish. Aku rasa Darwin sembunyi-sembunyi ekori aku. Patutlah tadi aku rasa tak sedap hati. Rupa-rupanya Darwin punya angkara.

"Aku tak gila lagilah nak risikokan diri Danish dengan papa kaki pukul dia tu," kataku separuh berbisik.

"Dah tu, macam mana dia tahu yang kau duduk sini kalau kau tak beritahu?" soalnya seolah-olah tidak puas hati dengan jawapan yang aku berikan.

"Manalah aku tahu!" Dengusku.

"Mama, kenapa papa datang rumah kita? Danish tak nak papa datang. Nanti papa pukul mama." Muka Danish dah tercebik-cebik memandang aku.

"Mama tak tahu, sayang." Kataku.

"Aisy, keluar! Jangan sembunyi. Keluar sekarang! Jangan sampai abang pecahkan pintu rumah ni!" jerkah Darwin dari luar.

Aku semakin ketakutan. Aku pandang Zafriel. Meminta persetujuannya. Manalah tahu dia tidak membenarkan aku buka pintu disebabkan ada dia dalam rumah aku ni.

"Buka sajalah," arahnya.

"Habis tu, macam mana dengan kau? Macam mana kalau Darwin nampak kau dengan aku dalam rumah ni?" tanyaku.

"Dia memang dah tahu pun aku ada dengan kau dalam rumah ni. Kereta aku dekat luar tu bukan sekecil kuman. Dia kenal kereta aku," balasnya.

Aku melepaskan keluhan berat. Zafriel pun satu hal. Datang rumah aku tak kena timing langsung. Tak pasal-pasal dia terlibat sama dalam masalah dalaman antara aku dan Darwin.

Sebaik sahaja aku memulas tombol pintu, wajah Darwin menampar pandangan mata aku tapi, bukan kehadirannya yang aku fikirkan. Tetapi, kehadiran empat orang lelaki tua dan dua orang anggota polis itu yang aku fikirkan sekarang.

"Kami terima aduan yang puan dan encik ni berdua- duaan dalam rumah ni tanpa ikatan yang sah," ujar salah seorang daripada lelaki tua yang memakai kopiah berwarna putih itu.

Aku tersentak. Aku terus memandang Zafriel. Dia pula hanya diam dan menunjukkan reaksi muka bingungnya itu.

"Saya rasa pak cik dah salah faham. Kami bukan berdua. Kami bertiga. Anak saya ada sekali," jelasku sambil menarik Danish supaya berdiri di hadapan aku.

"Jangan nak gunakan Danish untuk tutup perangai sundal Aisy tu! Aisy buat apa dekat dalam, huh?" jerkah Darwin.

"Jags mulut kau sikit, Darwin. Aku dan Aisy tak buat apa-apa pun. Aku datang sebab nak ambil Danish."

"Tak buat apa-apa? Kau dengan janda aku berdua- duaan dalam rumah, siap tutup pintu. Kau boleh cakap tak buat apa-apa?"

"Kalau memang betul pun Aisy dan Zafriel ada buat benda tak senonoh, apa hak abang nak campur tangan? Apa hak abang nak report kami? Abang bukan suami Aisy lagi!" Herdik aku.

Aku tahu, jawapan yang aku berikan tadi semakin merumitkan keadaan kami apatah lagi bila Zafriel pandang aku dengan jegilan matanya.

"Aisy, kau gila ke apa? Bila masa aku buat benda terkutuk tu dengan kau? Explainlah! Jangan tambahkan lagi masalah!" jerkah Zafriel. Sikit pun dia tidak fikirkan perasaan aku tika ini.

"Aku memang tak puas hati betul dengan kau sejak itu hari lagi. Tak habis-habis nak jadi hero. Sekarang kau boleh bersedap-sedap pula dengan janda aku. Kau memang sepupu tak gunalah!" jerkah Darwin lalu merentap kolar baju Zafriel. Cepat-cepat aku tolak Darwin sehingga dia terdorong ke belakang.

"Cukup! Zaf tak salah. Aisy yang salah. Aisy yang pelawa dia masuk. Aisy yang salah!" tengkingku. Darwin terdiam.

"Macam inilah, kita selesaikan masalah ni dekat balai. Anak puan pun masih kecil. Dia tak tahu apa-apa. Bawa lelaki yang tak ada ikatan yang sah masuk ke dalam rumah adalah satu perbuatan yang berdosa. Encik dan puan boleh ikut kami ke balai," ujar salah seorang anggota polis itu pula.

Aku menggelengkan kepala. Zafriel turut menggelengkan kepalanya. Berair mataku memandang Darwin. Tergamak dia kenakan aku dan Zafriel. Aku pandang pula Danish yang dah menangis di dalam pelukan Darwin.

"Ibu macam Aisy ni tak layak jaga Danish. Biar abang yang jaga Danish," katanya.

Aku meronta-ronta apabila tangan aku digari. Zafriel turut diperlakukan sama tetapi Zafriel hanya diam. Aku yakin, Zafriel semakin bencikan aku selepas ini. Ya Allah, dugaan apa lagi ini?

"Danish tak nak ikut papa! Danish nak mama!" Danish menjerit-jerit dan meronta-ronta dalam pelukan bekas suami aku. Semakin kuat esakan aku dibuatnya.

"Danish," seruku dalam esakan.

"Mama, Danish tak nak ikut papa. Danish nak mama dan Papa Zaf. Danish benci papa. Nanti dia pukul mama. Nanti dia pukul Danish," rintih anakku.

"Syhh... Papa akan jaga Danish selepas ni. Papa akan bagi Danish sepenuhnya kasih sayang. Danish boleh duduk dengan papa dan Auntie Naaznen."

Membulat mata aku. Siapa pula Auntie Naaznen yang Darwin maksudkan? Adakah dia terkejar-kejarkan aku sebelum ini hanya disebabkan Danish semata-mata? Adakah dia merancang untuk merampas Danish daripada aku?

"Tak! Aisy takkan serahkan Danish pada abang atau sesiapa pun! Danish anak Aisy!" jerkahku bagaikan orang gila. Aku masih lagi meronta minta dilepaskan.

"Sila bagi kerjasama, puan." Sejurus itu tubuh aku ditolak kasar masuk ke dalam kereta ronda polis. Kemudian, Zafriel turut ditolak duduk di sebelah aku.

"Mama! Mama!"

Semakin kuat tangisan aku bila mendengar suara Danish menjerit-jerit memanggil aku. Aku hantar pandangan ke luar. Kelihatan Danish menangis dan meronta-ronta di dalam pelukan Darwin.

"Danish..." rintihku.

"Puas hati kau kenakan aku? Kau sengaja kenakan aku, kan? Kau bersekongkol dengan Darwin untuk kenakan aku sebab kau masih cintakan aku. Betul, kan?"

Ya Allah, perit sekali tuduhan yang dilemparkan oleh Zafriel kepada aku. Kenapa pengakhirannya aku juga yang dia salahkan? Kalau dia tak ceroboh masuk ke dalam rumah aku tadi semua ni takkan terjadi.

"Apa kau merepek ni, Zaf? Kenapa aku nak kenakan kau pula sedangkan kau sendiri yang datang ke rumah aku dan untuk apa aku bersekongkol dengan Darwin? Tak datangkan faedah pun," balas aku.

"Perempuan licik macam kau ni memang aku tak boleh nak jangka. Kau sanggup buat apa sahaja untuk kenakan aku. Kau ni memang murah! Aku dah cuba nak berkawan dengan kau sebab aku nak jaga Danish sama-sama tapi kau tikam belakang aku. Kau memang tak guna, Aisy!" jerkah Zafriel tepat di muka aku.

"Aku tak kenakan kau!"

"Aku tak percayakan kau, Aisy."

"Memang aku cintakan kau lagi tapi aku tak gila lagi nak hancurkan hati Widya. Aku tahu dia cintakan kau. Aku sanggup undur diri sebab ikatan persahabatan kami. Kenapa aku nak kenakan kau? Aku tak tahu macam mana benda ni boleh berlaku. Aku tak tahu kenapa Darwin pelan semua ni," jelasku dalam tangisan yang tidak henti-henti.

"Slut!" Dengus Zafriel.

LELAKI TERAGUNG [18+]Where stories live. Discover now